Smartphone Photo Editing

Regular price RM90.00 MYR
/

Sesiapa sahaja boleh menghasilkan gambar cantik menjadi LEBIH CANTIK menggunakan smartphone, jika tahu caranya.

Zaman sekarang, semuanya nak pantas, nak mudah, tapi kualiti tiptop. Kalau boleh, 'shoot', 'edit' & 'share' je terus.

Lagi-lagi kalau kita memang 'content creator' yang perlu sediakan content berkualiti dengan pantas. Kalau lambat, jadi content basi.

Tak jadi content creator pun, kita tetap nakkan yang mudah, murah dan pantas. Kan?

Kami masih tak boleh 'move on' dengan Timah Tasoh ni. Dia punya lawa macam dah kat 'oversea'. 

 

 Orang ingat gambar ni tak cantik tapi editing lebih, ni kami tunjuk kejap guna henfon jer.

Gambar kalau dah ke laut edit macam mana pun ke laut jugak. Tapi memang kita edit gambar tapi simple sangat sampai Opah dan Maktok pun pandai buat. Semua guna henfon. Ni kami belanja step mudah macam zass zass kecuss kecass SIAPP!

 

 Haa.. senang sangat, kan?

Siapalah yang tak nak, walaupun pakai smartphone je tapi tetap boleh edit gambar yang kita shoot guna camera pro. Tak payah usung laptop merata dah.

Satu, sebab berat. Kedua, nak jaga keselamatan laptop tu sampai kita tak ada freedom nak bergerakpun. Nak tinggalkan di hotel pun takut, nak tinggal dalam kereta pun takut. Akihirnya usung dalam beg berat-berat merata. Itupun kalau belum kena ragut.

Berubah lama dah, gambar dari camera pro pun kita edit guna henfon. Tengok ni:

 


Kalau macam ni SIMPLE, lah.

Nak edit gambar 100 keping dalam 10 minit ? Boleh
Nak buat gambar black and white yang cantik ? Boleh
Nak hilangkan noise dalam gambar ? Boleh

'Habis'lah semua gambar family, gambar selfie diri sendiri pun akan cantik semuanya lepas ni. 

Kelas ini adalah kelas terbaik bagi mereka yang ingin mempelajari cara mencantikkan lagi gambar yang dah sedia cantik dengan pantas dan mudah hanya dengan menggunakan smartphone sahaja. Di dalam kelas ini akan kami kongsikan cara edit gambar menggunakan aplikasi Lightroom Mobile.

APA YANG AKAN DIPELAJARI?  

1. Pengenalan dan Fungsi Aplikasi Lightroom Mobile 

Fahami penggunaan yang terdapat di dalam aplikasi ini dan kami akan terangkan satu per satu setiap button yang ada dan fungsi-fungsinya. 

 

2. Teknik Menaikkan Pencahayaan dalam Gambar

Gambar gelap? Jangan risau, gambar yang gelap boleh diterangkan dengan teknik yang betul. Tapi gambar yang terang, terang selamanya. 

3. Teknik Menaikkan Warna dalam Gambar

Gambar yang kusam dan lesu pun boleh dinaikkan serinya tak sampai 2 minit editing. 

4. Teknik Edit Gambar Black & White (B&W)

Ramai yang ingat 'alah apa yang susah sangat nak edit gambar ke black and white..' Tapi sebenarnya kalau salah edit, gambar akan jadi hitam dan tidak menarik.

5. Teknik Hilangkan Noise dalam Gambar

Masalah yang paling common berlaku ialah gambar memiliki bintik-bintik hitam yang menyebabkan details pada gambar yang diambil tidak sharp. Jadi ini kita akan mengajarkan teknik untuk mengurangkan noise di dalam gambar. 

6. Cara untuk Hilangkan Jerawat/Jeragat

Nak flawless? Picit-picit, edit-edit sikit je di Lightroom terus boleh hilangkan jerawat dan jeragat di muka.

7. Cara Edit Gambar Hyperpotrait

Hyperpotrait ni pula ialah gambar potrait orang tua yang mempunyai banyak kedutan di muka, atau pun berurat. Dengan teknik yang betul, segala kedutan di muka kita boleh tunjukkan sebagai salah satu gaya penceritaan kita melalui sebuah foto. 

8. Teknik Edit Gambar Landscape & Potrait

Kami akan kongsikan cara editing yang betul untuk dua jenis gambar ini. 

9. Praktikal

Kelas akan dilangsungkan secara fizikal, namun peserta akan diberikan tugasan dan wajib untuk dihantar semula ke dalam group untuk dikritik semula oleh pengajar.

MATLAMAT KELAS

Selesai kelas ini anda akan mahir dengan cara editing mudah dan pantas menggunakan aplikasi Lightoom Mobile. 

PERALATAN YANG DIPERLUKAN

Smartphone dilengkapi aplikasi Lightroom Mobile


TESTIMONI

PENDAFTARAN DAN PERJALANAN KELAS

1. Untuk mendaftar, tekan pada butang "add to cart" dan "check out". Jika ingin memilih option pakej, tekan pada butang "add selected to cart" dan tekan "view cart".

2. Apabila anda sudah membuat bayaran, anda boleh semak email anda untuk link kelas. Anda akan menerima email resit bayaran dan email info kelas dari Saiful Nang Academy.

3. Anda boleh klik URL link yang diberikan untuk masuk ke kelas online.

4. Sila masukkan email dan kata laluan yang telah didaftarkan di website Saiful Nang Academy. Kemudian pilih kelas yang anda daftar untuk mengikuti kelas pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

5. Setelah berjaya masuk ke kelas, sila baca panduan perjalanan kelas yang terdapat di bahagian Pengenalan.

6. Selepas kelas tamat, anda boleh sertai Telegram Channel Gerakan PhotoSunday untuk sesi soal jawab bersama tenaga pengajar. Assignment atau pun task yang diberikan oleh tenaga pengajar juga boleh dihantar melalui ruangan itu untuk dikritik bagi penambahbaikan.

7. Untuk makluman, akses kepada kelas rakaman adalah selama satu (1) bulan bermula dari tarikh pendaftaran.

Sebarang transaksi pembayaran yang telah dilakukan TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN