'A' UNTUK AKHLAK YANG BAIK, HASILKAN 'A' DALAM KEHIDUPAN


. Kepada ibubapa yang anaknya mula menduduki peperiksaan UPSR hari ini dan yang membaca penulisan ini didioakan semuanya dipermudahkan. Usaha baik yang bermula secara istiqomah pasti akan menjanjikan hasil yang baik juga. . Ibu ayah pastilah mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak dan tidak mahu kesukaran yang dilalui oleh ibu ayah dilalui pula oleh anak-anak mereka. Semoga laluan untuk anak-anak dipermudahkan semuanya. . Bagi kami di Saiful Nang Academy, bersyukur yang penerapan PENDIDIKAN AKHLAK itu menjadi keutamaan. Bukan hanya mahir fotografi dan videografi, AKHLAK diri dan cara bekerja juga diterapkan sama. .

Seorang guru yang berakhlak mulia akan mudah mendidik muridnya supaya berkelakuan baik, makanya, akhlak murid bermula dari gurunya juga. . Jika guru datang lewat, tidak beretika professional, lewat menyiapkan tugasan dan tidak teratur dalam urusan, pastinya akan diikuti oleh anak muridnya. . Yang menarik di akademi ini, tenaga pengajarnya sama-sama turun padang semasa menjalankan urusan tugasan perantis. Tak kira sama ada di dalam akademi sendiri, atau di lapangan dekat mahupun jauh; tenaga pengajar sentiasa ada untuk menunjukkan cara terbaik kepada perantisnya. Contoh-contoh hasilnya boleh dilihat di www.snap.my. . Jika tenaga pengajar perlu berurusan di tempat lain, aturan jelas kepada perantis juga dititipkan agar urusan mereka lancar untuk hari tersebut. .

Kuncinya dengan bertanya. Apapun ilmu yang mahu dipelajari, sebaiknya perantis juga rajin bertanya dan mencambah lebih banyak perkongsian ilmu. Kemahiran yang tenaga pengajar ada, boleh menggandakan tahap kemahiran perantis untuk mendapatkan hasil yang setaraf profesional. . Di rumah, ibu ayah jugalah yang menjadi guru pertama bagi anak-anak. Terapkan didikan akhlak tak kira dalam beragama, belajar, bekerja atau apa sahaja, memudahkan urusan ibu ayah juga di kemudian hari.

. Sekali lagi, didoakan urusan semuanya dipermudahkan dan anak-anak juga dapat menjawab dengan tenang, lancar dan terbaik. . InsyaaAllah, Allah mudahkan. Amiin.

#AuntukAkhlak #saifulnangacademy #pendidikanakhlak #fotografi #perantis #perkongsianilmu #ibubapa #guru

0 views

WISMA SAIFUL NANG ACADEMY

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan ABIM, Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor

Tel : +60102229089 | Email : syibli@snap.my

© 2014 Saiful Nang Academy