5 SEBAB MENGAPA BELAJAR FOTOGRAFI TAK PERLU GUNA BUKU


(Yang minat baca buku, teruskan! Perkongsian ini khusus untuk peminat fotografi tanpa menggunakan rujukan buku) . Semua fotografer professional di Saiful Nang Academy tidak menggunakan buku untuk mengajar ilmu yang mereka ada. . Semuanya terhasil dari PENGALAMAN sebenar dari SITUASI sebenar bersama SYARIKAT dan ORANG sebenar, mampu dikongsikan TIPS TERBAIK ini kepada semua. Boleh lihat antara hasil tugasan warga kerja dan perantis di www.snap.my . InsyaaAllah, bila sudah terbiasa dalam latihan dan pandai menggunakan aqal mengikut KONTEKS dan bukan hanya membaca TEKS, apapun masalah sepanjang pembelajaran dan pengajaran, boleh diselesaikan.

BELAJAR TERUS DARI YANG PAKAR

. Ada yang menyatakan ‘Don’t work hard, work smart’. Ianya memang sesuai digunakan dalam konteks pembelajaran dalam bidang fotografi. Mengapa perlu mengadap buku apatah lagi menghafalnya, sedangkan bila berguru dengan buku, ianya tetap tidak dapat menjelaskan kepada kita jika ada yang kita tidak jelas tentang sesuatu. . Lebih baik berguru terus dari yang pakar dan boleh terus juga bertanya tentang semua yang tidak jelas kepada pakar dalam bidang tersebut. Tidaklah kita membuang masa dan sudah tentu, pakar tersebut boleh kongsikan tips terbaik dalam konteks berkaitan urusan yang berkaitan.

TIDAK PERLU TERBEBAN DENGAN BERAT BUKU . Cukup-cukuplah kita membawa beban buku-buku sepanjang zaman persekolahan kita. Lebih menyedihkan, tidak semua isi kandungan buku tersebut dipelajari semasa zaman kita bersekolah. Kebanyakannya juga tidak digunakan dalam kehidupan seharian pun. . Tanpa buku, kita belajar apa yang PERLU. Bila perlu tahu, kita cari sumbernya. Bukan ke hulu dan ke hilir membawanya yang adakalanya langsung tidak dipelajari. Kita juga ada pelbagai sumber ilmu lain yang lebih mudah diperolehi pada zaman sekarang. Semuanya sekarang hanya di hujung jari.

TIDAK PERLU MEMBELI BUKU BERULANG KALI

Bagi bidang fotografi yang sentiasa berkembang pantas, penggunaan buku atau bahan bercetak menuntut komitmen kewangan yang bukan rendah. Edisi-edisi terkini sentiasa dicetak dan ilmu yang ada pada buku pertama tidak semestinya akan sentiasa boleh digunapakai sepanjang zaman. . Seperti canggihnya pengeluaran model-model terkini gajet, begitu jugalah dengan ilmu yang berkaitan. Apa yang akan dibuat dengan edisi buku yang sudah terkebelakang? Jadi timbunan di sudut bilik kita? Ruginya!

SAYANGI BUMI KITA . Kita belajar ilmu fotografi, antara lainnya untuk lebih menghargai alam ciptaan Tuhan. Dari fotografi genre landskap contohnya, bidikan foto-foto cantik alam ini dapat diabadikan. . Tapi dengan menggunakan buku, ianya menggalakkan lebih banyak penebangan pokok-pokok dari simpanan hutan belantara kita. Lebih banyak buku dihasilkan, lebih banyak pokok-pokok yang ditebang, walaupun kini giat kempen kitar semula dijalankan, ianya masih tidak mencukupi. Sayang bumi, kurangkanlah penebangan pokok untuk penghasilan buku!

LATIHAN MENGGUNAKAN LOGIK DAN KREATIVITI AQAL . Di setiap keadaan atau situasi yang kita lalui, acapkali menuntut pertimbangan kita yang terbaik dalam situasi yang berbeza. . Dengan belajar menggunakan persekitaran kita, kelengkapan dan peralatan yang ada, ianya mengajar kita menggunakan aqal dengan lebih baik. . Jika berada di lapangan, dengan menggunakan buku, mana mungkin sempat untuk kita merujuk mukasurat-mukasurat tertentu untuk sesuatu tajuk fotografi dan dalam masa yang sama membidik momen terbaik dari persekitaran yang kita berada. . Lucu juga jika tugasannya ketika itu adalah untuk membidik momen pengantin menitiskan air mata selepas diakad nikahkan, ketika itu jugalah kita mahu membelek buku mencari rujukan terbaik; ketika itu jugalah kita KEHILANGAN momen tersebut. . Memang benar, kita boleh pelajari dahulu tips dan tekniknya SEBELUM ‘turun padang’ membidik, tetapi lebih baik jika mempelajari dan memahaminya menggunakan tip pertama (dari pakar dan semestinya telah terbukti hasilnya). Ketika kita di lapangan, tinggal mengaplikasikannya sahaja.

Semua fotografer professional di Saiful Nang Academy tidak menggunakan buku untuk mengajar ilmu yang mereka ada. . Semuanya terhasil dari PENGALAMAN sebenar dari SITUASI sebenar bersama SYARIKAT dan ORANG sebenar, mampu dikongsikan TIPS TERBAIK ini kepada semua. Boleh lihat antara hasil tugasan warga kerja dan perantis di www.snap.my . InsyaaAllah, bila sudah terbiasa dalam latihan dan pandai menggunakan aqal mengikut KONTEKS dan bukan hanya membaca TEKS, apapun masalah sepanjang pembelajaran dan pengajaran, boleh diselesaikan.


25 views

WISMA SAIFUL NANG ACADEMY

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan ABIM, Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor

Tel : +60102229089 | Email : syibli@snap.my

© 2014 Saiful Nang Academy