PROGRAM SEPENUH MASA

PERANTIS PROFESIONAL SAIFUL NANG ACADEMY

PADA TAHUN 2015 SAHAJA TERDAPAT LEBIH 189,000 GRADUAN MENGANGGUR. INI KERANA PASARAN KERJA DAN NIAGA SUDAH MULA BERALIH KEPADA GRADUAN BERKEMAHIRAN DARIPADA GRADUAN PENCAPAIAN TINGGI. MUDAHNYA, PASARAN MAHU ORANG YANG PANDAI BEKERJA DAN MENYELESAI MASALAH!

(sumber Jabatan Perangkaan Malaysia, laporan 2016)

KONSEP PEMBELAJARAN

 

SAIFUL NANG ACADEMY MENERIMA PELAJAR DENGAN KEPUTUSAN SPM YANG TERUK ATAU TIDAK AMBIL SPM LANGSUNG, TETAPI HASIL KARYA MEREKA DIIKTIRAF DUNIA.

Jika semua kolej dan universiti menetapkan minimum requirement kemasukan berdasarkan peperiksaan SPM, kami hanya kenakan syarat BERMINAT sahaja untuk memasuki program PERANTIS JURUFOTO PROFESIONAL dan PERANTIS PEMBUATAN FILEM di Saiful Nang Academy.

 

HANYA SELAMA 3 BULAN BERBANDING 3 TAHUN DI UNIVERSITI tetapi yang 3 bulan ini mampu menghasilkan jurufoto dan filmmaker bertaraf antarabangsa SEKALIPUN MEREKA BERMULA SEBAGAI SEORANG BEKAS MAT REMPIT yang bersidai di simpang kampung.

TEKNIKNYA APA, BOLEH SEPANTAS ITU?

 

Kami AJAR UNTUK BELAJAR bukan kami ajar apa yang kami fikir mereka patut belajar. Untuk apa diajar algebra jika kerjanya tidak memerlukannya. Jika sekadar belajar subjek tertentu bagi memenuhi tuntutan kredit tetapi tidak menyumbang kepada ilmu praktis, kami hanya galakkan mereka membaca bila perlu dan bukan membaca kerana peperiksaan.

BELAJAR DARI MASALAH. Saiful Nang sendiri seorang jurugambar antarabangsa dan DiRaja yang berkhidmat dengan Sultan Brunei dan Sultan Kelantan namun tidaklah mereka pernah ditanyakan sijil atau ijazah dalam fotografi. Ijazah Saiful Nang bukan dalam fotografi tetapi ke serata benua di dunia telah dijejaki dengan bertiketkan kamera walaupun tidak mempunyai kelulusan dalam fotografi yang diiktiraf.

 

JIKA ANDA ATAU ANAK ANDA YANG KURANG NAMPAK HALATUJU KE MANA, KURANG BERMINAT DENGAN BUKU, SERING HILANG, MEMBERONTAK, BERMAIN MOTORSIKAL TETAPI BERMINAT DENGAN FOTOGRAFI, hantar ke sini! Saiful Nang Academy dan team candidsyndrome.com akan bina potensi mereka ini hanya dalam tempoh 3 bulan dari ZERO sehingga menjadi PROFESSIONAL sekalipun dengan kelengkapan kamera yang terhad.

AWAS : PROGRAM PERANTIS INI TIDAK DIIKTIRAF OLEH KERAJAAN MALAYSIA. MAKA, GRADUAN KAMI BOLEH DITERIMA DI SELURUH DUNIA KECUALI MENJADI PEGAWAI KERAJAAN.
MAKLUMAT PROGRAM
 

Program ini berlangsung sepenuh masa dari jam 9.00 pagi - 5.00 petang di Kampus Saiful Nang Academy. Namun, tidak seperti di sekolah dan universiti, pembelajaran di sini 90% adalah praktikal dan 10% teori. Maka jangan terkejut jika masa waktu belajar tidak mengikuti waktu jam 9.00 pagi - 5 petang dan lokasi latihan kita tidak banyak di dalam kelas.

Pengajian kita juga akan mengikuti perkembangan semasa dan tidak melekat pada panduan buku yang kebanyakannya sudah tidak praktikal lagi. Perkembangan teknologi yang pesat sudah banyak mewujudkan peluang baru terutama di dalam bidang yang kami tawarkan iaitu Fotografi dan Videografi. 

 

Inilah konsep belajar “PROBLEM-BASED LEARNING” yang di terapkan di sini.

TUAN HAJI SAIFUL NANG
(PENGETUA S.N.A)

Tuan Haji Saiful Nang adalah pengasas Saiful Nang Academy. Beliau merupakan individu Melayu pertama di dunia yang diberikan kelayakan sebagai Master Photographer dari MPA(UK) sebuah pertubuhan professional paling disegani dunia. Dengan pelbagai anugerah dan jolokan yang telah diterima seperti jurugambar terbaik Asia Mediacorp Singapore (2010), 20 individu usahawan kreatif paling berjaya di Malaysia (Dewan Ekonomi, 2010), Asian Youth Ambassador Awards (2010) dan pelbagai anugerah lagi, anda perlu percaya beliau adalah yang terbaik dalam membimbing anda menjadi jurufoto terbaik. 

Portfolio beliau merentas dunia dan juga menjadi pilihan peribadi KDYMM Sultan Brunei dan DYMM YDP Agong Sultan Muhammad V cukup untuk menjadikan beliau model "Problem-Based Learning" terbaik. Beliau mendalami fotografi dengan pendekatan itu sehingga ke peringkat dunia. Sekalipun tiada kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dalam bidang fotografi tetapi beliau ialah salah seorang penggubal kurikulum kemahiran fotografi di Malaysia. 

Namun, beliau percaya "Mengapa belajar hingga 2 tahun jika 3 bulan sudah mencukupi". 

BARISAN PROFESSIONAL / JURULATIH

 

Barisan jurulatih kami adalah dari kalangan jurufoto professional, pengarah filem, pakar industri dan sebagainya. Perkembangan pelatih dipantau sendiri oleh Tuan Saiful Nang dari hari ke hari. Setiap jurulatih mempunyai kepakaran di dalam bidang masing-masing. 

SYIBLI FAKIH

KETUA PROGRAM

Beliau merupakan pakar didalam fotografi landskap dan seni bina, visual fotografi dan 3D produk fotografi. Gambar yang dihasilkan telah banyak di gunakan di pelbagai medium di seluruh dunia. Beliau juga berpengalaman luas di dalam bidang keusahawanan dan terlibat secara langsung di dalam perkembangan Saiful Nang Academy menjadi sebuah akademi bertaraf antarabangsa. Dengan pengetahuan yang tinggi di dalam bidangnya dan pengalaman mengajar yang luas dan peserta mudah faham cara perkongsiannya

NIK HARRAZ

TENAGA PENGAJAR UTAMA (FOTO)

Jurugambar termuda semasa beliau menjadi jurugambar industri yang bertugas dalam misi-misi bahaya di atas pelantar minyak. Pengalaman dalam fotografi melebihi 9 tahun dari zaman kanak-kanaknya di Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP). Beliau merupakan salah seorang penghuni di RPWP semenjak kanak-kanak. Nik Harraz  Merupakan jurugambar professional untuk syarikat Rarecation, Candid Syndrome, SN Academy, Werda dan Sarc. Pengkhususan beliau ialah dalam bidang Photojournalism dan dokumentari. 

AKHMAL ASYRAF DATO' MOHD

TENAGA PENGAJAR UTAMA (VIDEOGRAFI)

 

Merupakan videografer untuk SN Academy, Rarecation, RareTV, CandidSyndrome, Werda, Sarc dan RPWP . 

Pengkhususan dalam bidang  Art n Design - Fine Art. Membantu membangunkan platform dengan menghasilkan video-video content untuk page-page bagi syarikat-syarikat yang tersenarai.

SETIAP PERANTIS DIBERIKAN PELUANG
UNTUK TERLIBAT MERASAKAN PENGALAMAN KERJA
SEBENAR DI DALAM INDUSTRI. 

HASIL

KARYA

PERANTIS

JURUFOTO

PROFESIONAL

HASIL

KARYA

PERANTIS

PENERBITAN VIDEO ONLINE

PENGIKTIRAFAN HASIL KARYA ALUMNI SAIFUL NANG ACADEMY DI PERTANDINGAN FOTOGRAFI DAN VIDEOGRAFI  DI MALAYSIA DAN ANTARA BANGSA

Top 10, 2016 Youth, Sony World Photography Awards - Ramadhan Sinclair

The Social Media Champ, Travel Photographer Asia 2015 - Zanariah Salam

 

Finalist Hamdan International Photography Award 2015 - Hadimansah

 

Finalist Hamdan International Photography Award 2015 - Fuad Rahim Asman

 

Finalist Hamdan International Photography Award 2015 - Syibli Fakih

Special Jury Awards Mini Film Festival , 2015 - Shafiq Arjuna

Tempat Kedua, Drama Festival Kuala Lumpur  2015 - CandidSyndrome

PELABURAN ANDA

 

Yuran keseluruhan untuk 3 bulan SANGAT BERPATUTAN dan ia JAUH LEBIH RENDAH berbanding kursus yang sama yang perlu diambil selama 3 tahun di institusi Pendidikan Tinggi tertentu (itupun yang mengajar biasanya mereka yang bukan berada dalam industri).

Lihat perbandingannya di bawah :

JIKA KE UNIVERSITI

Kos Pengajian

RM30,000 - RM60,000

 

Tempoh Belajar

3 Tahun

Tamat Belajar

Masih mencari halatuju 

Peluang Kerja

Agensi kerajaan, swasta

Keusahawanan

 

PROGRAM PERANTIS

Kos Pengajian

RM6,500

Tempoh Belajar

3 Bulan (12 minggu)

Tamat Belajar

Sudah mempunyai halatuju karier 

Peluang Kerja

Agensi swasta dan Keusahawanan

 

STRUKTUR PEMBAYARAN

YURAN : RM6,500

Bulan 1 : RM2500 (minggu pertama)

Bulan Ke-2 : RM2000 (minggu ke empat)

Bulan Ke-3 : RM2000 (minggu ke lapan)

Untuk mendapat pembayaran yang lebih rendah, anda digalakkan membuat pembayaran secara penuh sebelum program bermula. Ini akan melayakkan anda untuk mendapat yuran berjumlah RM6000 sahaja untuk 3 bulan.

NO AKAUN MAYBANK :
5123 4363 5873
SAIFUL NANG ACADEMY SDN. BHD.

 

KAMI TIDAK MENYEDIAKAN :

ASRAMA & PENGANGKUTAN

MAKANAN & MINUMAN

Show More
Show More
PERBANDINGAN KOS DI SN ACADEMY DAN DI UNIVERSITI
SILA BERIKAN MAKLUMAT DIBAWAH UNTUK KAMI HUBUNGI SEMULA

+601123284212

atau terus kepada Founder SN Academy, Saiful Nang 

+6017 22 675 33

WISMA SAIFUL NANG ACADEMY

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan ABIM, Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor

Tel : +60102229089 | Email : syibli@snap.my

© 2014 Saiful Nang Academy