PHOTOCAMP INDIA

BENGKEL FOTOGRAFI ANTARABANGSA DI DESTINASI MENARIK DI SELURUH DUNIA

BELAJAR DARI YANG TERBAIK

Sepanjang program ini, anda akan mendapat tunjuk ajar dari tenaga-tenaga pengajar professional dari Saiful Nang Academy. Ini bagi memastikan anda pulang dengan sebuah portfolio gambar yang hebat

ATURCARA PERJALANAN

01 DIS - 08 DIS 2018

HARI PERTAMA

Hari pertama pengembaraan kita, kita akan meneroka bandar lama Old Delhi. Sebuah bandar yang mempunyai masjid terbesar di India dan budaya- masyarakat yang unik.

Kita akan tiba sekitar tengah hari di Old Delhi dan berehat sebentar di hotel sebelum pada petang hari kita akan mengambil gambar sekitar Masjid Jama, Old Delhi, Masjid terbesar di India. Di destinasi pertama ini juga sudah boleh kita lihat kuatnya budaya kasta, jangan terkejut jika anda melihat siak-siak masjid di sini dilayan dengan hina walaupun usianya yang lanjut. Di sini anda boleh melihat kedaifan masyarakat india, di kaki-kaki jalan akan dipenuhi den- gan gelandangan-gelandangan. Satu pemandangan yang menginsafkan.

Oh ya, jika anda berjalan-jalan di sekitar Old Delhi, kita boleh jumpa ramai pemuda-pemuda india yang persis rupa Shah Rukh Khan dan gadis-gadis India secantik Kajol. Mereka ini kebanyakkannya dari wilayah Kashmir

KUALA LUMPUR - DELHI

HARI KEDUA

Di awal pagi kita akan ke Masjid Jama untuk menunaikan so- lat subuh dan mengambil gambar sunrise di sana. Peman- dangan pagi di sini sangat cantik kerana tidak sesak dengan orang dan cahaya pagi ketika musim sejuk di India akan memberikan anda warna kekuningan yang sangat cantik. Kolam wuduk di tengah masjid akan memberikan satu pe- mandangan pagi yang unik dan menarik, terutamanya apa- bila ada yang datang mengambil wuduk untuk menunaikan Solat Sunat Dhuna

Selepas selesai sesi di Jama Masjid kita akan menikmati sarapan pagi di Old Delhi, kita akan makan di restoran Karim. Sesi seterusnya kita akan berjalan di sekitar old delhi- melihat keadaan masyarakat di sini. Pastinya anda akan terkejut kerana melihat kambing-kambing di sini kebanyak- kanya berpakaian dan sangat-sangat dijaga oleh tuannya.

Selesai berjalan di Old Delhi, pada petang hari kita akan mula bergerak ke Agra 

DELHI - AGRA

HARI KETIGA

Seawal pagi di Agrar kita akan memulakan kembara di Bandar terletaknya salah satu keajaiban dunia iaitu Taj Mahal. PDi Taj Mahal kita akan meneroka makam yang menjadi salah satu keajaiban dunia. Apabila berada di dalam kawasan Taj Mahal ini pastinya anda akan terkesima melihat betapa besarnya Taj mahal tersebut dan begitu indahnya ciptaan senibina Taj Mahal yang masih belum dapat di tandingi dengan teknologi masa kini. Keindahaan binaan ini lebih terserlah apabila cahaya pagi mula menyinari kawasan Taj Mahal dan mewujudkan suasana yang anda hanya boleh rasai apabila anda berada di sana.

Petang hari menuju kesebuah kampung kecil di sebelah sungai Yamuna. Dari kampung ini kita boleh melihat matahari terbenam dengan latar belakang Taj Mahal di sebalik sungai Yamuna. Kampung ini pun sebenarnya adalah kawasan yang sangat miskin dan boleh dikatakan sebuah kampung setinggan namun mempunyai pan- dangan yang sangat menarik kerana latar belakang Taj Mahalnya.

Malam ini kita akan bermalam di atas kereta api menuju ke Varanasi

AGRA

HARI KEEMPAT

Pengalaman naik dan bermalam di atas kereta api pasti masih segar, namun pengembaraan baru sedang menanti di Varanasi. 

Petang ini kita rasa kan pengalaman berjalan di kota tertua yang masih berpenghuni di dunia akan meremangkan bulu roma kita. Rasa pengalaman menaiki sampan menyeberangi sungai Ganges ketika matahari terbenam

AGRA - VARANASI

HARI KELIMA

Sebelum matahari terbit lagi kita sudah berada di tebing sungai ganges utk merakam keunikan kehidupan pagi masyarakat hindu di sini. Varanasi merupakan kota kehidupan dan kematian. Biasa kita lihat mereka mandi di sungai ganges untuk menyucikan diri dan pembakaran mayat di tebing sungai ganges. Tengah hari kita ambil pelang merayap di kota tertua di dunia ini.

Malam di Varanasi tidak sunyi, upacara Pooja akan berlangsung. Satu upacara unik yang menarik untuk kita rakamkan

VARANASI

HARI KEENAM - KETUJUH

Pagi ini kita akan mengambil jalan pintas ke delhi dengan menaiki penerbangan. Setibanya di Delhi kita ambil kesempatan untuk menikmati buat kali terakhir keenakan kari Karim's di Old Delhi dan keindahan bandar Old Delhi

Penerbangan akan berlepas malam ini dan akan tiba keesokkan harinya

VARANASI - DELHI

PELABURAN

01 DIS - 08 DIS 2018

PAKEJ TERMASUK

  1. Tiket penerbangan pergi dan balik

  2. Penginapan sepanjang program

  3. Pengangkutan sepanjang perjalanan

  4. Pengajar professional

  5. Kelas asas fotografi percuma di Bangi

  6. T shirt photocamp edisi terhad

  7. Insuran perjalanan

  1. Makan dan minum

  2. Perbelanjaan peribadi

  3. Caj memasuki kawasan pelancongan (Jika ada)

PAKEJ TIDAK TERMASUK

SAYA INGIN PERGI

TELEFON 011 232 84212

Harga biasa : RM5,980​

Harga berkumpulan : RM5,680 ( 2 orang ke atas )

Pembayaran LO : RM6,380

  1. Deposit sebanyak RM3,000 untuk tempahan tempat dan tiket kapal terbang.

  2. Bagi penyertaan menggunakan pesanan kerajaan (L.O) hendaklah melengkapkan borang pengesahan.

  3. Pembayaran kepada akaun Maybank

  4. “SAIFUL NANG ACADEMY SDN BHD”
    nombor akaun : 5123 4363 5873

  5. Pembayaran lengkap peserta termasuk yang menggunakan pesanan kerajaan (L.O) hendaklah selewat-selewatnya 30 hari sebelum tarikh berlepas.

HARGA

TEMPAHAN

WISMA SAIFUL NANG ACADEMY

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan ABIM, Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor

Tel : +60102229089 | Email : syibli@snap.my

© 2014 Saiful Nang Academy