ILMU PEMASARAN : MEMAHAMI FACEBOOK ADS (PROFILING CUSTOMER : SIRI 1.0 )


MEMAHAMI FACEBOOK ADS : CUSTOMER PROFILING (SIRI 1.0) . Bayangkan di satu pagi yang tenang bebas jerebu, sedang kita menikmati keenakan sambal nasi lemak Wak Manjo di Kampung Baru, rasa pedas pedas manis bercampur dengan butiran nasi lemak yang cukup santan tiba-tiba nikmat ini tergangu dengan satu teguran.

.

"Bang bang, sorry kacau abang makan, saya ada jual iPhone 11 ni, original punya, harga jangan risau tiada diskaun sama jer dengan harga di Apple store atau pun abang beli online, abang berminat tak nak beli dari saya sekarang ?" . Agak agak kita nak beli tak dalam situasi begini ? 9/10 confirm tak beli kan? . Itulah sebenarnya yang berlaku bila kita menjual, buat marketing offline atau online tanpa mengenal siapa pelanggan kita, kebanyakan masanya kita menjual di tempat yang salah, sales tiada yang dapat hanya penat. . Antara kelebihan utama menggunakan facebook ads ialah kita dapat memastikan iklan kita sampai tepat ke potential client, kerana facebook ads is all about knowing your customer. . Bagaimana nak buat profiling customer kita, mudah kita ikut format yang telah facebok berikan . PERKARA PERTAMA PERLU KITA TAHU ADALAH UMUR

. Wajib untuk kita tahu apa range umur pelanggan kita kerana setiap umur itu mempunyai keperluan berbeza. Contoh mudah :

a) Contoh 1 :

Jika kita menjual tudung labuh, umur yang sesuai untuk kita iklankan bermula dari 40 tahun ke atas. Kenapa ?..kerana kebanyakkan kita bila sudah mencapai umur 40 tahun kematangan dan kesedaran terhadap perintah Tuhan semakin meningkat maka ramai yang berhijrah dari tudung singkat ke tudung yang menepati syariah b) Contoh 2 :

Jika kita menjual pakej travel, macam kami sendiri Rarecation , majoriti traveler kami adalah dari mereka yang berumur 50 tahun ke atas, kenapa ? Kerana umur ini mereka mempunyai kewangan yang kukuh dan tiada masalah dengan cuti c) Contoh 3 :

Kita menjual lampin pakai buang untuk bayi, umur yang perlu kita fokus adalah antara 28 - 35 tahun umur di mana kebanyakkan kita masih mempunyai ramai anak kecil Perlu juga faham, pelanggan kita mungkin datang dari range umur yang berbeza, bukan dari 1 range sahaja, sebagai contoh traveler rarecation memang kebanyakkannya 50 tahun ke atas, tetapi ada juga pelanggan dari range umur 30-40an, terutama untuk trip pada akhir tahun. Jadi penting untuk kita senaraikan range umur client kita. Untuk mudah faham, contoh bagi Rarecation range umur ada 2 yang perlu di fokuskan : Range 1 : 30 - 40 tahun Range 2 : 50 tahun ke atas . Kenapa kita perlu senaraikan begini, kerana mudah untuk kita buat iklan yang sesuai dengan umurnya . OK ini ada soalan untuk lihat faham ker tak faham apa yang sy kongsikan ini : . Untuk Wedding Photography, range umur berapa yang perlu di fokuskan ? a) 18 - 30 tahun b) 30 - 45 tahun c) 50 tahun ke atas . Baik sambung lagi,bila kita tahu umur pelanggan kita, maka :

. a) lebih mudah kita nak bentuk iklan yang sesuai untuk umur pelanggan kita b) Lebih mudah untuk kita kenal kerjaya mereka c) Lebih mudah untuk kita tahu dimana mereka berada d) Lebih mudah untuk kita tahu keperluan mereka . Pendek cerita dari umur ini, kita akan mula membentuk profile yang lebih terperinci dan serangan facebook kita akan semakin tepat.

.

Baik sampai sini dulu untuk hari ini, ingat nak cerita semua tapi cerita bab umur pun dah panjang, nampak gaya perlu buat bersiri . InsyaAllah siri seterusnya kita teruskan membentuk profile yang lebih terperinci mengikut guideline facebook ads. Siri 2 akan menyentuh kaitan umur dengan keupayaan membeli, tapi esok esok lah kita cerita yer. . Jika perkongsian ini dirasakan memberi manfaat, boleh tag saudara/sahabat yang berniaga online dan kongsikan posting ini agar lebih ramai beroleh manfaat darinya. Tiada bayaran pun percuma sahaja, ada yang tak faham tanya InsyaAllah sy cuba jawab, Terima kasih sudi membaca sampai habis, . Syibli Fakih 7 tahun guna FB ads, tak habis habis lagi belajar

.

Artikel asal boleh dibaca di:

.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10219924015040497&set=a.3649659689857&type=3&theater

#FBads #customer #customerprofiling #profiling #SyibliFakih #marketingtips #ilmupemasaran

47 views

WISMA SAIFUL NANG ACADEMY

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan ABIM, Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor

Tel : +60102229089 | Email : syibli@snap.my

© 2014 Saiful Nang Academy