DENGAN GAMBAR AKU MENGEMBARA SECARA PERCUMA (SIRI 1.0)


Kadang-kadang geram juga tengok kawan setiap tahun 2-3 kali melancong ke luar negara. Dalam hati, "teringin juga nak dapat peluang selalu tengok negara orang!" Tapi, setakat ni, baru ada MINAT dan terasa belum kukuh untuk dapat ke mana-mana pun.

.

Siapa sangka yang satu hari nanti anda akan MAMPU MENYARA HIDUP semudah merakamkan pengalaman kembara anda?

.

Kalau dahulu, bidang ini jarang diceburi ramai melainkan mereka adalah juga merupakan kakitangan National Geographic, contohnya. Mereka ada disediakan ruangan khusus untuk perkongsian hasil bidikan dari pengembaraan mereka.

.

Namun, dengan adanya internet dan media sosial, kini ianya membuka lebih banyak lagi ruang dan peluang kepada pengembara. Sambil mengembara melihat dunia, mampu juga menjana pendapatan dari bidikan mereka serta menjadikannya karier yang menjamin pulangan yang amat lumayan sekali.

.

MACAM MANA NAK JADI 'PROFESSIONAL TRAVEL PHOTOGRAPHER'?

.

Untuk menjadi seorang 'professional travel photographer' ianya mengambil masa, kemahiran dan dedikasi. Ianya bukan semudah membidik beberapa gambar-gambar menarik dan memuatnaiknya di media sosial!

.

Jika anda mahu memilih ini sebagai karier dan BERPELUANG MENGEMBARA KE SERATA DUNIA, perkongsian ini memberikan MAKLUMAT TERBAIK bagaimana anda sendiri boleh menjadi seorang 'professional travel photographer'!

.

DENGAN SYARAT, JANGAN 'SKIP' SATU PUN SIRI INI. :-)




LANGKAH PERTAMA - TETAPKAN MATLAMAT DAN SASARAN


Ramai yang terus menceburi bidang ini tanpa membuat perancangan sebaiknya. Merasakan yang mereka sudah punyai minat yang mendalam dalam bidang fotografi dan minat juga mengembara, bukan syarat utama kejayaan seorang travel photographer.

.

Tanpa perancangan yang mantap, ianya mungkin akan berakhir dengan kegagalan.

.

Fikirkan:

  • Apa yang mahu dicapai dari karier ini?

  • Adakah ianya akan dijadikan sebagai cara terbaik bagi kita mengembara ke serata dunia?

  • Adakah bidang ini akan kita ceburi sehingga ke akhir hayat?

  • Adakah mahu menjadikan ianya pendapatan yang ‘cukup makan’ untuk kita?

  • Adakah mahu melakukannya dengan sebaiknya sehingga mampu menyara hidup kita sehingga akhir hayat kita?

.

Ianya adalah soalan-soalan yang perlu ditanyakan dan difikirkan terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk menjadi seorang 'professional travel photographer'. Berikut pula adalah beberapa matlamat dan sasaran untuk diperincikan:

.

  • Berapa lama membayangkan akan menjadi 'professional travel photographer'?

  • Berapa banyak imbuhan wang yang disasarkan dari pekerjaan ini?

  • Adakah mahu menjalani kehidupan seperti seorang nomad atau akan punyai tempat khusus sebagai tempat bertapak?

  • Adakah mahu mengembangbiakkan karier ke bidang lain di masa hadapan?

  • Adakah pilihan utama kita lebih kepada kembara atau fotografi?

Pastikan kita mempunyai matlamat. Sediakan perancangan, senaraikan matlamat, usahakan apa yang dirancang dan fikirkan bagaimana impian kita boleh dijadikan kenyataan.

.

Ok, kalau yang di atas ni sudah dirancang dan disasarkan, sedia untuk persiapan seterusnya dalam Siri 2.0. Mahu mengembara secara percuma hanya dengan asbab gambar? Rujuk siri seterusnya.

.

On tak on? :-)


#fotografi

129 views

WISMA SAIFUL NANG ACADEMY

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan ABIM, Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor

Tel : +60102229089 | Email : syibli@snap.my

© 2014 Saiful Nang Academy