Cara Membidik Gambar Berkumpulan


T I P S F O T O G R A F I . Pernah nampak tak gambar berkumpulan yang subjek ramai tapi, fokus pada seorang sahaja. Yang lain jadi blur. Kasihan kan, kalau kita jadi subjek dalam gambar itu, pasti kita rasa tidak puas hati. . Semak semula setting aperture yang digunakan. . Apakah aperture yang sesuai untuk kita gunakan apabila membidik gambar kumpulan yang ramai? Adakah f/5.6, f/4.0, atau f/2.8 ? . KEDUDUKAN SUBJEK SECARA BERKUMPULAN . 1. Jika subjek berkumpulan terlalu ramai, dinasihatkan untuk gunakan aperture yang kecil seperti f/5.6 atau f/4.0 supaya semua nampak muka masing-masing dalam gambar dengan jelas. Kalau berada jauh di belakang juga masih nampak "okey, ini saya..hehe".. . 2. Jika subjek ramai yang tidak melebihi 10 orang, boleh gunakan aperture besar seperti f/2.8. Tapi, perlu hati-hati dengan kedudukan mereka. Pastikan mereka berada di satu barisan kepala yang sama. Barulah semua muka subjek tidak blur dan background pun bokeh. Barulah gambar nampak dramatik.. . Kesimpulannya, ambil gambar berkumpulan bukan sekadar membidik sahaja, perlu ada strategi juga. . Ni gambar Min bidik waktu ilmu pun tak banyak lagi..😂 . Semoga bermanfaat.😊

#groupphoto #aperture #subjekfotografi #strategifotografi

0 views

WISMA SAIFUL NANG ACADEMY

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan ABIM, Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor

Tel : +60102229089 | Email : syibli@snap.my

© 2014 Saiful Nang Academy