• fatini64

3 CARA BERKESAN MEREDAKAN TANGISAN ANAK ANDA


PASTIKAN DIRI ANDA SEBAGAI IBU/BAPA TIDAK MEMPUNYAI AURA NEGATIF SEMASA PEGANG BAYI ANDA

Ya, kedengaran agak pelik dan aneh,tetapi inilah punca salah satu mengapa anak kita sukar untuk berhenti menangis. Walaupun sudah berikan susu tetapi masih lagi menangis. Kenapa hal ini terjadi? Ini disebabkan anak dapat merasakan aura yang kurang baik pada si ibu contohnya meyusukan dalam keadaan marah, stress ataupun sedih. Ketahuilah bahawa anak kita turut dapat merasai emosi kita sebagai ibu. Jadi tersangat penting untuk sentiasa berada dalam zone "POSITIF" supaya anak akan berasa nyaman dan selesa apabila memerlukan perhatian anda.

BERIKAN PERHATIAN SEBAIK SAHAJA TERDENGAR TANGISAN ANAK

Seringkali ibu & bapa kerap mengulangi kesalahan ini, di mana lambat memberi perhatian apabila si kecil menangis atau merengek. Apabila sudah terlewat memberi perhatian kepada mereka, pastinya si kecil akan merajuk dan menjadi "TANTRUM". Langkah yang terbaik untuk mengelakkan perkara ini terjadi, pastikan anda terus berikan si kecil anda perhatian apabila mereka memerlukan, tidak perlu tunggu mereka menunjukkan perasaan atau menangis teresak-esak baru hendak layan kehendak mereka.

AJAK ANAK ANDA MELAKUKAN AKTIVITI YANG MENARIK BERSAMA

Cara paling mudah untuk meredakan anak anda dari berterusan menangis, cuba alihkan perhatiannya dengan mengajaknya melihat sesuatu yang menarik atau melakukan aktiviti bersama seperti membacakan si kecil buku cerita atau kisah dongeng, mengajarnya melukis atau meluangkan sedikit masa anda untuk membawa mereka ke taman permainan. Mungkin juga anak anda sudah bosan berada dalam rumah, jadi dedahkan mereka juga dengan persekitaran luar dengan syarat anak anda sentiasa di pantau oleh anda atau penjaga bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.


0 views

WISMA SAIFUL NANG ACADEMY

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan ABIM, Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor

Tel : +60102229089 | Email : syibli@snap.my

© 2014 Saiful Nang Academy