DENGAN GAMBAR AKU MENGEMBARA SECARA PERCUMA (SIRI 2.0)


Seperti pengembara yang mahu ke sesuatu destinasi yang kita belum pernah pergi atau jarang kita lalui, pastilah kita memerlukan bantuan seperti peta, papan tanda atau panduan dari mereka yang telah ke sana.

.

Sebelum ini telah dikongsikan tentang keperluan menetapkan MATLAMAT dan SASARAN. Bagi yang terlepas Siri 1.0, boleh rujuk di sini:

.

https://www.snap.my/single-post/2019/10/11/CARA-TERBAIK-NAK-JADI-TRAVEL-PHOTOGRAPHER-SIRI-10

.

Teruskan mengikuti langkah seterusnya, selangkah lebih dekat dengan impian menjadi seorang 'travel photographer' professional.

.

LANGKAH KEDUA - PELAJARI SENI FOTOGRAFI

.

Apabila sudah menetapkan matlamat dan sasaran, seterusnya rancangkan dan aturkan pula tentang urusan kemahiran mengendalikan kamera.

.

Ini penting kerana untuk menjadi fotografer professional, bukan hanya kerana sudah mampu merakam gambar melalui smartphone sahaja.

.

Perlu juga mahir dalam kesenian membidik gambar - mampu merakam ‘moment’ dan menghasilkan karya hebat yang boleh trampil berbanding gambar bidikan orang lain.

.

Berikut adalah antara perkara yang perlu dititikberatkan:

.

Peralatan

Pertamanya, perlu dapatkan kamera yang bersesuaian!

.

Kamera smartphone boleh dikatakan sesuai untuk tujuan tugasan berkaitan portfolio dan perkongsian di media sosial.

.

Namun, penggunaan kamera DSLR/mirrorless sudah menjadi kewajipan untuk kerja-kerja melibatkan penerbitan.

. Jika perlu hantar tugasan ke pihak penerbitan majalah atau website stock photo contohnya, kualiti gambar yg dibidik mesti pada resolusi yang tinggi. Ini, tidak dapat dibuat dengan menggunakan smartphone sahaja.

.

Berikut adalah antara saranan yang boleh dipertimbangkan untuk mendapatkan peralatan yang boleh membantu menambahbaik kualiti foto kita:

  • Kamera high-quality (contohnya SONY, NIKON atau CANON)

  • Himpunan pelbagai jenis lens (standard, wide-angle dan high-power zoom contohnya)

  • Portable tripod (untuk menambahbaik kestabilan)

  • Remote shutter (untuk membidik foto dengan menggunakan long exposure)

  • Beberapa set bateri dan memory kad

.

Editing

Selain dari peralatan, kita perlukan juga software untuk mengedit gambar.

.

Software ini membolehkan kita mengedit fail-fail imej RAW dalam laptop / PC kita untuk diperbaiki kualitinya. Antara software editing terbaik termasuk Adobe Lightroom, Aurora HDR, Adobe Photoshop dan lain-lain lagi.

.

Lightroom adalah antara software editing gambar yang menjadi pilihan ramai, namun, yang lain-lain juga boleh digunakan dan menghasilkan gambar yang berkualiti.

.

Pengalaman

Sertai kelas-kelas yang ditawarkan mereka yang pakar. Boleh juga menonton video-video tutorials namun, jika berguru, lebih bagus. Rajinkan diri menuntut dan menambah ilmu teknik fotografi.

.

Jangan lupa, yang paling penting: amalkan!

.

Jangan hanya duduk di rumah. Keluar dan praktikkan kemahiran fotografi.

.

Lebih banyak latihan dan pengalaman, lebih cepat boleh meningkatkan kemahiran dan membantu mempercepatkan juga cita-cita untuk menjadi seorang ‘travel photographer’ professional.

.

Teruskan ikuti siri seterusnya. Mudah-mudahan kita mampu mendapat dan memberi manfaat kepada semua, dari ilmu dan minat yang kita ada! Untuk mengembara secara percuma, mungkin bukan lagi mitos!




0 views

WISMA SAIFUL NANG ACADEMY

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan ABIM, Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor

Tel : +60102229089 | Email : syibli@snap.my

© 2014 Saiful Nang Academy