BAGAIMANA VIDEO KHAIRUL AMING BUAT AIR SIRAP JE PUN TAPI BOLEH DAPAT PULUHAN RIBU VIEWERS
Nak sampai pada satu tahap yang memberangsangkan memang tak semudah yang disangka. Semuanya bermula dengan kesungguhan minat yang mendalam dalam melakukan sesuatu. Untuk beliau berada pada tahap yang sekarang ini semuanya memerlukan strategi dan kuncinya adalah ISTIQOMAH dalam berbuat insyaAllah hasilnya juga lumayan.
Berikut adalah 5 Sebab kenapa video Khairul Aming disukai ramai. Baca sampai habis kalau nak tahu apa rahsianya ya.
1. Audio yang mengiurkanAudio sangat penting dalam penghasilan video. Kalau tengok kebanyakan video yang beliau buat kita boleh dengar sewaktu kacau air bunyi ketulan-ketulan ais, bunyi di periuk sewaktu makanan dituangkan dan kalau minum atau makan bagi dengar audio yang ada dalam mulut tu. Itu yang buat kita geram je nak makan makanan tu dan perut pun mula berkeroncong. Itu adalah salah satu cara untuk buat orang geram dan lapar.
Kadang-kadang tak perlu nak tunjuk benda yang complicated sangat. Benda yang biasa-biasa pun orang layan. Orang yang tiada periuk kat rumah pun boleh buat. Gunakan bahan yang simple dan memudahkan orang adalah sesuatu yang mulia. Kita berikan idea kepada orang dengan cara yang mudah insyaAllah input mudah disampaikan dan orang boleh terus buat sejurus tengok video Khairul Aming.
4. Penyampaian yang bersahajaBe yourself! Jadi diri sendiri. Jangan nak ikut orang dan akhirnya satu apa pun tak jadi. Kalau kita tengok Khairul Aming waktu buat video dan kalau dia bersembang dengan fans dia di IG pun menunjukkan itulah diri dia yang sebenar. Jangan jadi orang lain sebab kadang-kadang kekurangan diri diri kita sendiri adalah kelebihan yang kita tak sangka-sangka.
5. Susunan video yang kemasMeskipun videonya ringkas dan padat tetapi cukup kemas dan memberikan impak. Lontaran idea dan suara berjaya disusun dengan baik sehingga memberi impak dalam pembikinan content. Pakai smartphone dah boleh sekarang dan paling best APPS TU PERCUMA!
Semua sebab-sebab di atas menjadikan videonya menjadi kegemaran boleh katakan semua peringkat umur.
Nak sampai tahap yang ini semuanya memerlukan proses dan paling penting fahami kehendak audience dalam content yang kita bina. Jangan syok sendiri, feedback daripada mereka sangat penting dalam membangunkan content youtube kita.
Geng-geng home bakers, home cheffs dan lain-lain pun boleh sebenarnya nak hasilkan video makanan guna smartphone sehebat video Khairul Aming. Tak semestinya CAP EPAL. Cap Ayam, android dan sewaktu dengannya pun boleh join.