ANAK MENJADI RASIS : KITAKAH YANG MENDIDIK MEREKA?


Mengimbau semasa kecil, admin teringat yang admin pernah bersekolah dengan murid-murid berbangsa selain dari bangsa Melayu. Duduk belajar sekelas, ke kantin bersama dan bersukan juga dalam satu kumpulan rumah sukan yang sama. . Walaupun sedikit ‘kejutan budaya’ kerana sekolah admin berada di tengah-tengah kawasan kampung-kampung tanpa penghuni berbangsa selain Melayu, admin merasakan mempunyai kawan berbangsa lain; sebagai satu pelajaran baru.

.

. Apa sahaja yang mereka lakukan semasa di sekolah juga jadi sumber penyerapan ilmu baru buat admin dan kawan-kawan. Bahasanya, tingkah lakunya, adat malahan agamanya menjadi pendedahan pertama buat admin dan kawan-kawan. .

Kebetulan, ayah admin juga merupakan guru sekolah yang sama. Ada masanya jika kenderaan yang selalunya menjemput mereka terlewat atau ahli keluarga mereka tak dapat hadir ke sekolah untuk menjemput mereka pulang, ayah adminlah yang membantu menghantarkan mereka pulang ke rumah mereka pada jarak 2-3 kilometer dari sekolah. . Berhimpitlah kami 3 beradik bersama mereka juga sekereta. Yang lelaki duduk di bahagian depan bersama ayah admin dan yang perempuan di bahagian belakang kereta kecil itu. . Ketika itu, TIADA masalah untuk kami sama-sama belajar di sekolah yang majoriti muridnya berbangsa Melayu.

.

. Tetapi kebelakangan ini, negara kembali digemparkan dengan isu-isu perkauman yang sangat mengundang perpecahan, kacau-bilau dan pelbagai lagi masalah di antara masyarakat berbilang kaum di Malaysia. . Lebih menyedihkan apabila anak-anak sekecil mereka yang berada di sekolah rendah, sudah ‘pandai’ berperang mulut mengungkit asal-usul keturunan kawan-kawan mereka, kerana “ibu ayah maklumkan sebegitu”. . "Anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya". Ungkapan ini membawa maksud anak-anak yang dilahirkan ke dunia ini tidak tahu apa-apa, bahkan mereka juga tidak tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Oleh itu, ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk membentuk keperibadian anak-anak mereka. . Jadi, mengapa ditanamkan maklumat-maklumat yang bercanggah dari konsep kita hidup aman-damai sesama kaum berbilang-bangsa?

. Bukankah di dalam AlQuran sudah dinyatakan di dalam surah Al-Hujurat 49, Ayat 13:

يٰۤاَ يُّهَا النَّا سُ اِنَّا خَلَقْنٰكُمْ مِّنْ ذَكَرٍ وَّاُنْثٰى وَجَعَلْنٰكُمْ شُعُوْبًا وَّقَبَآئِلَ لِتَعَا رَفُوْا ۗ اِنَّ اَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللّٰهِ اَ تْقٰٮكُمْ ۗ اِنَّ اللّٰهَ عَلِيْمٌ خَبِيْرٌ

Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti. . Yang penting kita perlu saling kenal-mengenali antara satu sama lain. Perlu tahu apa kesukaan dan kebencian antara satu sama lain. Elakkan persengketaan dan cari kata muafakat supaya masing-masing, walaupun saling berbeza tetapi tetap menghargai dan menghormati perbezaan antara kita. Jadi, bagaimana anak-anak sekecil itu mampu mempunyai perasaan benci jika tidak kita sebagai ibubapanya yang mendidik mereka sebegitu? . Dari ayat AlQuran yang sama, tidak mengira siapa pun kita, KETAKWAAN itu yang paling utama. . Mudah-mudahan, kita semua mampu mendidik anak-anak dan generasi penerus kita sebagai mereka yang saling mahu mengenali antara satu sama lain, menghormati hak semua dan mencambahkan kasih-sayang antara semua makhluk ciptaan Allah terutamanya di rumah dan melalui media massa. .

Dalam penyebaran maklumat melalui media massa juga harus dipastikan agar tidak mengundang anasir-anasir yang ‘kurang sihat’. Foto dan video yang disebarkan perlulah mengambil kira sensitiviti masyarakat pelbagai bangsa. . Perantis fotografer dan videografer sering ditekankan dengan sifat kemanusiaan dan prihatin serta awas dalam tugasan membidik atau merakam, mengedit, memuatnaik foto dan video di platform yang dibangunkan mereka. . Jangankan kerana terlalu mengejar komposisi, pencahayaan, jalan cerita atau lain-lain unsur yang perlu ada dalam foto atau video mereka, nilai kemanusiaan dan keamanan mereka lupakan. . Mudah-mudahan ada yang berbekas dalam hati dan jiwa mereka semua.

. Salam perpaduan dari seluruh warga Saiful Nang Academy, akademi yang menerima SESIAPA SAHAJA berkongsi ilmu fotografi dan videografi tanpa perbalahan dan semestinya, dengan bersatu hati. . Layari www.snap.my untuk gambar dan video pelbagai genre dan bangsa, hasil bidikan dan rakaman peserta, perantis dan warga kerja Saiful Nang Academy. . Yang menyokong perpaduan untuk SEMUA, admin ucapkan salam sejahtera.


0 views

WISMA SAIFUL NANG ACADEMY

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan ABIM, Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor

Tel : +60102229089 | Email : syibli@snap.my

© 2014 Saiful Nang Academy