APA ITU 'EXPOSURE MODE'?


Exposure mode adalah di antara setting yang paling penting pada sesebuah kamera, membolehkan kita memilih setting yang sesuai dengan subjek atau situasi yang kita nak shot. Mode-mode exposure yang biasa terdapat pada DSLR, Mirrorless atau kamera kompak ialah: . P (Program) A / Av (Aperture Priority) S / Tv (Shutter Priority) M (Manual) . Setiap exposure mode ada kegunaannya tersendiri; . 1. Auto Pengguna DSLR sangat diharamkan pakai mode ini. Kenapa? Kerana harga kamera ribu-ribu, tapi pakai auto, baik pakai kamera digital biasa. Dalam mode auto, semua setting akan dikawal oleh kamera. Dan kita tidak boleh adjust apa-apa. . 2. P (Programmable) Sama seperti auto, kamera akan set aperture dan shutter speed secara automatik, yang bezanya dalam mode ni, kita masih boleh ubah nilai exposure dan setting lain. . 3. A/Av (Aperture Priority) Kita boleh adjust aperture dan kamera akan sesuaikan shutter speed secara automatik. Untuk potret, kecilkan nilai F (cth: f1.8,f2.8) untuk dapat kesan bokeh. Untuk landskap, naikkan nilai F (f9, f10) supaya semua objek terfokus. . 4. S/Tv (Shutter Priority) Berlawanan dengan A mode, S mode. Membolehkan kita mengawal shutter speed dan aperture pula dikawal oleh kamera secara automatik. Biasanya digunakan dalam “sport photography” dimana kita nak “freeeze” pergerakan. . 5. M (Manual) Dalam mode manual, kita boleh control kedua-dua shutter speed dan aperture. Sesuai digunakan dalam keadaan cahaya yang tetap seperti dalam studio. Tak berapa praktikal digunakan untuk outdoor memandangkan cahaya sentiasa berubah kecuali dengan ilmu dan kemahiran. . Foto setting : 30mm; ƒ/22.0; ISO 50 Dibidik oleh Sifu @syiblifakih

#exposuremode #saifulnangacademy #fotografi #tips #kamera #waterfall

0 views

WISMA SAIFUL NANG ACADEMY

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan ABIM, Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor

Tel : +60102229089 | Email : syibli@snap.my

© 2014 Saiful Nang Academy