Video Rakam Guna Smartphone Dapat 300 Ribu Tontonan Di Youtube

Taknak cakap panjang, tengok dulu video ni. 

 

Video panggang kambing tepi kolam ni dapat hampir 330,000 views sepanjang ditayangkan. Bayangkan bagaimana powerful video content ini yang cuma di rakamkan menggunakan smartphone.

Dah tengok video kat atas tu? Jadi apa yang menyebabkan video ini mendapat tontonan yang tinggi? Kami kongsikan beberapa faktornya di bawah ni:

1- Transition yang menarik dan berbeza-beza

Transition tu ialah pertukaran dari satu clip ke clip yang lain. Editor tidak menggunakan transition yang sama malah menggunakan teknik transition yang berbeza-beza mengikut 'mood' video.

2- Camera angle dan shot yang pelbagai

Video sepanjang 15 minit ini menggunakan pelbagai shot yang menarik. Ada close up shot, super close up shot, eye level shot, ada wide angle dll. Penggunaan angle yang berbeza ini memberi impak yang tinggi kepada video content kita. Video tak boring dan tak 'flat'. 

3- Storyline yang kemas

Mereka dah tahu apa yang mereka nak shoot. Preparation dah dibuat sehari (or berhari-hari) sebelumnya. Dari prep kambing sehingga ke lokasi masak semuanya sudah di rancang terlebih dahulu. Jalan penceritaan dan perkongsian resepi juga mudah difahami. Di sini, editing skill penting untuk memastikan jalan cerita kita sampai kepada penonton. 

4- Audio yang jelas

Bila shoot outdoor, antara perkara yang penting untuk diberi perhatian ialah audio. Bunyi angin, bunyi kenderaan, bunyi persekitaran sekeliling perlu dikurangkan semaksima mungkin supaya audio utama jelas kedengaran. Ialah perkara yang menjengkelkan bila tonton video tapi suaranya kurang jelas. Jika kita baru nak bermula buat video, boleh sahaja guna earphone yang dapat sekali masa beli phone, atau kalau ada budget extra boleh beli wireless microphone.

5- Tak nampak scripted

Sepanjang video ini vibe nya santai sahaja. Tak nampak scripted. Bila video yang nampak terlalu scripted ni orang tak minat sangat nak tengok, sebab rasa macam tengok Berita Utama jam 8 malam. Kebanyakan orang layan Youtube sebab nak tengok content yang santai dan menarik.

6- Idea lain dari yang lain

Nak secara serius berkecimpung buat video di Youtube ni, perlu kreatif keluarkan idea. Jika kita ada team, brainstorm sama-sama untuk keluarkan idea content yang rare, lain daripada yang lain. Sebelum tu, kita kena kenal pasti dulu niche video content kita. Kita nak channel Youtube kita ni dikenali sebagai apa? 

Fitness channel? 
Food channel?
Travelog channel?
DIY channel? 

Dah tahu kita nak fokus kepada video content yang bagaimana baru lah boleh proceed dengan idea dan penghasilan video. Jelas ya?

 

Dah dapat guideline dan idea bagaimana nak hasilkan video content? Tak semestinya untuk upload di Youtube sahaja, nak upload di Facebook pun boleh. Kat Facebook sekarang pun kita dah boleh monetize video-video kita.

Semua orang pun boleh shoot dan edit sendiri video dan jadi Youtuber. Nak jadi Youtuber pun tak ada limit umur. Itu yang best nya Youtube ni. Lepas tu boleh upgrade ilmu videografi dengan kami. Semua tips dan teknik videografi akan kami kongsikan dalam kelas nanti. Klik je gambar kat bawah ni nanti dia akan bawa terus ke website kami.

  


Related Posts

5 YouTuber Dengan Pendapatan Tertinggi Melebihi RM80 Juta Pada Tahun 2020
5 YouTuber Dengan Pendapatan Tertinggi Melebihi RM80 Juta Pada Tahun 2020
Kebanyakan semua orang dah tahu yang kita boleh jana pendapatan melalui Youtube. Berbanding dengan media platform yan...
Read More
Video Rakam Guna Smartphone Jer Pun Boleh Dapat Views Dekat 1 Juta
Video Rakam Guna Smartphone Jer Pun Boleh Dapat Views Dekat 1 Juta
Begitulah, sekarang ni tak ada dah (ada tapi tak ramai) orang buat content untuk media sosial tapi rakam guna camera ...
Read More
6 Tips Khusus Untuk Youtuber Yang Baru Nak Bermula
6 Tips Khusus Untuk Youtuber Yang Baru Nak Bermula
Bercadang nak upload video di Youtube? Tak tak tahu apa ‘pantang larang’ atau pun guidelines sebelum nak bermula? Ata...
Read More