IPHONE : ON TAK ON?


PERKONGSIAN SYIBLI FAKIH TENTANG IPHONE (Yang sedang berkira-kira nak pecahkan tabung ayam boleh baca sampai habis!) . Ada yang tanya, berbaloi tak beli iPhone, lagi-lagi 27 September ni iPhone 11 akan tiba di Malaysia. . Saya tak boleh jawab kepada pihak dia tapi untuk diri sendiri sebagai seorang yang sering terlibat aktif dengan social media marketing, Facebook dan Instagram Rarecation, saya rasa berbaloi sebab : . A) Kamera & video capture dari iPhone memang tersangat cantik, kebanyakan masa kita nak buat live,atau nak capture foto & video untuk kegunaan social media marketing, sebenarnya tak perlu pun guna kamera dslr. Guna iphone pun dah tersangat mencukupi dan lebih mudah juga pantas . B) Manakala untuk editing & posting ke social media pula, banyak apps grafik /photo/video yang menarik di dalam apps store untuk iphone dan apps yang sedia ada pula sentiasa updated di dalam ios. . C) iPhone pun bagusnya, walaupun dah lama mcm iPhone 6s sy sendiri, tapi masih berfungsi dengan cemerlang dan terbilang. Dan nilai phone tak jatuh teruk walaupun dah lama guna. . D) Juga mudah bersambung dengan macbook & ipad, (photographer mmg byk guna Macbook). . Dan pelbagai kelebihan lagi, cerita banyak-banyak pun bukan dapat komisen dari Apple . Pendek cerita, iPhone memang harganya tinggi, tapi bila dilihat iPhone ini bukan sebagai sebuah telefon tetapi adalah satu tools dalam mencari rezeki. . Jadi iPhone ini bukan satu pembelian tetapi adalah 1 pelaburan, maka bila pelaburan haruslah kita melabur pada yang terbaik. . Bagi yang mencari phone sekadar nak ambil gambar, main Whatsapp, FB, layan Youtube, bukan untuk perniagaan, saya rasa phone-phone Android ada juga yang baik-baik. . Jika anda juga seperti saya seorang penggiat social media yang aktif dan memerlukan visual content yang banyak, maka elok lah guna iPhone tapi tak salah juga kalau nak guna Android. . Bolehlah tag diri sendiri atau kenalan yang ada teringin teringin dengan iphone baru ni, baca dulu dan kalau rasa sesuai beli, tak sesuai beli lain. . Perkongsian asal di sini: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10219888772799463&set=a.1048687507178&type=3&theater

#iphone #socialmediatool #marketingtool #cameravideocapture #bestgraphic

86 views

WISMA SAIFUL NANG ACADEMY

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan ABIM, Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor

Tel : +60102229089 | Email : syibli@snap.my

© 2014 Saiful Nang Academy