7 SEBAB MENGAPA FOTOGRAFI JADI PILIHAN JUTAAN MANUSIA


Sebagaimana dunia tak akan ceria tanpa warna, begitu jugalah kusamnya hidup jika tanpa fotografi. . Ianya juga adalah salah satu cabang kehidupan kerana beribu-ribu sebab. . Dikongsikan, 7 antara sebab utama mengapa ianya adalah pilihan ramai. . Admin PALING MENGGEMARI sebab ke ENAM! . Yang mana pilihan SNAPPERS?

.

FOTO SEBAGAI ‘BUAH TANGAN’ TERBAIK Inilah bukti ke mana sahaja kita mengembara. . Ianya tidak mahal berbanding untuk mendapatkan pelbagai barangan lain sebagai buah tangan kepada yang tersayang. . Kita tak perlukan sebarang gajet yang mahal atau banyak, adakalanya menggunakan smartphone sahaja pun sudah boleh hasilkan foto. . Rugilah kalau sudah sampai ke Solheimasandur Plane Wreck, Iceland bersama Rarecation dan memakai baju Melayu lacoste SARC Menswear tidak diambil gambar buat ‘bekalan’ pulang ke tanah air nanti! .

MEMPENGARUHI ORANG LAIN MELALUI FOTO . Adakalanya kita tak perlu menulis panjang atau tak perlu menulis langsung pun, jika menggunakan foto yang cukup dengan mesej yang ingin disampaikan. . Ianya boleh jadi 'senjata' media terbaik dalam pemasaran, perhubungan, kehidupan dan lain-lain. . Ianya juga boleh jadi alat propaganda politik yang baik jika kena caranya. . Semangat juga boleh dimantapkan bagi tujuan menguatkan sokongan dan untuk lain-lain tujuan juga. . Sekeping foto, boleh menggoncang dunia pastinya. . Lagi-lagi kalau melihat foto dengan subjek-subjek yang sedang tersenyum, kita pun automatik tersenyum sama!

.

LEBIH MENGHARGAI HIDUP MELALUI FOTO . Rakam SEMUA yang boleh dihargai dan hargai semua yang boleh dirakam. . Foto juga boleh memberikan kita harapan, di saat kita jatuh. . Membangkitkan semangat, menghargai sementara yang hidup masih ada dan mengingati saat bahagia ketika ahli keluarga masih bernyawa. . Ia juga boleh dijadikan peringatan agar kita tidak lalai. . Satu gambar boleh beri pelbagai mesej!

.

FOTO SEBAGAI DOKUMENTARI KEHIDUPAN . Tanpa foto dalam simpanan, setiap yang berlaku dan tidak didokumentasikan akan sering berlalu begitu sahaja. . Melainkan kita mempunyai ingatan yang sangat luar biasa, setiap yang berlaku tak mungkin akan kekal di ingatan kita selama-lamanya. . Dengan foto yang dibidik dan disimpan, bila-bila masa kita menatapnya semula, pasti boleh mengimbau semula memori ketika ianya dilalui. . Boleh juga dikongsikan dengan anak cucu sekiranya bersesuaian. . Apatah lagi bila berpeluang ke negeri orang, di sawah bendang. Kalau tidak dirakam, hilanglah dari ingatan.

.

GUNA ‘MATA LEBAH’ BERBANDING ‘MATA LALAT’.

.

Dalam kehidupan seharian, ada 2 jenis pilihan yang akan kita lalui: baik dan buruk.

.

Bagi seorang fotografer yang sentiasa mencari subjek bidikan terbaik, beliau akan juga sering mencari yang BAIK dari setiap subjek atau di mana sahaja matanya memandang.

.

Walaupun di mata orang lain, sesuatu subjek itu kelihatannya ‘biasa-biasa’, tetapi seorang fotografer yang bagus, pasti dapat mencari unsur yang ‘luar biasa’ dalam setiap yang dipandangnya. . Hasilnya, apa yang dibidik pastinya akan jadi yang terbaik..Jadilah fotografer ber’mata lebah’ dan sentiasa cari yang baik dari apa yang dilihat.

.

JADI SUMBER PENDAPATAN PASIF . Dengan foto yang dibidik kita boleh menyertai kumpulan-kumpulan stok foto yang aktif dan mendapat manfaat darinya. . Hanya perlu mendaftar dalam kumpulan-kumpulan tersebut, ikuti langkah memuatnaik foto dan syarat untuk kelulusan foto dimuatnaik. . Bila sudah berjaya melakukannya, hanya perlu tunggu rezeki datang bergolek. . Kadang-kadang gambar ‘biasa’biasa’ kita juga akan dibeli peminat foto jika kena dengan tema pencarian mereka. . Bayaran juga kebiasaannya akan dibayar dalam nilai matawang asing (Dollar, contohnya) . Kita lihat gambar kuda ‘Equus ferus caballus’ baka asli Iceland ini. Rasanya, berapa nilai selayaknya?

.

PENYATUAN HATI MELALUI FOTO . Tak kira di mana kita berada, dengan gambar yang menarik, manusia dari pelbagai ceruk dunia boleh bersatu di atas minat yang sama. Kita mungkin tidak berniat ketika merakam momen-momen tertentu, namun jika satu dunia menyukainya, ia tetap memberikan impak yang baik. . Tahu tak yang orang ramai akan ‘kalah’ dengan gambar sebarang tema dengan subjeknya kanak-kanak?

.

Jadi, yang mana satu pilihan SNAPPERS?

. Untuk gambar-gambar mantap lain, boleh dilihat di www.snap.my

#7 #mengapafotografi #buahtangan #SolheimasandurPlaneWreck #Iceland #Rarecation #bajuMelayu #SARCMenswear #lacoste #fotomempengaruhi #senjatamedia #propaganda #sokongan #senyum #hargaihidup #harapan #dokumentari #memori #matalebah #matalalat #biasabiasa #luarbiasa #sumberpendapatanpasif #saifulnangacademy #rezekidatangbergolek #penyatuanhati #momen #kanakkanak

31 views

WISMA SAIFUL NANG ACADEMY

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan ABIM, Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor

Tel : +60102229089 | Email : syibli@snap.my

© 2014 Saiful Nang Academy