• fatini64

5 FUNGSI DI DALAM LIGHTROOM


PENERANGAN MUDAH 5 FUNGSI DI DALAM LIGHTROOM (Wajib baca jika baru nak berjinak jinak dengan lightroom)

Kita baru buka lightroom, tengok butang yang banyak, jadi pening, jangan risau kami kongsikan beberapa fungsi mudah lightroom untuk anda mulakan

(lihat foto untuk lebih mudah faham):

1. EXPOSURE Ini untuk mencerahkan dan menggelapkan foto, namun exposure ini akan mengubah keseluruhan foto. Berhati, hati jika foto yang gelap di terangkan terlalu banyak boleh menyebabkan noise yang tinggi di dalam foto

2. HIGHLIGHT Fungsi higlight ini menarik, kerana ia hanya fokus untuk mengubah cerah gelap pada bahagian cerah, tanpa mengusik bahagian lain.

3. SHADOW Sama juga seperti highlight, fungsi shadow ini untuk mengubah cerah gelap pada bahagian shadow, penggunaan yang baik antara shadow & highlight boleh membuat foto anda lebih cantik dah hidup.

4. SATURATION Untuk saturation pula, fungsinya untuk mengubah "kepekatan" warna sesuatu foto, nak lebih pekat atau kurang pekat. Bagi yang minat dengan tona klassik, kebiasaannya kita kurangkan nilai saturation nya

5. PRESET Jika anda malas untuk edit terlalu banyak, gunakan sahaja "Preset", secara automatik preset ini akan mengubah exposure, warna, saturation dan beberapa fungsi lain di lightroom untuk mendapatkan foto yang di ingini hanya dengan 1 klik sahaja.

Malah anda juga boleh membuat "preset" anda sendiri dan boleh digunakan untuk foto lain, oleh orang lain, malah boleh dijual pada orang lain

Boleh share setelah habis baca 😊

NAK BELAJAR LEBIH LAGI

SERTAI KELAS ASAS LIGHTROOM

Tarikh: 12 OGOS 2017 (Sabtu) Masa : 9.00 am - 1.00 pm Lokasi : Saiful Nang Academy, Bangi Sentral Yuran : RM150

Keperluan : Laptop

Sangat sesuai untuk mereka yang baru nak mula gunakan lightroom, yang tiap-tiap minggu kene edit 100 -200 keping foto, baru nak belajar foto editing atau sesiapa saja yang rasa memerlukan kelas ini.

Untuk menyertai, Whatsap info anda

Nama Telefon Email

ke nombor telefon ini

010 222 9089 010 222 9089 010 222 9089


0 views

WISMA SAIFUL NANG ACADEMY

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan ABIM, Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor

Tel : +60102229089 | Email : syibli@snap.my

© 2014 Saiful Nang Academy