PILIHAN KAMERA : MIRRORLESS


Ramai yang bertanya kepada admin, kamera apa yang sesuai untuk mereka. Zaman digital ni fotografi tidak setakat DSLR, banyak medium yang boleh digunakan seperti: . 1. DSLR 2. Action cam (seperti GoPro) 3. Mirrorless 4. Smartphone . Kali ini admin memilih kamera mirrorless untuk dikongsikan.

.

Kamera mirrorless atau bahasa mudahnya adalah kamera bersaiz compact tetapi mempunyai fungsi dan kualiti seperti DSLR. Kamera mirrorless ini telah wujud lebih kurang 15 tahun lepas tapi cuma bermula dari beberapa tahun kebelakangan ini fungsi dan harganya betul-betul stabil dan menarik. . Kamera mirrorless ini mempunyai kawalan manual, file dalam bentuk RAW dan boleh ditukar lensnya tetapi bersaiz kecil menghampiri saiz kamera kompak. . JADI APA KELEBIHAN MIRRORLESS? 1. Kamera kecil senang masuk poket/beg tangan 2. Fungsi setanding DSLR - tukar lens,manual, raw file dll 3. Dengan sambungan wifi boleh terus transfer ke smartphone 4. Boleh charge dengan power bank (utk sesetengah model) . KEKURANGAN MIRRORLESS: 1. Bateri cepat habis. Kurang sesuai utk professional job dan lokasi2 yg mempunyai suhu sejuk extreme (jika mahu, perlu beli bateri banyak!) 2. Pilihan lens tidak banyak dan lens yang ada kebiasaannya MAHAL 3. Tidak banyak aksesori 3rd party . UNTUK SIAPA MIRRORLESS INI? 1. Mereka yang suka fotografi sebagai hobi, tapi tak suka bawa kamera berat 2. Professional photographer yg mencari kamera kedua 3. Mereka yang baru2 nak menceburi fotografi tapi tak pasti nak buat full time atau part time 4. Mereka yang perlu upload gambar cepat ke media sosial (fungsi wifi sangat bagus untuk anda) . CONTOH KAMERA MIRRORLESS: 1. Sony A6000 2. Fujifilm XT-1 3. Canon M3 4. Nikon 1 . Untuk tahun 2019, ini antara kamera mirrorless terbaik yang boleh anda dapatkan: 1. Sony Alpha A7 III 2. Sony Alpha A7R III 3. Fujifilm X-T2 4. Panasonic Lumix G9 5. Olympus OM-D E-M10 Mark III . Dan lain-lain. . Setiap model mirrorless ada pron n cons, anda digalakkan untuk membaca review pembeli yang banyak di internet. Juga boleh pilih mengikut KEPERLUAN dan BAJET anda. . Harganya bermula RM1500 - RM7000. Jadi, pilih dengan bijak dan gunakan sehingga boleh memberikan pulangan berganda untuk anda!

.

Tepuk dada, tanya selera! Tapi kalau selera naga, admin tak suka! :-D

#mirrorless #kameraterbaik #kameramurah #handycamera

0 views

WISMA SAIFUL NANG ACADEMY

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan ABIM, Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor

Tel : +60102229089 | Email : syibli@snap.my

© 2014 Saiful Nang Academy