PHOTOCAMP LOMBOK

BENGKEL FOTOGRAFI ANTARABANGSA DI DESTINASI MENARIK DI SELURUH DUNIA

BELAJAR DARI YANG TERBAIK

Sepanjang program ini, anda akan mendapat tunjuk ajar dari tenaga-tenaga pengajar professional dari Saiful Nang Academy. Ini bagi memastikan anda pulang dengan sebuah portfolio gambar yang hebat

ATURCARA PERJALANAN

30 OGOS - 02 SEPT 2018

HARI PERTAMA

Seawal pagi pada hari pertama kita akan berangkat ke Lombok dari Kuala Lumpur dan di jangka tiba pada waktu tengah hari di sana. Destinasi pertama kita adalah di Tanjung Ann di mana ianya adalah sebuah pantai yang sangat unik dengan coral dan lumut dan bentuk muka bumi yang luar biasa. Masih sangat bersih dan tidak di cemari.

Selesai berehat sebentar di hotel, pada petang hari kita akan keluar ke lokasi sunset di Tanjung Aan. Pastinya kita akan teruja melihat keindahan langit tatkala matahari terbenam sambil mendengar bunyi ombak menghempas pantai. Jika bernasib baik kita boleh melihat nelayan kecil tempatan memukat ikan di kolam kecil yang wujud tatkala air sedang surut. Jangan risau, kapten kami akan membantu anda mendapatkan gambar terbaik matahari terbenam ini

Malam hari kita akan tidur awal sedikit kerana seawal 3 pagi esok kita akan meneruskan misi penting.

HARI KEDUA

Seawal 3 pagi kita akan keluar ke Pantai Tanjung Aan kembali untuk mengambil gambar malam (night photography), jika bernasib baik kita mungkin dapat melihat Milky Way dengan mata sendiri. Pastinya 1 pemandangan yang tidak dapat kita lupakan.

Kita akan terus di sana sehingga terbit matahari. Jangan lupa bawa tikar solat, kita akan menunaikan solat subuh di tepi pantai sahaja. Selesai sesi sunrise, bagi yang mahu, kita boleh mengambil kesempatan merasakan kedinginan pantai Tanjung Aan. Jika bawa roti taburkan sahaja, mungkin boleh melihat ikan menari-nari di sekeliling anda mencari makanan.

Selesai aktiviti pagi di Tanjung Aan, kita berehat sebentar di hotel. Selepas makan tengah hari kita akan ke kampung nelayan Lombok di mana kehidupan penduduk di sana masih tidak tercemar. Kita boleh melihat anak-anak nelayan ini berenang di pantai yang sangat jernih, dan jangan terkejut mereka berenang dengan sangat ligat seperti ikan. Kita akan berada di sana sehinggalah matahari terbenam.

HARI KETIGA

Seperti biasa, pagi ini kita akan bangun seawal 3 pagi untuk mengambil gambar bintang di sebuah kampung yang menternak Lobster. Betul, lobster yang mahal tu! Kita boleh melihat deretan sampan sampan kecil dan sangkar lobster.

Pagi itu kita makan pagi di restoran tempatan di sana, pemandangan indah menghadap pantai bersama mentari pagi sambil menghirup kopi panas dan penkek versi Indonesia yang boleh tahan sedap juga rasanya. Jika mahu, kita boleh menyewa salah satu bot nelayan dan melihat aksi surfer di lautan luas kerana kampung itu memang tempat surfer berlepas ke laut.

Tengah hari kita akan check out dan bergerak ke Pantai Sengigi sekitar 2 jam perjalanan. Lewat petang hari ini kita akan mengambil gambar di sekitar pantai Senggigi. Jangan terkejut jika melihat pantainya hitam tidak seputih seperti di Tanjung Aan kerana di kawasan ini pasir pantainya hitam akibat letusan gunung berapi.

Malam ini kita akan menjamu ikan bakar di tepi pantai di bawah pokok kelapa dengan bayu pantai yang nyaman. Makan malam yang pastinya kita akan rindui bila pulang nanti.

HARI KEEMPAT

Penat sudah dengan pantai? Hari ini kita bergerak seawal 4 pagi menuju ke Bayan, sebuah lokasi penanaman padi. Jika bernasib baik kita boleh melihat matahari terbit di kawasan padi yang sedang kekuning-kuningan.

 

Selepas selesai urusan di Bayan, kita bergerak ke lokasi Air Terjun Sendeng Gile yang sangat-sangat cantik. Kalau mahu lebih cantik lagi kita boleh tracking selama 30 minit untuk ke air Terjun Tiu Kelep yang juga sangat cantik. Tetapi pastikan anda menyimpan sedikit stamina kerana perjalanan pulang dari air terjun ini kita perlu mendaki.

Kita akan berada di sana sehingga petang juga, jadi ambil masa untuk menikmati keindahan tempat ini, kita cuma tinggal 1 malam lagi sebelum pulang.

HARI KELIMA

Pada hari ke lima ini, kita bersantai-santai sahaja. Pagi kita merasakan untuk kali terakhir kejernihan pantai Lombok, sebelum berangkat pulang dan kita berjalan sebentar di sekitar bandar Mataram sebelum berangkat pulang ke Malaysia.

 

Mungkin membeli sedikit cenderamata sebagai kenangan dan merasai keenakan ayam taliwang Lombok. Pastinya pada waktu ini kita sudah merasa sedih untuk meninggalkan keindahan dan keunikan Pulau lombok ini. Panjang umur, murah rezeki, InsyaAllah kita ke sini lagi.

PELABURAN

TERHAD UNTUK 20 ORANG SAHAJA

PAKEJ TERMASUK

  1. Tiket penerbangan pergi dan balik

  2. Penginapan sepanjang 5 hari 4 malam

  3. Pengangkutan sepanjang perjalanan

  4. Pengajar professional

  5. Kelas asas fotografi percuma di Bangi

  6. T-shirt photocamp edisi terhad

  7. Insuran perjalanan

PAKEJ TIDAK TERMASUK

  1. Makan dan minum

  2. Perbelanjaan peribadi

  3. Caj memasuki kawasan pelancongan (Jika ada)

HARGA

Harga biasa : RM2,950​

Harga berkumpulan : RM2,750 ( 2 orang ke atas )

Pembayaran LO : RM3,350

TEMPAHAN

  1. Deposit sebanyak RM1,000 untuk tempahan tempat dan tiket kapal terbang.

  2. Bagi penyertaan menggunakan pesanan kerajaan (L.O) hendaklah melengkapkan borang pengesahan.

  3. Pembayaran kepada akaun Maybank

  4. “SAIFUL NANG ACADEMY SDN BHD”
    nombor akaun : 5123-4363-5873

  5. Pembayaran lengkap peserta termasuk yang menggunakan pesanan kerajaan (L.O) hendaklah selewat-selewatnya 30 hari sebelum tarikh berlepas.

SAYA INGIN PERGI

TELEFON 011 232 84212

WISMA SAIFUL NANG ACADEMY

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan ABIM, Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor

Tel : +60102229089 | Email : syibli@snap.my

© 2014 Saiful Nang Academy