​ILMU PEMASARAN : PILIH CARA BERBEZA PENJUALAN PRODUK, JENAMA APPLE JADI PILIHAN UTAMA DUNIA


Ada banyak yang dapat kita pelajari dari perkongsian Tn Hj Syibli Fakih ini. Peniaga baru dan lama mungkin boleh mendapat manfaat dari artikel ini: . [Sempena ketibaan iPhone 11 di Malaysia 27 September ni, jadi harini kita bedah bisnes tentang Apple. . Ada banyak 'business lessons' yang boleh kita belajar dari Apple: bagaimana Apple menjadi syarikat pertama bernilai 1 trillion dollar. 1 trillion dollar, ulang sekali lagi 1 trillion dollar! . Untuk hari ni saya kongsikan salah satu aspek kejayaan awal Apple iaitu “APPLE STORE”. . Betapa berjayanya Apple store, dalam masa 3 tahun pembukaannya dah membawa 'income' sebanyak 1 billion. 1 billion dari 'retail store is not easy', yang berniaga ada kedai akan lebih memahami. Dan Apple store berjaya menjadi kedai paling menguntungkan dalam dunia . Sebelum wujudnya Apple Store, produk Apple dijual sama seperti produk elektronik yang lain: di dalam 'shopping mall' yang besar bersama dengan produk elektronik yang lain. Tetapi jualan tidak mencapai 'target' yang diingini. . Jadi 'after good brainstorming dan argument of ideas' pada tahun itu, 'they came up with an idea and a design' untuk membuka Apple store. . Apple store pertama di buka di Tyson, Washington Dc. . Ok persoalannya, kenapa perlu buka Apple Store? Apa masalah yang menyebabkan jualan produk Apple rendah di 'shopping mall' dan tinggi di Apple store? . Masalahnya adalah : 1. Yang pertama masalah utama kerana produk Apple ini lebih mahal dari yang lain 2. Masalah kedua apabila menjual produk teknologi, pembeli memerlukan kefahaman teknikal untuk memahami bagaimana produk ini digunakan, tetapi di 'shopping mall' besar pekerja-pekerja tiada kemahiran atau 'knowledge' untuk menerangkan dengan jelas kelebihan dan bagaimana produk Apple berfungsi. . Ada lagi sebab lain tapi itu kita simpan waktu yang lain. . Jadi 2 masalah utama ini akhirnya selesai bila ada Apple store. . Masalah yang pertama : MAHAL . Apa yang Apple buat apabila dia membuat 1 kedai khusus untuk produk dia sahaja, yang terjadi bila kita masuk ke kedai Apple, kita sebagai pembeli tiada produk lain untuk dibandingkan. . Berbeza bila dijual di SenQ atau di Courts Mammoth. Kita ada ruang untuk membanding dan perkara pertama yang akan kita bandingkan adalah harga. Dan Apple tidak mahu kita membandingkan harga produk dia dengan orang lain. Kenapa ? . Kerana dia yakin produk dia tidak sama dan lebih baik dari orang lain, kerana itu harga dia lebih tinggi . Bagaimana dia nak meyakinkan kita bahawa produk dia adalah yang terbaik? . Pertamanya, menutup ruang perbandingan dan keduanya, memastikan kita memahami produk dia sebagaimana dia faham produk dia (faham ker? Baca 2 kali kalau tak faham) . Bersambung kepada masalah kedua : 'Product Knowledge'. . Untuk memahamkan kita (pelanggan) yang produk dia adalah yang terbaik, setiap pekerja di Apple store diberi latihan sangat komprehensif untuk memastikan setiap pelanggan yang masuk akan mendapat didikan terbaik tentang produk Apple. . Kata kuncinya “DIDIKAN”. . Konsep mendidik pelanggan ini dipanggil “Education-based marketing”. . Satu seni 'marketing' yang sangat bagus tetapi jarang dikongsikan dan jarang dibuat. Tapi mungkin nanti-nantilah kita cerita tentang 'education-based marketing'. . Ok kita kembali kepada Apple store, Apple store 'is all about' mendidik 'users' bahawa 'Apple products give you the best experience. Not about how many RAM, or how many pixels', berapa nilai cip, 'NO! NO, NO!' . Apple 'products' dan 'marketing'? mereka tak pernah menekankan pada aspek teknikal yang kebanyakan orang tak faham pun. Tetapi 'it is always about user experience'. . Masuk Apple store, semua produk Apple kita boleh cuba, bukan cuba sikit-sikit, siap 'connected to wifi' dan gunalah sepuasnya sambil dibantu oleh “pakar Apple”. . Bila kita dalam keadaan diyakinkan bagaimana mudahnya produk Apple digunakan, di dalam kedai yang sangat cantik dan selesa, maka Apple berjaya membuatkan kita teringat-ingat pengalaman menggunakan produk dia. . Bila dah teringat-ingat tu, maka nak tak nak maka terbeli lah iPhone 11 (eh). . Kerana begitu berjayanya konsep Apple store ni, kita lihat Huawei, Samsung dan Xiomi juga mula meniru membuat store khas untuk produk mereka sendiri sahaja. . Macam sama tapi tak serupa. . Jadi pelajarannya dari cerita Apple store ini, TAK PERLU IKUT APA YANG ORANG LAIN BUAT, KITA LEBIH MEMAHAMI BAGAIMANA PRODUK KITA HARUS DIPASARKAN . . Syibli Fakih Bukan pengguna iPhone 11] . Menarik, bukan? Semoga bermanfaat! . Artikel asal di sini: https://www.facebook.com/1525410081/posts/10219940682017161/?sfnsn=mo


#apple #iphone11 #pemasaran #marketing #produk #pilihan #dunia #businesslessons #dollar #applestore #productknowledge #didikan #educationbasedmarketing

0 views

WISMA SAIFUL NANG ACADEMY

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan ABIM, Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor

Tel : +60102229089 | Email : syibli@snap.my

© 2014 Saiful Nang Academy