PENGALAMAN PERTAMA MENGHADIRI TEMUDUGA KERJA : 'FRESH GRADS', MOHON JANGAN BUAT BEGINI!


Menjadi syarikat yang semakin berkembang, adakalanya memerlukan tambahan kakitangan. Ini juga memerlukan bukan tenaga yang sedikit untuk melalui proses temuduga kerja bagi pengambilan kakitangan baru.

.

Banyak yang perlu dititikberatkan dan banyak juga yang mahu dipercepatkan. Sedikit tips dari kaca mata BAKAL MAJIKAN, berikut adalah senarai apa yang bakal calon temuduga DILARANG lakukan!

.


HADIR TANPA ILMU TENTANG SYARIKAT

.

'Pantang' pertama yang perlu dihindari adalah, bila ditanya bakal majikan / wakil bakal syarikat tentang syarikat, jawapan anda seolah-olah ditanya berapa kadar berat anda di Planet Marikh!

.

Bakal majikan pasti akan teruja apabila anda dengan cemerlangnya mampu menjawab semua soalan yang wajar berkaitan syarikat mereka. Soalan seperti, "apa yang anda tahu tentang syarikat kami?" seharusnya mampu dijawab dengan baik sekurang-kurang selepas dilakukan sedikit PEMBACAAN, PERTANYAAN dan PENYELIDIKAN di pihak anda.

.

Anda boleh Google semua maklumat, atau menghubungi pihak syarikat melalui nombor telefon rasmi yang dipaparkan dalam website mereka, melawat syarikat (atau sekurang-kurangnya berborak sebentar dengan pengawal keselamatan) untuk mendapatkan maklumat asas yang perlu tentang pengurusan, perniagaan dan lain-lain yang perlu.

.

Tidaklah nanti, anda dianggap seperti 'katak di bawah gelas kaca'. Nampak, tapi tak tahu. memalukan dan nampak tak bersungguh nak berjuang untuk syarikat jika diterima bekerja, nanti.

.

BERTANYA TENTANG GAJI DI AWAL TEMUDUGA

.

Ini akan membuatkan anda dianggap sebagai si 'mata duitan', gelojoh dan hanya mahu fikirkan tentang duit - walaupun ianya adalah antara keperluan utama anda. Simpan sedikit 'kejujuran' anda untuk keadaan sebegini.

.

Nyatakan apa yang anda boleh bantu dalam urusan memantapkan atau memperkembangkan lagi urusan tugasan di syarikat tersebut. . Sebab itu PENTING untuk tahu serba-sedikit tentang syarikat terlebih dahulu, barulah anda dengan yakin boleh berikan solusi kepada permasalahan yang mungkin syarikat tersebut sedang hadapi.

.

JANGAN sesekali meniru jawapan contoh yang disediakan di internet! Yakinnya kamu! Dengan yakin juga bakal majikan kamu menolak permohonan kamu.

.

DATANG LEWAT KE SYARIKAT PENEMUDUGA

.

Ini adalah KEGAGALAN yang tanpa perlu melalui temuduga pun, anda akan gagal. MELAINKAN anda mempunyai alasan yang kukuh tentang kelewatan anda - itupun PERLU DIMAKLUMKAN SEGERA SEKURANG-KURANGNYA 1 JAM SEBELUM waktu anda sepatutnya sampai.

.

Untuk datang awal, perlu bersiap awal. Seminggu sebelum untuk persiapan akhir, tahu alamat syarikat dan cara terpantas untuk ke sana, malam sebelum sudah persiapkan keperluan dan tidur awal. Jadi, bangun pagi tidaklah terkocoh-kocoh baru nak siapkan keperluan.

.

Bila semuanya disediakan awal, mental dan fizikal pun bersemangat dan ceria untuk menjalani temuduga. Yang pasti, penemuduga tidak mengalu-alukan kehadiran seorang 'pembunuh bersiri', ataupun 'The Joker' dalam satu-satu sesi temuduga.

.

TERLUPA MEMBAWA SALINAN SIJIL BERKAITAN

.

Jangan datang berlenggang seperti tidak ada keperluan membawa apa-apa persiapan pun. Zaman sekarang, memang semuanya di hujung jari. Namun, masih ada keperluan untuk penemuduga melihat salinan-salinan sijil (sama ada yang asli ataupun salinan pendua).

.

Maklumlah, di zaman sijil pun boleh dibeli, bersedia untuk sebarang kemungkinan adalah perlu.

.

Mohon diletakkan juga salinan sijil-sijil tersebut di dalam 'clear folder' yang kemas dan biasanya, dengan 'cover' berwarna hitam. .

JANGAN sumbat sijil-sijil anda dalam 'box file' yang bila dibuka, nah, berterabur selantai! Anda terus dikira 'gagal' di situ!

.

'MEMBAWANG' TENTANG MAJIKAN SEDIA ADA / LAMA

.

Mungkin sebagai 'fresh frads' anda tidak punyai banyak pengalaman bekerja sebagaimana calon temuduga yang lain. Namun, untuk anda 'membawang' atau mengatakan perkara yang buruk tentang INSTITUSI PENGAJIAN tempat anda menimba ilmu, adalah satu AKHLAK YANG SANGAT-SANGAT-SANGAT BURUK!

.

Anda kongsikan yang buruk tentang institusi anda, pihak penemuduga boleh 'membaca' yang anda mampu melakukan yang sama ke atas syarikat penemuduga juga. Mungkin, lebih teruk lagi nanti.

.

Walaupun ada yang kurang elok atau tak sempurna di tempat tersebut, secara beradabnya, anda patut nyatakan kepada pihak yang berkaitan untuk PENAMBAHBAIKAN.

.

Bukan berkongsi dengan pihak yang tak mengenali anda lagi secara menyeluruh, mahupun mengetahui tentang institusi tersebut secara baik untuk memberikan justifikasi yang adil terhadap mereka.

.

TIDAK BERSEMANGAT ATAU TERUJA MENJALANI SESI TEMUDUGA

.

Hadirlah dengan semangat berkobar-kobar (tapi jangan pula berlebih-lebihan, seram pula bakal majikan anda nanti!).

.

Syarikat mahukan mereka yang sama bersemangat membangunkan syarikat, bukan 'zombie' yang perlu diberikan renjatan elektrik.

.

BERPENAMPILAN TIDAK KEMAS

.

Walaupun ini antara contoh terakhir, ini juga adalah antara perkara PERTAMA yang membuatkan penemuduga membuat keputusan awal, sama ada anda lulus untuk ke tahap seterusnya dalam temuduga ataupun tidak.

.

Jangan sebelum masuk bilik temuduga lagi, anda sudah dikira gagal ya!

.

Belajarlah dari yang pernah melaluinya, walaupun institusi pengajian anda tidak diajarkan subjek ini sebelum ini. Ini juga antara KEPERLUAN temuduga.

.

Yang penting persediaan SEBELUM, SEMASA dan SELEPAS adalah sama pentingnya.

.

Kongsikan tips ini kepada semua untuk tambahan tips seterusnya!

.

Jemput tonton contoh video yang dipaparkan dan ambil pelajaran dari lakonan yang sangat memberikan inspirasi ini.

.

Untuk anda, bagaimana anda boleh mendapat manfaat dari video ini? Boleh kongsikan maklumbalas anda di ruangan komen posting ini di Facebook kami.

.

.

.

#jobinterviewtips #freshgrads #temuduga #saifulnangacademy

218 views

WISMA SAIFUL NANG ACADEMY

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan ABIM, Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor

Tel : +60102229089 | Email : syibli@snap.my

© 2014 Saiful Nang Academy