DIDIK ANAK DEKATKAN DIRI DENGAN ALAM SUPAYA TIDAK LUPA ASAL USUL
Berdasarkan pengalaman mengendalikan kem-kem cuti sekolah Artcamp selama 10 kali termasuk di dalam dan luar negara, jumlah penyertaan yang diterima juga amatlah menggalakkan. Sehinggakan ada peserta yang sanggup mengulang beberapa kali kem kerana dapat merasai keseronokan konsep kem yang berbeza di dalam Artcamp.
Justeru, kami terpanggil untuk mengadakan kem yang lebih kurang sama konsepnya, tetapi LEBIH MEMBERIKAN PELUANG KEPADA LEBIH RAMAI PELATIH MENGIKUT KESESUAIAN TARIKH DAN MASA. Kem ini diadakan pada setiap hujung minggu dalam sebulan (mengikut tarikh ditentukan pihak penganjur) dan lebih tertumpu aktivitinya di dalam kawasan kampung sahaja. Inilah, KEM ANAK KAMPUNG.
Ianya bakal memberikan peluang untuk anak - anak MENGECAPI PENGALAMAN HIDUP DI KAMPUNG, MENGHIRUP UDARA SEGAR & JAUH DARI HIRUK-PIKUK KESIBUKAN DI BANDAR. Ini juga bagi mengisi masa lapang anak-anak di hujung minggu dan ELAK ANAK BERGANTUNG BANYAK KEPADA GAJET.
BERI PELUANG ANAK BEKERJA DAN DEKAT DENGAN ALAM. Apabila anak banyak bekerja dan berbakti dengan alam, mereka akan lebih mengenali asal usul dan lebih tahu erti syukur.
MEREKA DAPAT TAHU DARI MANA DATANGNYA SUMBER MAKANAN YANG SELALUNYA TERHIDANG DI MEJA DAN TAK AKAN MEMBAZIR MAKANAN LAGI.
KEM ANAK KAMPUNG PERTAMA JUN INI DIBUKA UNTUK PENDAFTARAN!
Kem ini memberi peluang pelatih merasai kehidupan kampung bersama anak -anak Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) di kampung Lenggeng selama 2 hari 1 malam.
Kem Anak Kampung ini akan mengguna pakai modul pemantapan akhlak dan jatidiri berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah.
Modul yang sama telah menjadikan anak-anak RPWP matang awal. Seawal usia 12 tahun sudah ada yang telah mampu mengurus perniagaan seperti membantu aktiviti akaun, membina empayar healthcare, syarikat travel antarabangsa Rarecation, pengurusan media menerusi channel RareTV, perladangan, elektrikal, bengkel, pembinaan, IT, kulinari, jahitan, percetakan dan macam-macam lagi.
Hasil kajian dan penambahbaikan selama 19 tahun RPWP dalam proses penciptaan generasi 100 tahun ke hadapan juga akan dikongsikan kepada ibubapa yang berminat.
Penyertaan TIDAK TERHAD KEPADA ORANG AWAM SAHAJA.
ALUMNI kem-kem Artcamp sebelum ini juga digalakkan menyertai program ini bagi memberi peluang mereka meneruskan aktiviti dengan alam sebagai satu kesinambungan daripada kem Artcamp yang pernah disertai.
Ilmunya tidak akan berhenti setakat di dalam Artcamp sahaja pastinya, malahan boleh bersambungan hingga ke KEM ANAK KAMPUNG dan seterusnya.
PENDAFTARAN KEM OGOS & SEPTEMBER 2024 KINI DIBUKA!
KONSEP PENERAPAN AKHLAK DI LAPANGAN
Akhlak bukan boleh dijadikan akademik dan diajar atas papan putih. Akhlak hanya terzahir bila berada di lapangan kerja. Dari situ kita kenal disiplin dan jati diri sebenar anak kita. Adakah mereka seorang yang kreatif ATAU jumud, culas ATAU fokus, rajin ATAU pemalas, sabar dan kuat azam ATAU mudah putus asa, beramanah ATAU tidak boleh dipercaya dan banyak lagi.
Talking is one thing, but doing is another
Di lapangan kem ini, anak-anak disediakan beberapa bidang kerja yang sesuai untuk mereka berkarya. Hasil kerja itulah hasil amal mereka. Cara kerja itulah akhlak dan disiplin mereka.
Menggunakan konsep kejadian Adam dari tanah, maka kita bawa anak kita kepada hakikat penciptaan itu. Kita fahamkan mereka hakikat sungai selaku komponen syurga. Bermain dengan tanah dan lumpur agar mereka sedar asal usul mereka dan sanggup membumi sebagai hamba (bukan tuan/raja) kepada ibubapa dan Penciptanya.
MAKLUMAT PENDAFTARAN KEM ANAK KAMPUNG
KETETAPAN KEM
Cara permohonan : ONLINE
Had umur : 12-18 tahun
Pilihan tarikh kem :
a. 17 & 18 Ogos 2024
b. 24 & 25 Ogos 2024
c. 7 & 8 Sep 2024
d. 28 & 29 Sep 2024
Lokasi kem lelaki / perempuan : RPWP AGRO, Lenggeng
Waktu kemasukan : Sabtu, 8.30 pagi
YURAN PENYERTAAN
RM300 SAHAJA BAGI SETIAP PELATIH UNTUK 2 HARI 1 MALAM
RM800 BAGI PELATIH YANG MENDAFTAR UNTUK SEBULAN
Yuran 100% disalurkan kepada kebajikan asnaf & anak yatim di RPWP
Kos ini telah termasuk:
- Kos makan/minum dan penginapan selama 2 hari 1 malam.
- Kos instruktor & fasilitator yang berpengalaman dari kalangan murobbi & anak RPWP.
- 1 helai T-shirt ARTMAN atau 1 helai t-shirt muslimah ARTMAN untuk pelatih perempuan.
- Sewaan/Pinjaman boot getah, topi keselamatan, topi kerja dan sarung tangan (yang bersesuaian / yang diperlukan - perlu dipulangkan semula sebelum pulang.
- Pengangkutan 4x4, pickup, SUV/MPV, Van, motosikal, basikal, ATV dll mengikut keperluan.
- Program khas pengisian rohani, pemantapan jatidiri dan akhlak rutin waktu malam selain dari rutin selepas setiap solat berjemaah dan taklimat kerja di lapangan.
- Kos pelbagai aktiviti-aktiviti sampingan yang terkait.
LOKASI PENGANJURAN KEM
SYARAT PENYERTAAN
Sila JANGAN daftarkan anak-anak anda tanpa membaca persyaratan ini.
- Pastikan pelatih dalam tahap kesihatan yang baik. Semua penyakit-penyakit termasuk alahan yang dihidapi mesti dilaporkan kepada penganjur semasa memohon dan mendaftar masuk.
- Laporkan apa sahaja masalah akhlak yang perlu diperhati dan diperbaiki (jika ada).
- Pastikan Ibu bapa telah maklum tentang konsep pendidikan dan pembaikan akhlak Kem Anak Kampung bukan di atas kertas tetapi di lapangan kerja.
- Pastikan pelatih tidak membawa telefon pintar dan sebarang gajet elektronik. Apatah lagi dadah, rokok dan vape. Pelatih yang melanggar aturan akan dikeluarkan dan yuran tidak dikembalikan.
- Penganjur akan pastikan sebaik-baiknya penjagaan keselamatan melalui penerapan aturan yang ketat, namun keselamatan adalah tanggungjawab peribadi SEPENUHNYA. Kemalangan disebabkan ketidakpatuhan kepada aturan bukan lagi dalam tanggungan kami.
- Rakaman foto/video sepanjang kem TIDAK TERMASUK di dalam pakej yuran dan tertakluk di atas budi-bicara pihak penganjur untuk dikongsikan kepada ibubapa.
- Foto/video dirakam sepanjang kem akan / boleh digunakan oleh AJK sebagai bahan pemasaran / perkongsian di socmed kami
CADANGAN AKTIVITI PELATIH KEM ANAK KAMPUNG 2024
*tertakluk kepada perubahan semasa dan cuaca
MINGGU PERTAMA | ||
---|---|---|
17 OOGOS 2024 (SABTU) | ||
MASA | TENTATIF | PAKAIAN |
8.30 am | Sesi Pendaftaran Pelatih | Pelatih Rijal:
Pelatih Nisa:
|
9.00 am | Sesi Pengenalan - Rijal & Nisa' | |
Taklimat & Sesi Rounding | ||
1.00 pm | Solat Zuhur | |
Makan Tengahari | ||
2.00 pm | Aktiviti di Ladang Ternakan RPWP Agro | |
5.00 pm | Solat Asar | |
Minum Petang | ||
6.30 pm | Urus Diri | Pelatih Rijal:
Pelatih Nisa:
|
7.30 pm | Solat Maghrib | |
Makan Malam | ||
Solat Isyak | ||
9.00 pm | Perkongsian Ilmu | |
11.00 pm | Rehat |
MINGGU PERTAMA | ||
---|---|---|
18 OGOS 2024 (AHAD) | ||
MASA | TENTATIF | PAKAIAN |
5.00 am | Urus Diri | Pelatih Rijal:
Pelatih Nisa:
|
Solat Subuh | ||
6.00 am | Riadah Pagi | |
7.30 am | Sarapan Pagi | |
9.00 am | Aktiviti di Ladang RPWP Agro | |
1.00 pm | Solat Zuhur | |
Makan Tengahari | ||
2.00 pm | Aktiviti di Tanah Dusun & Tanah Jeram | |
5.00 pm | Urus Diri | |
Solat Asar | ||
Minum Petang | ||
6.30 pm | Bersurai |
MINGGU KEDUA | ||
---|---|---|
24 OGOS 2024 (SABTU) | ||
MASA | TENTATIF | PAKAIAN |
9.00 am | Sesi Pendaftaran Pelatih | Pelatih Rijal:
Pelatih Nisa:
|
9.30 am | Taklimat Ringkas | |
Aktiviti di Ladang RPWP Agro | ||
1.00 pm | Solat Zuhur | |
Makan Tengahari | ||
2.00 pm | Aktiviti di Tanah Dusun & Tanah Jeram | |
5.00 pm | Solat Asar | |
Minum Petang | ||
6.30 pm | Urus Diri | Pelatih Rijal:
Pelatih Nisa:
|
7.30 pm | Solat Maghrib | |
Makan Malam | ||
Solat Isyak | ||
9.00 pm | Perkongsian Ilmu | |
11.00 pm | Rehat |
MINGGU KEDUA | ||
---|---|---|
25 OGOS 2024 (AHAD) | ||
MASA | TENTATIF | PAKAIAN |
5.00 am | Urus Diri | Pelatih Rijal:
Pelatih Nisa:
|
Solat Subuh | ||
6.00 am | Riadah Pagi | |
7.30 am | Sarapan Pagi | |
9.00 am | Aktiviti di Ladang Ternakan RPWP Agro | |
1.00 pm | Solat Zuhur | |
Makan Tengahari | ||
2.00 pm | Sambung Aktiviti di Ladang Ternakan RPWP Agro | |
5.00 pm | Urus Diri | |
Solat Asar | ||
Minum Petang | ||
6.30 pm | Bersurai |
MINGGU KETIGA | ||
---|---|---|
07 SEPTEMBER 2024 (SABTU) | ||
MASA | TENTATIF | PAKAIAN |
9.00 am | Sesi Pendaftaran Pelatih | Pelatih Rijal:
Pelatih Nisa:
|
9.30 am | Taklimat Ringkas | |
Aktiviti di Ladang Ternakan RPWP Agro | ||
1.00 pm | Solat Zuhur | |
Makan Tengahari | ||
2.00 pm | Sambung Aktiviti di Ladang Ternakan RPWP Agro | |
5.00 pm | Solat Asar | |
Minum Petang | ||
6.30 pm | Urus Diri | Pelatih Rijal:
Pelatih Nisa:
|
7.30 pm | Solat Maghrib | |
Makan Malam | ||
Solat Isyak | ||
9.00 pm | Perkongsian Ilmu | |
11.00 pm | Rehat |
MINGGU KETIGA | ||
---|---|---|
08 SEPTEMBER 2024 (AHAD) | ||
MASA | TENTATIF | PAKAIAN |
5.00 am | Urus Diri | Pelatih Rijal:
Pelatih Nisa:
|
Solat Subuh | ||
6.00 am | Riadah Pagi | |
7.30 am | Sarapan Pagi | |
9.00 am | Aktiviti di Ladang RPWP Agro | |
1.00 pm | Solat Zuhur | |
Makan Tengahari | ||
2.00 pm | Aktiviti di Tanah Dusun & Tanah Jeram | |
5.00 pm | Urus Diri | |
Solat Asar | ||
Minum Petang | ||
6.30 pm | Bersurai |
MINGGU KEEMPAT | ||
---|---|---|
28 SEPTEMBER 2024 (SABTU) | ||
MASA | TENTATIF | PAKAIAN |
9.00 am | Sesi Pendaftaran Pelatih | Pelatih Rijal:
Pelatih Nisa:
|
9.30 am | Taklimat Ringkas | |
Aktiviti di Ladang RPWP Agro | ||
1.00 pm | Solat Zuhur | |
Makan Tengahari | ||
2.00 pm | Aktiviti di Tanah Dusun & Tanah Jeram | |
5.00 pm | Solat Asar | |
Minum Petang | ||
6.30 pm | Urus Diri | Pelatih Rijal:
Pelatih Nisa:
|
7.30 pm | Solat Maghrib | |
Makan Malam | ||
Solat Isyak | ||
9.00 pm | Perkongsian Ilmu | |
11.00 pm | Rehat |
MINGGU KEEMPAT | ||
---|---|---|
29 SEPTEMBER 2024 (AHAD) | ||
MASA | TENTATIF | PAKAIAN |
5.00 am | Urus Diri | Pelatih Rijal:
Pelatih Nisa:
|
Solat Subuh | ||
6.00 am | Riadah Pagi | |
7.30 am | Sarapan Pagi | |
9.00 am | Aktiviti di Ladang Ternakan RPWP Agro | |
1.00 pm | Solat Zuhur | |
Makan Tengahari | ||
2.00 pm | Sambung Aktiviti di Ladang Ternakan RPWP Agro | |
5.00 pm | Urus Diri | |
Solat Asar | ||
Minum Petang | ||
6.30 pm | Bersurai |