PERANTIS FOTOGRAFER JUNIOR

FOTOGRAFI sudah menjadi satu KEPERLUAN dan TAMBAHAN KEMAHIRAN dalam urusan komunikasi dan interaksi antara satu sama lain di zaman ini.

Tidak mengira siapa, semuanya boleh mendapat manfaat dari bidang ini. Jika ada yang menceburkan diri dalam perniagaan, ianya akan jadi kekuatan sebagai SENJATA bagi tujuan pemasaran produk juga.

Selepas 43 minggu bertungkus-lumus dalam urusan pembelajaran dan peperiksaan di sekolah, beri peluang anak-anak BEREHAT dari taqwim harian mereka.

Menyedari yang ramai anak-anak meminati bidang fotografi tetapi kurang mempunyai masa terluang lantaran kekangan masa persekolahan, kami menawarkan PROGRAM PERANTIS FOTOGRAFER MUDA (Apprentice Junior) dan berstatus 'fast track' selama 4 MINGGU SAHAJA secara SEPENUH MASA.

TARIKH PROGRAM

25 November 2019 -

20 Disember 2019

Daftarkan mereka dalam sesi pembelajaran yang penuh MENYERONOKKAN dan padat dengan ilmu mahal pada harga mampu sertai dalam bidang FOTOGRAFI !!!

TERHAD KEPADA 20 PESERTA SAHAJA!

SIAPA PATUT SERTAI?

01/

Lepasan Sekolah

a) Minat fotografi dan mahu dibimbing tenaga pengajar professional

b) Tidak ada komitmen kerja lain

c) Mahu dibimbing dalam masa 4 minggu SAHAJA secara sepenuh masa (Isnin-Jumaat, 9 pagi- 5 petang oleh tenaga pengajar professional 

02/

Pelajar sekolah yang sedang bercuti hujung tahun

a) Minat fotografi dan mahu dibimbing tenaga pengajar professional

b) Daripada membuang masa tanpa aktiviti bermanfaat, mahu manfaatkan masa pelajari kemahiran fotografi

c) Mahu tambahan kemahiran sebelum memulakan sesi persekolahan semula

d) Lebih selamat bersama tenaga pengajar dan kawan-kawan dari duduk di rumah sahaja sementara tunggu ibubapa pulang dari pejabat

03/

Sedang menunggu tawaran belajar dari universiti/IPT

a) Tidak pasti bila akan mendapat tawaran sambung belajar

b) Mahu tambahan kemahiran sebelum memulakan sesi pembelajaran di Universiti/IPT
c) Boleh peruntukkan sepenuh masa (Isnin-Jumaat, 9 pagi-5 petang) berguru dari yang pakar

04/
Ada kamera tapi sudah lama terperap di rumah

a) Mahu manfaatkan kamera yang ada

b) Punya masa untuk sertai program sepenuh masa (Isnin-Jumaat, 9 pagi-5 petang)

c) Bercita-cita untuk kembangkan potensi diri dalam bidang fotografi

05/
Calon PT3 yang sedang menunggu keputusan peperiksaan

a) Minat dalam bidang fotografi

b) Punyai masa untuk sertai program sepenuh masa (Isnin-Jumaat, 9 pagi-5 petang)

c) Berminat belajar dalam bidang yang TIADA peperiksaan

06/

SESIAPA sahaja

 

a) yang minat dalam bidang fotografi dan

b) mempunyai masa untuk sertai program fotografi selama 4 minggu SAHAJA secara SEPENUH MASA (Isnin-Jumaat, 9 pagi-5 petang) di Saiful Nang Academy.

BERAPA 'PENGERAS'NYA?

Modal untuk anak berguru bersama tenaga pengajar professional dan mendapat ilmu mahal pada harga mampu sertai hanyalah RM2500 sahaja untuk pembelajaran sepanjang 4 minggu.

Perantis Junior perlu mempunyai kamera dan laptop untuk kerja-kerja membidik dan mengedit gambar-gambar yang dibidik

Lebih menarik, setiap Perantis Junior berdaftar, layak mengikuti kelas-kelas mini yang dianjurkan pada setiap Sabtu (bernilai RM200-RM700 sepanjang 4 minggu mereka mengikuti latihan fotografi bersama kami) secara PERCUMA.
 

APA YANG AKAN DIPELAJARI?

Setiap hari akan diajarkan dengan ilmu yang baharu yang DIPERLUKAN perantis bukan hanya berguna pada masa pembelajaran, tetapi mampu digunapakai semasa anak menyambung semula pembelajaran atau pekerjaan di IPT atau di syarikat selepas tamat latihan 4 minggu dalam bidang ini di sini.

Fotografi sememangnya satu SENJATA sosial, komunikasi, pemasaran, perniagaan dan macam-macam lagi.

 

Untuk berdakwah juga ianya satu alat yang baik selain keperluan dalam kehidupan seharian.

Pengajaran asas dan penerapan satu fundamental yang mampu dikembangkan sendiri, adalah penekanan kami. Seperti mengajarkan anak anda tentang ABC dan kemudian setelah anda kenal huruf, anda boleh membaca novel, suratkhabar, majalah, papan kenyataan, iklan, surat dan banyak lagi. Begitu juga halnya dalam fotografi.

Sistem latihan kami menerap dan menyulamkan praktis seiring teori secara komprehensif.

 

Itu adalah untuk kami memaksimakan kesan pelajaran dengan memberi pelbagai latihan yang mempunyai cabaran teknikal dan artistik yang berlainan pada waktu yang terhad. Tetapi TETAP dalam suasana yang MENYERONOKKAN!

JADIKAN MINAT DAN HOBI ANAK, SESUATU YANG MEMBAWA MANFAAT!

DAFTAR SEGERA!

WISMA SAIFUL NANG ACADEMY

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan ABIM, Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor

Tel : +60102229089 | Email : syibli@snap.my

© 2014 Saiful Nang Academy