ILMU PEMASARAN : MEMAHAMI FACEBOOK ADS (CUSTOMER PROFILING : SIRI 1.1 )


Wedding Photography & Kepelbagaian Client

.

Dalam posting yang lepas 1 soalan ditanyakan, iaitu jika anda adalah seorang jurufoto perkahwinan, umur manakah yang anda patut fokus di dalam facebook ads :

A) 18 - 30 tahun B) 30 - 45 tahun C) 50 tahun ke atas

.

(Yang terlepas siri 1,boleh baca di link di bawah ini : https://www.facebook.com/1525410081/posts/10219924015280503?sfns=mo )

.

Baik, dari soalan di atas rule of thumb serta common sense , rata-rata yang menjawab a) 18 - 30 tahun.

Which is betul, kerana umur 18-30 tahun mmg umur orang nak kahwin, tetapi ada 1 lagi age group dengan peluang atau ruang serangan yang jarang diserang dan berpotensi tinggi.

.

Iaitu pada pada age group c) 50 tahun ke atas, bukan nak kahwin lagi tetapi kerana pada umur ini ramai yang mempunyai anak yang akan berkahwin. Walaupun kebanyakkan yang memilih jurufoto perkahwinan adalah pengantin tapi bukan semua pengantin yang membayar kos jurufoto, ramai juga yang parentsnya yang bayar kos wedding photography.

.

Jadi wajar apabila kita membuat FB ads....contoh kita ada budget untuk FB Ads sebanyak RM1,000. 20-30% dari budget tersebut boleh digunakan untuk menyerang age group 50 tahun ke atas.

.

Jadi serangan dari 2 arah, dari pengantin dan parents pengantin, maka secara tak langsung meningkatkan peluang untuk kita close sales, kerana BRAND AWARENESS kita ada pada pengantin dan parents pengantin. Kita akan lebih selesa membeli atau melanggan sesuatu yang kita pernah dengar/kenali berbanding sesuatu yang baru.

.

Antara kepentingan untuk kita target parents pengantin kerana kebiasan keluarga bukan ada 1 anak sahaja. Jika bila kita dapat tangkap, tawan hati pengantin dan parents maka InsyaAllah job wedding akan secure terus untuk anak-anak yang lain, silap silap terjadi menantu

Kadang-kadang sayang bila tengok ada wedding photographer, bila buat job sekadar fokus pada pengantin dan tak pernah nak ambil kisah tentang keluarga. Maka peluang rezeki yang ada pada keluarga tersebut akhirnya hilang.

.

Dalam perniagaan perlu ada “mind set” business continuity. Bagaimana dari 1 job boleh bawa kepada job yang lain, dari beli 1 produk terbeli produk yang lain dan seterusnya.

.

Oh ya, ingat bila buat iklan untuk age group 18-30 tahun, iklan yang sama tak boleh digunakan untuk umur 50 tahun ke atas :

.

Zaman berbeza perspektif seorang parents berbeza perspektif pengantin berbeza Pengunaan bahasa juga berbeza.

.

Antara contoh pemasaran yang baik menyerang pelbagai age group adalah Mcdonald, ada iklan untuk menarik anak-anak kecil dan ada iklan untuk mak bapak budak.

.

Maka iklan kita juga harus berbeza dan memfokuskan secara khusus pada setiap age group. . Perlu kita fahami dalam facebook ads ini : . SEMAKIN KITA MENGENALI CLIENT KITA SEMAKIN BERKESAN FACEBOOK ADS . Baik sampai sini dulu, harapnya bermanfaat perkongsian kali ini, jika ada sebarang persoalan boleh beritahu, insyaAllah sy cuba jawab sebaiknya

Untuk siri 2 berkenaan profiling kita akan pergi ke bahagian detailed targeting, bahagian yang pening sikit, tapi dengan cara yang betul kita bukan sahaja boleh serang pelanggan yang betul, tetapi kita juga boleh mencuri “client competitor” kita, . Menarik kan ? . Syibli Fakih

.

Artikel asal boleh dibaca di sini:

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10219969552498905&set=a.3649659689857&type=3&theater

#pemasaran #fbads #customerprofiling #ilmupemasaran #businesslessons #marketing #marketingtool #saifulnangacademy #SyibliFakih #iklan #clients

0 views

WISMA SAIFUL NANG ACADEMY

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan ABIM, Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor

Tel : +60102229089 | Email : syibli@snap.my

© 2014 Saiful Nang Academy