Selamat Datang ke Gerakan PhotoSunday. Inilah ruang untuk berkongsi foto, berkongsi pengalaman, kritik gambar, penyatuan peminat-peminat fotografi dan tempat untuk kita merancang outing-outing fotografi. Jom kita lakukan semua ini dalam keharmonian. Tiada kecam-mengecam dan semuanya dibuat atas dasar pendidikan. Jadilah kita insan terdidik yang mengikuti aturan-aturan yang aman.

Pada 21 Ogos 2019 yang lepas, seramai 400 lebih peserta menyertai PhotoSunday yang julung kali diadakan. Outing mega di bawah jenama PhotoSunday by Saiful Nang Academy adalah yang pertama kali diadakan selepas akademi itu menganjurkannya bersama hampir 300 orang peserta 10 tahun lepas.

Gerakan ini yang diperkenalkan bagi memberi wadah kepada pencinta perkongsian ilmu fotografi untuk bertemu dan bertukar-tukar ilmu dalam bidang ini. 

Mereka yang sudah mahir dan mereka yang tanpa latarbelakang ilmu fotografi berkumpul menimba ilmu antara satu sama lain, di samping perkongsian antara sifu tersohor bidang fotografi dari akademi ini sendiri, Tn Hj Saiful Nang, selain Syibli Fakih  dan Nik Mohd Harraz.

Kehadiran yang AMAT memberangsangkan seawal jam 7.00 pagi telah dihadiri bukan sahaja mereka yang dewasa dan kanak-kanak, ianya juga telah dihadiri seorang warga emas wanita berumur 64 tahun. 

Gambar-gambar dan video-video berkaitan boleh ditonton di sini.

PhotoSunday Outing kali ke-2 dianjurkan pada 22 Ogos 2019 bertemakan 'Low Light Photography'.

Outing kali ini dianjurkan pada skala kecil bagi memberikan lebih fokus kepada perkongsian bermanfaat terus kepada peserta yang meminati genre fotografi ini.

Outing sebegini kebiasaannya dibuka hanya kepada 20 peserta sahaja. 

Klik link INI untuk sedikit perkongsian aktiviti peserta pada PS ini.

WISMA SAIFUL NANG ACADEMY

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan ABIM, Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor

Tel : +60102229089 | Email : syibli@snap.my

© 2014 Saiful Nang Academy