Ryan's World Terima Pendapatan Tertinggi Dari Youtube, Raih RM120 Juta Pada Tahun 2020

Selama tiga tahun berturut-turut! 

Siapa yang tak kenal Ryan's World. Kebanyakan ibu bapa yang ada anak-anak kecil pasti mengenali YouTube channel Ryan's World ini. Setiap minggu ada sahaja video baru yang akan mereka upload di channel mereka. Malah, sejak kemunculan Youtube channel Ryan's World ini, kanak-kanak zaman sekarang ada yang menyimpan cita-cita ingin menjadi seorang Youtuber. 

Kini Ryan's World mempunyai seramai 41.7 juta subscribers dan video-videonya telah ditonton sebanyak 12.2 billion. Pendapatan dari Youtube sahaja sudah hampir mencecah RM120 juta, itu belum termasuk lagi jualan dari peluang perniagaan yang datang dari pelbagai sudut. Bagi yang tidak tahu, Ryan Kaji kini mempunyai merchandise atas jenamanya sendiri iaitu alat permainan, backpacks, ubat gigi, bedding set, pakaian dan banyak lagi. Merchandise ini semua boleh di dapati di Target, Amazon, dan juga Walmart. Jualan dari merchandise ini sahaja pun sudah mencecah RM 810 juta pada tahun lepas. Perkembangan yang terbaru, Ryan Kaji sudah mempunyai TV series sendiri yang dipanggil Ryan's Mystery Playdate di channel Nickelodeon. 

Video Ryan Kaji yang mempunyai jumlah tontonan yang paling tinggi iaitu sebanyak 2 billion views

Siapa sangka Youtube channel yang dimulakan oleh ibubapanya pada tahun 2015 semata-mata ingin merakamkan kenangan bersama anak mereka, Ryan Kaji dan kini telah pun mempunyai puluhan juta subscribers di Youtube channel nya Ryan’s World dan dalam masa yang sama juga Ryan antara 10 Youtubers yang menjana pendapatan tertinggi di dunia melalui platform Youtube. 

 

Semuanya bermula apabila Ibu bapa Ryan beli toys, dan mereka akan rakam video Ryan dari proses pemilihan toys, unboxing dan kemudian video Ryan dan adik beradiknya bermain. Nothing fancy actually, tiada editing yang ‘extra’ dan video juga dirakam sendiri.

But the imperfections that makes the video perfect. Pada umur 3 tahun, tiada apa yang Ryan tahu tapi ibu ayahnya yang membuka jalan dan peluang yang lebih besar untuk anak mereka. Kita kat Malaysia ni anak minat record dan edit video pun dah ditegah dan dilarang awal-awal. Tiada masa depan katanya. Sepatutnya kitalah yang patut sokong dan bantu tambahkan minat mereka. 

Dunia dulu dengan sekarang dah berbeza. Zaman sekarang ni tak semestinya kena pakai kemeja dan tie, dan kerja dalam aircond untuk digelar manusia berjaya. Ibu ayah yang mana ada anak-anak bercita-cita nak jadi Youtuber boleh la sign up anak belajar shoot dan edit video. Belajar guna smartphone je tak perlu equipment mahal-mahal pun. Ibu ayah yang nak belajar untuk anak pun boleh juga, lagi awesome! 

Sebagai permulaan, kami kongsikan kemahiran dan knowledge apa yang perlu ada untuk membuat video di Youtube:

1. Kemahiran buat video 
2. Kemahiran edit video 
3. Kemahiran buat thumbnail menarik di Youtube

Nak belajar dengan kami pun boleh, kami ajarkan guna apa yang ada di tangan sahaja; smartphone. Tak perlu beli camera, tak perlu beli lighting equipment. Jangan bazir duit di permulaan kita nak buat video ni.. Nak belajar online dengan kami boleh klik sahaja di "ADD SELECTED TO CART" bawah ni. Kelas akan datang pada 31 Julai 2021 (Sabtu) ni.

Sumber: Forbes 


Related Posts

Bagaimana Kami Dapat Pendapatan 4 Angka  Sebulan, 183K Subscribers Dalam Masa 17 Bulan
Bagaimana Kami Dapat Pendapatan 4 Angka Sebulan, 183K Subscribers Dalam Masa 17 Bulan
Terkini, dah dapat capai 190K subs dah, berkat buat content video menarik berterusan. Jika kami boleh, content creat...
Read More
5 Langkah Mudah Untuk Bergelar Youtuber Hanya Dengan Gunakan Smartphone
5 Langkah Mudah Untuk Bergelar Youtuber Hanya Dengan Gunakan Smartphone
Sebenarnya tak susah pun nak jadi Youtuber ni dan semua orang pun boleh. Tiada had umur bagi yang nak buka account Yo...
Read More
6 Aplikasi Percuma Edit Video Menggunakan Smartphone Bagi Pengguna iOS Dan Android
6 Aplikasi Percuma Edit Video Menggunakan Smartphone Bagi Pengguna iOS Dan Android
Kalau dulu nak edit video kena ada komputer atau laptop yang high performance tapi gajet begini mahal pula harganya. ...
Read More

Filter
Ryan's World Terima Pendapatan Tertinggi Dari Youtube, Raih Hampir RM120 Juta Pada Tahun 2020 - Saiful Nang Academy
Ryan's World Terima Pendapatan Tertinggi Dari Youtube, Raih Hampir RM120 Juta Pada Tahun 2020 - Saiful Nang Academy