5 CARA MUDAH UNTUK FOTOGRAFER ELAK TERKESAN DENGAN MASALAH JEREBU


Malaysia dan negera-negara berjiran sedang dilanda bencana jerebu. Antara yang ramai terkesan akibat dari masalah pencemaran ini adalah kanak-kanak. . Hampir setiap hari akan ada sahaja anak-anak yang mengunjungi pusat rawatan atas masalah pernafasan akibat dari pencemaran udara. Yang dewasa juga tidak terkecuali. . Untuk para fotografer yang sentiasa keluar mencari subjek bidikan, ada cara mudah untuk anda mengurangkan risiko akibat dari jerebu ini. . RUJUK SETIAP GAMBAR UNTUK SARANAN TERBAIK DAN MANFAAT KEPADA FOTOGRAFER SEMUA. .

SENTIASA MEMAKAI TOPENG MUKA / PERNAFASAN . Bukan hanya semasa bertugas di kawasan berisu sensitif seperti semasa perhimpunan demonstrasi awam, ketika anda bertugas di luar semasa musim jerebu juga digalakkan penggunaan topeng pernafasan ini. . Setidak-tidaknya, pakai topeng muka yang bersesuaian terutamanya apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) semakin meninggi. Anda sendiri tahu keadaan diri anda. Jangan tunggu sehingga bacaan IPU meningkat sehingga 200, baru anda mahu memakai topeng muka.

BAWA DAN MINUM AIR KOSONG SECUKUPNYA . Sentiasa pastikan anda membawa bekalan air ke mana-mana anda bertugas. Sebagaimana pentingnya anda 'mengusung' gajet anda ke mana-mana anda pergi, bekalan air minum mencukupi juga perlu. . Minum sekurang-kurangnya 2 liter air sebelum, semasa dan selepas bertugas bagi memastikan tubuh badan sentiasa terhidrat. kekurangan bekalan air dalam tubuh badan boleh menyebabkan kelesuan dan menyukarkan anda bertugas terutamanya di musim jerebu. Ini boleh juga mengakibatkan kemudaratan yang lain-lain.

KURANGKAN BERADA DI LUAR RUMAH / PEJABAT . Jika ada alternatif lain, susun jadual tugasan anda dengan memperbanyakkan kerja-kerja suntingan gambar di rumah atau di pejabat, berbanding berada di luar. . Ketika masalah jerebu semakin serius, anda boleh fokus kepada tugasan-tugasan seperti pemasaran atas talian (online marketing) atau mengedit gambar dan mengemaskini website. jadi fotografer yang bijak mengatur masa kerja supaya semuanya tetap boleh dilunaskan walaupun tanpa kekerapan berada di luar.

SEGERA DAPATKAN RAWATAN JIKA ANDA TERKESAN DENGAN MASALAH JEREBU . Jangan tunggu sehingga benar-benar serius baru anda bergegas ke pusat rawatan. Ianya mungkin boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang lebih teruk. . Bagi mereka yang sememangnya telah diberikan bekalan ubatan, sentiasa pastikan ianya berada dalam jangkauan anda. . Mencegah, sememangnya lebih bagus dari merawat!

'BERDAKWAH' MELALUI FOTO BIDIKAN ANDA . Anda mempunyai 'senjata' dan bahan propaganda yang hebat bagi membantu orang awam sama-sama mengelak dari jadi punya masalah jerebu. . Foto-foto hasil bidikan anda boleh mempengaruhi orang awam untuk tidak membuat pencemaran atau membantu mereka jelas tentang cara-cara mengelakkan menjadi mangsa kepada pencemaran udara.

Didoakan agar kesihatan anda semua sentiasa pada tahap yang baik agar tugasan dan kehidupan harian dapat berjalan dengan baik juga. . Semoga masalah pencemaran udara SEGERA SELESAI dan kita semua boleh menghirup udara segar semula dengan baik. Amiin. . Layari www.snap.my untuk lebih gambar-gambar menarik hasil bidikan warga kerja, peserta dan perantis di Saiful Nang Academy


0 views

WISMA SAIFUL NANG ACADEMY

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan ABIM, Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor

Tel : +60102229089 | Email : syibli@snap.my

© 2014 Saiful Nang Academy