TIPS FOTOGRAFI : ADAKAH MATA TITIK FOKUS GAMBAR PORTRAIT?


T I P S F O T O G R A F I . Adakah MATA merupakan titik fokus untuk gambar potrait? . Sangat rugi bila subjek di depan dah tersedia cantik, tapi bila kita bidik, rupa-rupanya gambar potrait tidak sharp atau fokus lari. Terutamanya apabila kita menggunakan aperture yang besar seperti f/2.8. . Bila kita melihat wajah seseorang, bahagian yang kita akan pandang atau lihat terlebih dahulu sudah tentu bahagian matanya. Sebab itulah ada pepatah yang mengatakan “Dari Mata Turun Ke Hati.” . Tetapi dalam keadaan tertentu juga, mungkin bukan bahagian mata yang menjadi perhatian kita terlebih dahulu, mungkin juga jenis topi yang dipakai atau jenis kerongsang yang dipakai di tudung, sebab mungkin bahagian itu yang lebih menonjol berbanding yang lain. . Apa-apa pun, setiap gambar yang dihasilkan pasti ada titik fokus untuk kita menampakkan apa yang kita ingin tonjolkan. . Untuk bidik gambar potrait secara normal, MATA adalah titik fokus yang sangat tepat untuk menghasilkan gambar yang sharp. . Selamat mencuba.😊

#portraiture #fokus #mata #titikfokus

80 views

WISMA SAIFUL NANG ACADEMY

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan ABIM, Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor

Tel : +60102229089 | Email : syibli@snap.my

© 2014 Saiful Nang Academy