CONTOH HASIL TUGASAN VIDEO

PERANTIS PENERBITAN VIDEO ONLINE

Ini adalah antara CONTOH bagaimana Perantis Program Penerbitan Video Online pelajari tips dan teknik shoot, edit, muatnaik, bangunkan platform media utama seperti Facebook, Instagram dan YouTube sehingga meluas capaiannya dengan cara yang terbaik.

Tenaga pengajar adalah merupakan mereka yang juga membangunkan platform media seperti page Saiful Nang Academy Rarecation, Werda, Sarc, RareMalaysia dan lain-lain lagi.

'Perantis mungkin tidak menggunakan buku teks dan menjalani peperiksaan bertulis, namun setiap kali mereka menyelesaikan tugasan dan membangunkan platform media mereka, itulah pembelajaran SEBENAR dan juga 'peperiksaan' mereka.

Jika mereka mampu menghasilkan video yang 'viral' secara positif, itulah antara 'bonus' 'kejayaan' dalam 'peperiksaan' mereka.

Yang diajarkan bukan mengejar 'likers' atau 'followers'sahaja, tetapi AKHLAK BEKERJA dalam konteks sebenar dan memperkukuhkan AKHLAK DIRI supaya bila bekerja sendiri atau dengan orang lain nanti, mereka tidak akan terkena KEJUTAN BUDAYA.

WISMA SAIFUL NANG ACADEMY

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan ABIM, Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor

Tel : +60102229089 | Email : syibli@snap.my

© 2014 Saiful Nang Academy