PERANTIS PEMBUATAN FILEM

SAIFUL NANG ACADEMY

HALATUJU ANDA

Kemahiran teknikal seni fotografi atau videografi ini adalah dinilai melalui PORTFOLIO ANDA. Sepanjang program ini anda akan menghasilkan portfolio melalui bimbingan professional dan anda perlu menghasilkan portfolio yang BERTARAF ANTARABANGSA. 

Bukan sekadar portfolio biasa yang banyak di pasaran. Setiap minggu kita akan mengadakan penilaian prestasi anda bukan sekadar prestasi foto / video namun juga dari segi DISIPLIN, PENGURUSAN MASA, PENGURUSAN KERJA DAN PENAMPILAN DIRI. 

Ini adalah satu latihan lengkap yang akan membentuk diri anda menjadi seorang VIDEOGRAFER PROFESSIONAL yang DITERIMA INDUSTRI. Program ini akan MENCABAR DIRI ANDA dari segi minda dan fizikal, adakah anda bersedia dengan cabaran ini? 

Perjalanan pengalaman Saiful Nang kita compress dalam HANYA 3 BULAN dan anda sudah MAMPU HASILKAN VIDEO SETARA ANTARABANGSA. Bukan sahaja dalam bidang VIDEOGRAFI perkahwinan tetapi

A. Komersil
B. Studio
C. Landscape
D. Fashion
E. Kanak-kanak
F. Potret
G. Travel
H. Fotojurnalisma

dan BANYAK LAGI mengikut minat dan kecenderungan masing-masing. 3 BULAN YANG PADAT DENGAN LATIHAN DAN BEDAH VIDEO. Ramai yang sudah menangis senyap-senyap di bilik sampah basement kami kerana terlalu sedih apabila video mereka dikritik namun kini menjadi videografer yang disegani.

APAKAH YANG AKAN ANDA BELAJAR

 

1. Teknik kawalan kamera

2. Seni Melihat

3. Suntingan skrip

4. Suntingan video menggunakan Adobe Premier Pro

5. Latihan pembikininan filem pendek

6. Pra Produksi filem pendek

Topik yang di maklumkan di sini sebagai panduan sahaja dan ketika program sedang berjalan. Topik dan pembelajaran kita akan bertambah mengikut keperluan kerja dan perkembangan anda.

FILEM PENDEK

PERANTIS PEMBUATAN FILEM

TAJUK : AIR MATA KASIH

VIDEO : SEMPENA KERJASAMA ANTARA MENARA OPTOMETRY & CANDIDSYNDROME PRODUCTION

PESERTA : PERANTIS PEMBUATAN FILEM

PENGAMBILAN : BATCH 7

TARIKH PROGRAM : JANUARI - APRIL 2018

TAJUK : RASUK

VIDEO : SEMPENA ISU SEMASA

PESERTA : PERANTIS PEMBUATAN FILEM

PENGAMBILAN : BATCH 7

TARIKH PROGRAM : JANUARI - APRIL 2018

TAJUK : HULUR

VIDEO : SEMPENA HARI KEMERDEKAAN

PESERTA : PERANTIS PEMBUATAN FILEM

PENGAMBILAN : BATCH 5 

TARIKH PROGRAM : JULAI - SEPTEMBER 2017

TAJUK : GALAH

VIDEO : SEMPENA HARI KEMERDEKAAN

PESERTA : PERANTIS PEMBUATAN FILEM

PENGAMBILAN : BATCH 5 

TARIKH PROGRAM : JULAI - SEPTEMBER 2017

TAJUK : HUTANG

VIDEO : SEMPENA HARI KEMERDEKAAN

PESERTA : PERANTIS PEMBUATAN FILEM

PENGAMBILAN : BATCH 5 

TARIKH PROGRAM : JULAI - SEPTEMBER 2017

PENARAFAN AKHIR

 

Setiap perantis yang berjaya menamatkan kursus ini akan melalui penilaian akhir secara "panel exhibition" yang memaparkan filem pendek terbaik mereka dan akan dinilai oleh jemaaf professional dalaman dan luaran serta panel antarabangsa. Mereka akan dikurniakan dengan penarafan dalam industri mengikut yang berikut;

APPRENTICE
Karyawan yang masih belajar dan dalam proses kematangan karya dengan pemantauan karyawan senior namun masih belum menepati piawaian untuk menjadi Affiliate atau Professional.

AFFILIATE PROFESSIONAL
Mempunyai kemahiran yang melepasi tahap minima untuk berada dalam bidang fotografi / penerbitan filem namun tidak mempunyai pengalaman menjadikan bidang mereka sebagai profession yang menerima bayaran dari pihak pelanggan.

PROFESSIONAL
Memiliki kemahiran yang melepasi tahap minima dan diluluskan oleh badan senat Professional sebagai karyawan yang membuat pendapatan dalam bidang mereka.

MASTER
Mereka yang melepasi peringkat Professional yang telah mula memberi semula pengetahuan dan pengalaman mereka kepada masyarakat dan telah menempa nama di peringkat antarabangsa dengan sekurang-kurangnya 3 anugerah antarabangsa atau 3 tugasan antarabangsa berbayar dan mampu meyakinkan lembaga senat bahawa mereka layak dengan hasil foto mereka selayaknya diiktiraf sebagai sarjana dalam industri mereka.

FELLOWSHIP
Kepujian yang diberikan hanya kepada mereka yang dipilih oleh senat dengan pengurniaan maksima hanya 2 orang setiap tahun berdasarkan jasa-jasa mereka di dalam industri.

WISMA SAIFUL NANG ACADEMY

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan ABIM, Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor

Tel : +60102229089 | Email : syibli@snap.my

© 2014 Saiful Nang Academy