• Syibli Fakih

WEBINAR SAIFUL NANG: JADI JURUGAMBAR ANTARABANGSA DALAM 6 BULAN!

Updated: Jun 27





TAK SUSAH NAK JADI JURUGAMBAR ANTARABANGSA DAN DIRAJA LAGI, ASALKAN TAHU MANA NAK MULA DAN BAGAIMANA NAK BERUSAHA.


Jangan salah dengan pepatah "Practices make perfect" sebaliknya "CORRECT Practices make perfect"


Kalau boleh income dalam Euro dan USD, kenapa hadkan diri cuma cari makan di dalam negara? Ogos 2004 saya mula pegang kamera untuk kali pertamanya, bulan Januari 2005 saya dah shooting sampai ke luar negara. Bulan Jun 2005 saya dah dilantik jadi jurugambar rasmi DiRaja Brunei. Kamera dan lens yang saya pakai ketika itu antara yang termurah dalam pasaran. Saya dah buktikan, tak perlu jadi anak orang kaya, tak perlu jadi anak datuk, tak perlu ada kabel besar untuk kita berjaya. YANG PERLU IALAH KITA MAHU MAHU MAHU DAN TAHU.

JANGAN BACA POST INI JIKA TAK ADA CITA-CITA NAK JADI JURUGAMBAR BERTARAF DUNIA DAN TUGASAN TANPA SEMPADAN.


SAYA BERMINAT

Foto : Saiful Nang di Balai Indera Buana Istana Brunei semasa istiadat perkahwinan diRaja Brunei. Sehingga kini, Saiful Nang sentiasa menjadi jurugambar dan video rasmi untuk setiap Perkahwinan DiRaja Istana Brunei semenjak 2005 lagi.



SIAPA SAIFUL NANG?


Bukanlah seorang selebriti layar perak ataupun seni suara yang ada jutaan follower, tetapi dalam dunia fotografi, saya pernahlah mencapai pencapaian berikut


  1. Jurugambar Potret DiRaja YDP Agong ke-15, Tuanku Sultan Muhammad V

  2. Jurugambar Potret DiRaja Raja Muda Kelantan, HRH Tengku Muhammad Faiz Petra

  3. Jurugambar & Video DiRaja Sultan Brunei H.M Sultan Haji Hasanal Bolkiah Muizaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam dan keluarga baginda

  4. Penerima terakhir Asia Youth Ambassador Awards (AYA) untuk seluruh negara-negara Asia.

  5. Social Entrepreneur of The Year 2019, Langkawi Social Media Awards.

  6. Malaysia Achievement Awards 2011 - Creative Industry Category

  7. Tersenarai dalam senarai 100 Tokoh 100 Tahun English College Johor Bahru - Officiated by H.M Sultan of Johore, Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar sempena ulangtahun ke 100 English College Johor Bahru.

  8. TOP 10 OF MALAYSIA 2011 Magazine - (Young & Successful Icon)

  9. International Judge for Reality TV program (THE BIG SHOT ASIA, Mediacorp 2010)

  10. 20 Most Successful Creative Entrepreneur - (Dewan Ekonomi 2009)



KENA GELAK? Ya, itu biasa. Tetapi bila impian jadi kenyataan, Si Tukang Gelak juga senyap-senyap datang nak belajar rahsia bagaimana tembok tebal muka Asian boleh memasuki pasaran Amerika dan Eropah dan dibayar dalam Euro, USD, dan British Pound.


LEBIH 60 NEGARA SAYA JEJAKI TANPA SATU SEN PUN TIKET PENERBANGAN DAN HOTEL YANG SAYA BAYAR SENDIRI KECUALI SEMUANYA DIBAYAR DENGAN TUGASAN FOTOGRAFI ANTARABANGSA.

Tak ada yang mustahil, KALAU KITA MAHU dan KITA TAHU.


Di bawah ini bukan gambar dari jurugambar Mat Saleh, tapi anak Melayu bernama Saiful Nang yang memulakan kerjaya sebagai fotografer orang kahwin pada tahun 2004 dan jadi jurugambar antarabangsa hanya 4 bulan selepas semuanya bermula. Mungkin tak semua selaju saya, sebab itu tajuk selamat seminar online ini saya letak 6 BULAN!


Ini baru sedikit. Jika nak lihat banyak lagi boleh terus ke laman web www.candidsyndrome.com kerana di sana ada himpunan foto-foto dan video terbaik dari Saiful Nang dan pasukannya, CandidSyndrome dari seluruh dunia.



SIAPA SAIFUL NANG SEKARANG?

Beliau seorang usahawan fotografi dari tahun 2004 sehingga sekarang. Namun sejak tahun 2015 beliau sudah meneruskan perjalanan sebagai usahawan dalam pelbagai cabang bisnes namun masih mengekalkan pasukan CandidSyndrome International beliau dalam industri media. Tetapi bukan di atas daratan sebaliknya di atas pelantar-pelantar minyak dan gas seluruh dunia.


Hanya kurang 4 bulan dari bermula dalam bidang fotografi perkahwinan, beliau mula menembusi pasaran antarabangsa. Bermula di Bali, kemudian Paris, London, Manchester, Venice, Rome dan merata dunia selepas itu.


Dalam tempoh kurang 9 bulan juga, beliau telah diangkat oleh Tuanku Sultan Brunei menjadi jurugambar perkahwinan DiRaja. Sehingga kini, beliau masih kerap diberikan tugasan menjadi jurugambar perkahwinan diRaja keluarga Sultan Brunei.


Dari hanya RM300 sehari bayaran yang diterima pada permulaan kerjaya sehingga kepada USD10,000 sehari untuk mendapatkan bidikan keramat beliau. Namun semua itu tidak terjadi atas nasib tetapi DENGAN STRATEGI.



WEBINAR 1 HARI STRATEGI PASSPORT MENJADI JURUGAMBAR ANTARABANGSA DALAM KURANG 6 BULAN - SEMUA DI DEPAN SKRIN HENFON DAN LAPTOP MASING-MASING.


Inilah pembongkaran terbesar dalam strategi menjadi jurugambar antarabangsa yang hebat. Kenapa saya nak dedahkan rahsia ini? Kerana saya sendiri telah tidak menjadikan fotografi sebagai sumber pendapatan tunggal tetapi telah mempunyai lebih 10 perniagaan yang berprestasi tinggi. Saya tinggalkan kerjaya jurugambar antarabangsa semasa saya dikemuncak dan saya tahu ia sangat berpotensi besar namun tidak ramai yang mampu tembus. Saya akan dedahkan semua kerana kita bukan akan jadi pesaing disebabkan saya telah tinggalkan dunia itu. Perkahwinan Prince Abdul Malek Ibn Sultan Haji Hasanal Bolkiah menjadi tugasan terakhir saya sebagai jurugambar perkahwinan DiRaja dan Antarabangsa. Saya berundur pada waktu gemilang dan saya mahu strategi tembus ke antarabangsa ini diketahui ramai lagi. Maka, strategi ini boleh dikongsikan kepada HANYA MEREKA YANG BERKEMAHUAN MAHU MAJU dan bagi melahirkan lebih ramai bintang-bintang lagi.


PERHATIAN : INI BUKAN SEMINAR PERANGKAP YANG MURAH UNTUK DISERTAI DAN DENGAR IKLAN UNTUK KELAS LAIN YANG KENA DISERTAI DENGAN BAYARAN SEHINGGA HARGA SEBUAH KERETA. INI BUKAN SEMINAR PERANGKAP. INI JUGA BUKAN WORKSHOP BELAJAR TEKNIK FOTOGRAFI TAPI SATU SEMINAR YANG TIADA HANDS-ON TRAINING. Untuk teknikal boleh join kelas DI SINI



RANGKA SEMINAR ONLINE


Teknikal & Seni

  1. Shoot Like a Pro

  2. Pencahayaan

  3. Angle of photography

  4. Seni Melihat

  5. Seni merakam momen mahal - momen bagaimana yang sampai orang sanggup bayar puluhan ribu RM dan terbangkan sejauh 25,000km merentas dunia untuk mendapatkan sentuhan keramat itu.

  6. Penampilan professional

  7. Tak perlu lens mahal dan kamera mahal, yang murah pun boleh

  8. Tak perlu fancy dengan stail, kenali KEKUATAN kita. Stail berubah ikut zaman, tapi ada perkara yang tak mungkin berubah sekalipun 1000 tahun lagi. Perkuatkan perkara itu.


Strategi Bisnes

  1. Modal Sedikit Hasil Besar

  2. Pemasaran untuk tembus ke peringkat internasional

  3. Strategi portfolio online

  4. Strategi Pemasaran Media Sosial

  5. Strategi Awards

  6. Strategi Komuniti Fotografi Antarabangsa

  7. Bagaimana Harga Pertengahan ke Tinggi lebih laku dari Harga Murah

  8. Pembinaan Model Bisnes yang ORANG LAIN TAK BOLEH TANDING.

  9. Kembangan ke bidang lain yang tiada persaingan tapi lumayan

  10. Perlu POWER ENGLISH ke? Tak perlu pun, Italian dan French mana pandai English pun tapi mereka hire saya juga.


Bonus Story

  1. Kenapa setiap Mac & April dulu saya akan ke London dan bawa balik income sehingga 6 digit dalam 1-2 bulan di sana?

  2. Bagaimana pergi honeymoon pun tapi gambar-gambar saya boleh laku dijual sampai puluhan ribu RM.


Semua ini tidak pernah ditulis dalam buku. Jika sekadar nak cerita tentang bagaimana nak ambil gambar secara teknikalnya betul, saya fikir ramai orang pandai ambil gambar lebih baik dari saya tapi kenapa tak ramai yang sampai dikenali dalam pasaran antarabangsa? Kenapa?


Banyak yang akan dikongsikan secara telus dan jujur. Peserta boleh bertanya apa-apa soalan. Jika panjang soalan nak dijawab, saya tak kisah jika habis program lewat pun.




BILA?


Jangan minta saya ulang lagi kelas yang sama kerana saya kurang pasti bila saya akan ada masa untuk mengulang kelas. Saya sangat sibuk dengan komitmen mentadbir 10 perniagaan yang lain dalam pelbagai industri seperti healthcare, media, training, content marketing, engineering, food & beverages, fabric products dan macam-macam lagi. Yang menariknya, perniagaan itu semua juga menggunakan kekuatan media fotografi dan video sebagai dasar pemasarannya sehingga pasarannya boleh menerjah ke antarabangsa juga.


Ada rahmat juga di sebalik Covid-19, jadi saya boleh buat kelas ONLINE. So, bolehlah saya teruskan berkongsi dalam keselesaaan saya dan kita semua di rumah masing-masing.


Tarikh : 4 JULAI 2020

Masa : 9.00PG - 5 PTG (Rehat Zohor & makan tengahari 1-2 ptg)

Platform : Facebook Private Group LIVE

Yuran : RM100 seorang

Penyertaan dalam kelompok / persatuan boleh hubungi direct 011 2328 4212

untuk rundingan (ada diskaun berkumpulan jika melebihi 10 orang)


OPTIONAL

RM35 - Tambahan untuk Sijil Penyertaan yang dihantar ke alamat surat

menyurat dan ditandatangani sendiri oleh Saiful Nang


BERMINAT? DAFTAR SEKARANG JANGAN TUNGGU. SEKIRANYA LINK (GAMBAR) DI BAWAH INI SUDAH TIDAK BOLEH DIKLIK BERMAKNA PENYERTAAN TELAH DITUTUP. KITA JUMPA MUNGKIN DI LAIN TAHUN


SAYA MAHU MENDAFTAR !!!



WISMA SAIFUL NANG ACADEMY

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan ABIM, Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor

Tel : +60102229089 | Email : syibli@snap.my

© 2014 Saiful Nang Academy