SUMPAH TAK BOLEH LUPA, TIBA-TIBA TERJEBAK DALAM BIDANG FOTOGRAFI!


Bermula dengan kamera kompak yang kecil sahaja, jenama Canon PowerShot A510. Tak tahu nak guna macam mana, tapi setiap kali ada majlis keluarga, saya yang kurang masuk dapur. (Bantu bahagian lain ya). Ahli keluarga yang lain dah sibuk dengan persiapan majlis, jadi saya sukarelakan diri dengan mulakan bidikan yang pertama dengan kamera yang ada. . "Aduhhh! Terangnya gambar ni... Macam mana nak adjust ni". Inilah masalah yang saya hadapi pada awalnya. Tidak tahu nak gunakan setting apa - M, Av, Tv, P. Bila test satu demi satu, nampak penggunaan setting P paling senang nak kawal. . Tahu kawal 'exposure' sahaja. Tapi, apa maksud ISO, F3.2, 1/1000?? . Banyak persoalan yang bermain dalam fikiran. Dan soalan-soalan itulah membuatkan saya bangun dan mencari jawapannya. Bila dah faham konsep penggunaan kamera, apa lagi, memang suka shoot gambar je lah. Saya gembira ambil gambar sana sini, dan orang lain pun puas hati dapat gambar cantik. . Bila dah faham apa yang dimaksudkan gambar cantik, saya majukan diri dengan belajar editing pula dan teknik-teknik yang lain. Alhamdulillah, dengan kemahuan yang saya zahirkan dalam bidang fotografi pada masa itu, kini, saya memiliki kemera DSLR yang saya impikan. . Dulu saya tak pernah terfikir pun nak menjadi seorang fotografer. Adalah bercita-cita menjadi seorang akauntan, arkitek, jurutera dan doktor gigi. . Tapi sekarang ni, bukan setakat fotografer antarabangsa, mengajar atau menjadi Cikgu fotografi pun boleh. InsyaAllah! . Nota: Jangan diabaikan MINAT. Usahakan untuk boleh jadi sesuatu yang memberi manfaat kepada diri dan semua. Bila sudah ada ilmu tentang kamera atau fotografi pula, boleh kongsikan dan janganlah kedekut ya! . Cikgu www.snap.my/kelasmini . #snap #kelasmini #fotografi #GerakanPhotoSunday #snapkritik #perantis


#fotografi #saifulnangacademy #perantis #terjebak #sumpah #kameraterbaik #snap #kelasmini

85 views

WISMA SAIFUL NANG ACADEMY

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan ABIM, Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor

Tel : +60102229089 | Email : syibli@snap.my

© 2014 Saiful Nang Academy