Bina 'Team' Anda
Melalui Latihan Korporat
Yang Kami Tawarkan
Melalui Latihan Korporat
Yang Kami Tawarkan
Social Media Mastery
Kuasai teknik dan taktik pemasaran dan 'branding' melalui media sosial
SENARAI PAKEJ YANG DITAWARKAN
pakej kursus 2 hari
PAKEJ SMARTPHONE MEDIA MASTERY
Pakej ini sesuai untuk organisasi yang mempunyai keperluan untuk staf mereka kuasai media (foto & video) menggunakan smartphone untuk hasilkan laporan pantas kepada kumpulan kerja dan juga ketua jabatan. Kemahiran ini juga boleh digunakan untuk menyediakan ‘content’ (foto & video) untuk media sosial organisasi. Kursus selama 2 hari ini merangkumi:
a. Kursus Smartphone Photography
b. Kursus Smartphone Photo Editing
c. Kusus Smartphone Video Shooting
d. Kursus Smartphone Video Editing
pakej kursus 2 hari
PAKEJ SOCIAL MEDIA MASTERY
Pakej Social Media Mastery sangat sesuai untuk organisasi yang ingin membaik pulih dan meningkatkan nama baik organisasi di mata masyarakat melalui penggunaan media sosial. Pakej selama 2 hari ini merangkumi:
a. Kursus Copywriting Membelah Langit
b. Kursus Poster Mudah Smartphone
c. Kursus Facebook Live
d. Kursus Facebook Ads (Rakaman /Live)
SMARTPHONE PHOTOGRAPHY
Peserta akan dapat pelajari teknik, tips dan trick dalam menghasilkan gambar dengan betul dan cantik hanya dengan menggunakan smartphone.
Peserta juga akan didedahkan tentang:
a. Kekuatan dan kelebihan kamera smartphone
b. Asas pencahayaan
c. Pelajari bagaimana menghasilkan gambar dengan komposisi yang baik
d. Pelajari apps yang boleh membantu impak menaikkan kualiti foto-foto peserta dan lain-lain tips dan trick.
SMARTPHONE PHOTO EDITING
Selesai kursus, peserta akan lebih mahir dengan cara editing pantas menggunakan aplikasi percuma di smartphone.
Antara intipati kursus:
a. Menghasilkan preset/style editing sendiri dan boleh diaplikasikan pada gambar-gambar yang lain dengan mudah
b. Edit 100 keping gambar dalam masa 10 minit
c. Mencerahkan gambar yang gelap dan menaikkan seri gambar
d. Hasilkan gambar black and white dan cara menghilangkan cela-cela di muka
SMARTPHONE VIDEO SHOOTING
Selepas kelas ini, para peserta akan lebih mahir dengan teknik kawalan smartphone untuk menghasilkan video yang lebih baik.
Peserta akan diajarkan tentang:
a. Komposisi dalam videografi
b. Teknik kawalan audio
c. Pergerakan dan ‘Angle of shooting’ dalam videografi
SMARTPHONE VIDEO EDITING
Melalui kelas ini, peserta akan lebih faham dan mahir teknik editing video mudah hanya dengan menggunakan smartphone.
Kami akan kongsikan:
a. Edit video dengan mudah dan pantas
b. Cara memasukkan audio, text, gambar dalam video
c. Teknik memilih lagu tanpa copyright dan buat voice over
d. Teknik buat subtitle di dalam video
ASAS FOTOGRAFI DIGITAL
Dalam kursus ini peserta akan dapat memahami dengan lebih baik cara penggunaan kamera DSLR/Mirrorless dan dapat mengambil gambar dengan lebih mahir menggunakan fungsi manual.
Antara intipati kelas ini:
a. Pengenalan fotografi dan fungsi butang-butang yang ada di kamera
b. Teknik kawalan kamera
c. Komposisi dalam fotografi
d. Pembelajaran mengenai white balance
e. Asas pencahayaan
SMARTPHONE LANDSCAPE PHOTOGRAPHY
Selepas kelas ini, peserta akan dapat merakam pemandangan alam dengan betul dan baik menggunakan smartphone melalui teknik, tips dan trick yang dikongsikan. Tidak terhad kepada alam, tetapi juga merangkumi binaan dan bangunan ciptaan manusia.
Apa yang akan peserta pelajari nanti:
a. Waktu yang terbaik untuk ambil gambar landscape
b. Teknik yang perlu digunakan untuk gambar objek bergerak
c. Asas pencahayaan
d. Komposisi dalam fotografi lanskap
SMARTPHONE FOOD PHOTOGRAPHY
Dalam kelas ini, peserta akan pelajari bagaimana ingin mengambil foto makanan yang menyelerakan sehingga membuatkan orang lapar dan terpengaruh untuk membeli. Semua ini dengan hanya menggunakan smartphone sahaja.
Dalam kelas ini akan kami kongsikan:
a. Teknik komposisi dalam fotografi makanan
b. Asas pencahayaan
c. Props yang boleh digunakan dalam fotografi makanan
d. Food styling mudah
SMARTPHONE FOOD VIDEOGRAPHY
Seusai kelas, peserta mampu untuk menghasilkan video makanan yang menarik dengan hanya menggunakan smartphone.
Dalam kelas ini, kami akan ajarkan:
a. Cara menghasilkan video makanan yang menyelerakan
b. Teknik komposisi dalam videografi makanan
c. Teknik ‘Angle of Shooting’ dalam videografi makanan dan teknik kawalan audio
SMARTPHONE PRODUCT PHOTOGRAPHY
Melalui kelas ini, peserta akan mahir dengan teknik mengambil gambar produk yang menarik tumpuan dan setanding seperti gambar profesional walaupun menggunakan smartphone.
Peserta akan pelajari:
a. Teknik komposisi dalam produk fotografi
b. Asas pencahayaan
c. Teknik angle yang terbaik
d. Penggunaan props dan background yang sesuai
e. Teknik editing mudah menggunakan smartphone
SMARTPHONE PRODUCT VIDEOGRAPHY
Selepas kelas ini, peserta akan mahir dengan teknik mengambil video produk yang menarik tumpuan dan menepati piawaian industri.
Kami akan kongsikan:
a. Teknik shoot video produk
b. Komposisi dan elemet dalam produk videografi
c. Teknik pencahayaan
d. Penggunaan props dan background yang sesuai
YOUTUBE INCOME TINGGI
Melalui kursus ini, peserta akan lebih mahir bagaimana ingin menaikkan jumlah tontonan video dan cara menaikkan subscriber di Youtube serta bagaimana ingin mula menjana pendapatan dari Youtube.
Antara intipati kursus ini:
a. Baca analisa Youtube
b. Strategi pembinaan content untuk menaikkan subscriber
c. Penggunaan keyword dan SEO dengan betul
d. Penggunaan TubeBuddy untuk meningkatkan jumlah video tontonan
POSTER MUDAH SMARTPHONE
Di penghujung kursus, peserta akan dapat memahami cara membuat poster yang cantik menggunakan smartphone.
Kami akan kongsikan:
a. Teknik pemilihan dan pengguaan font yang betul
b. Disiplin warna dan teknik penyusunan info dalam penghasilan poster
c. Cara memilih gambar tanpa isu copyright
FACEBOOK ADS / INSTAGRAM ADS
Di akhir kursus, para peserta akan dapat memahami cara membuat iklan berimpak tinggi di Facebook pages dengan cara yang betul dan kos yang rendah.
Kami akan kongsikan dari 2 sudut iaitu teknikal dan taktikal:
a. Teknikal Facebook / Instagram Ads
b. Cara untuk membuat iklan dengan betul
c. Teknik analisa pelanggan
d. Call to Action terbaik
e. Cara penggunaan Facebook Pages / Instagram Business semaksima mungkin
FACEBOOK LIVE
Melalui kursus ini, peserta akan mahir cara untuk membuat Facebook Live dan juga cara pemasaran dengan betul di Facebook.
Kami akan kongsikan:
a. Teknik kongsikan post, gambar dan video di group komuniti yang terdapat di Facebook
b. Teknik buat Facebook Live
COPYWRITING MEMBELAH LANGIT
Selesai kursus ini, para peserta akan mahir dengan teknik penghasilan posting dan copywriting Facebook yang menarik, serta teknik pemilihan gambar dan video yang menarik dan ‘eye-catching’.
Antara yang peserta akan pelajari:
a. Bagaimana menulis headline yang mampu membuatkan pengguna Facebook berhenti scrolling
b. Bagaimana menulis post yang berkesan dan menusuk jiwa
c. Penggunaan foto dan video sebagai stopper dan teknik storytelling copywriting
WHATSAPP LOCK
Melalui kursus ini, peserta akan lebih jelas bagaimana teknik untuk close sales melalui Whatsapp dengan pantas, dan akan lebih mahir teknik untuk menarik hati dan minat pelanggan.
Antara yang kami akan ajarkan:
a. Teknik dapatkan repetitive customer
b. Cara untuk fully utilise Whatsapp Business dengan betul dan efisen
c. Teknik untuk beri ayat lambung kepada customer dan cara untuk respond apabila customer beri ayat tanggung
TESTIMONI PESERTA
Untuk makluman, jika pihak kami dijemput untuk menganjurkan kursus/program di luar/dalam atau secara atas talian (online) di HQ kami, akan ada beberapa kos yang akan dikenakan kepada pihak yang menjemput kami.
Antaranya adalah:
1. TENAGA PENGAJAR / PENCERAMAH
RM 3,500 untuk satu (1) modul separuh hari bagi kelas atas talian (online)*
2. KOS PENGANGKUTAN DAN TOL
Jika berkaitan dan akan dimaklumkan selepas dipersetujui kos pada item (1)*. Hanya untuk kursus secara fizikal.
3. PENGINAPAN
Jika berkaitan dan akan dimaklumkan selepas dipersetujui kos pada item (1)*. Hanya untuk kursus secara fizikal.
4. SEWAAN PERALATAN
Jika berkaitan dan akan dimaklumkan selepas dipersetujui kos pada item (1)*. Hanya untuk kursus secara fizikal.
Kesemua yang disenaraikan TIDAK akan diambil keuntungannya walau sesen pun untuk kegunaan peribadi tetapi kesemuanya akan disalurkan kepada dana pembangunan dan pendidikan Rumah Pengasih Warga Prihatin, pemilik syarikat Wakaf Enterprise di bawah pengawasan Tn Hj Saiful Nang.
*Terbuka untuk sebarang perbincangan bersama pihak pelanggan