MEMORI KAD ROSAK?


MACAM MANA NAK JAGA MEMORI KAD? . NAK SIMPAN KAT MANA? Pakai tempat penyimpanan memori kad yang KERAS dan KALIS AIR. Simpan dalam suhu bilik dan elakkan terdedah pada suhu yang terlalu tinggi. . KOSONGKAN MEMORI KAD SEBELUM GUNA. Penting untuk anda sentiasa peka kapasiti kad anda. BERHENTI SEBELUM PENUH. Makin penuh kapasiti anda, makin kurang kelajuan kad anda. . COPY SEMUA DATA. Backup data korang secepat mungkin di dalam komputer. JANGAN TUNGGU! Jika berlaku situasi macam kehilangan, kerosakkan pada memori kad, sekurangnya fail gambar korang dah berjaya diselamatkan. . KAD MEMORI TERKENA AIR? Kalau memori kad korang terjatuh ke dalam air atau dalam keadaan basah, JANGAN PANIK. Keringkan selama 1 - 2 hari. Peratusan untuk kad korang rosak adalah rendah. .

JANGAN SUKA2 KELUARKAN KAD DARI KAMERA. Matikan kamera korang sebelum keluarkan kad. Ini mengelakkan kad daripada rosak akibat kejutan elektrik pada kad melalui kamera. . NAK BAWA BERAPA BANYAK MEMORI KAD? Bawalah lebih memori kad korang. Lebih baik korang bawa 16gb + 16gb daripada anda bawa yang 32gb. Kalau berlaku kerosakn pada 1 kad, korang ada 1 lagi kad sebagai backup.


0 views

WISMA SAIFUL NANG ACADEMY

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan ABIM, Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor

Tel : +60102229089 | Email : syibli@snap.my

© 2014 Saiful Nang Academy