Bagaimana Kami Record Video Makanan Guna Smartphone Je Tapi Boleh Dapat Ratusan Ribu Views

Sejak Covid menjelma, sub-company kami, Rarecation Travel tak boleh travel ke luar negara. Taknak duduk diam, kami cari jalan keluar dengan menaikkan platform Youtube kami, RareTV yang terbiar sebelum ini. Sebelum ini PKP 1.0 kami banyak buat vlog, kini PKP 2.0 kami bina content dengan hasilkan video masak-masak dan makan setiap hari. Dulunya subscriber kami hanyalah 12K, kini berkat daripada consistency mengeluarkan content setiap minggu/hari, kami sudah pun mencapai 65K subscribers. Kami taknak mengeluh dengan cabaran yang datang, instead kami jadikan masalah itu sebagai satu peluang untuk mencari solusi yang lebih baik. 

Dalam tempoh 5 bulan kami bina content di Youtube, channel RareTV kini berupaya untuk mendapat average 1 Million views setiap bulan. Anggaran pendapatan pula dalam RM 4-5k sebulan. Boleh juga buat sebagai pendapatan sampingan. 

Video ini dirakam menggunakan smartphone dan mendapat hampir 100K views

Analytics dari Youtube untuk video Sup Tulang 50kg di atas. Dalam masa sebulan kami boleh dapat views seperti yang tertera.

Kalau nak tahu, hampir kesemua video masak-masak kami hanya dirakamkan menggunakan smartphone. Untuk video makanan ni, yang paling penting sebenarnya ialah nak bagi penonton sama-sama terliur dengan kita. Yelah, nak bagi rasa sekali, tak boleh. Jadi penonton la penentu sama ada kita berjaya hasilkan video content yang mantap atau pun tak. 

Bagaimana nak bagi makanan kita nampak super sedap dalam video sampai penonton yang tengok boleh orang lapar dan craving?

Ilmu videografi yang betul.
Good technical skills.
Editing video yang padu. 
Great content.
Jadi diri sendiri

Video ini dirakam sepenuhnya menggunakan smartphone dan mendapat hampir 300K views 

Usahawan makanan wajib kuasai ilmu buat video seperti ini. Dari video sahaja perniagaan kita boleh dikenali oleh ramai orang dengan cepat. Silap-silap video kita boleh jadi viral. Video viral = Sales tinggi. Visibility perniagaan kita juga menjadi semakin tinggi dan dalam masa yang sama, penggunaan video dalam pengiklanan di FB boleh mengurangkan kos iklan kita. 

Semua orang pun boleh sebenarnya untuk hasilkan video sebegini. Hanya guna smartphone je. Edit video pun boleh guna smartphone. Yang penting kena tahu teknik bagaimana nak hasilkan video yang boleh buat orang lapar. Bila dah lapar, orang craving. Dah craving, confirm kena beli. Kalau tak, termimpi-mimpi video makanan kita. 

Jom lah belajar dengan kami bagaimana nak hasilkan video makanan yang boleh buatkan orang berbelanja beli produk kita.  Tenaga pengajarnya cikgu AA, juga Youtuber RareTV. Semua pengalaman, tips dan rahsia dalam penghasilan video-video viral views puluhan hingga ratus ribu akan Cikgu AA kongsikan dalam kelas Smartphone Food Videography. Kelas ni pakej cikgu AA ajar sekali cara nak shoot dan edit video dalam masa 1 hari. Ada yang tak kenal cikgu AA? Haa boleh tengok video viral cikgu AA kat bawah ni;

Tahu 2 teknik penting (shoot dan edit) ni, semua jenis video kita boleh hasilkan. Khusus untuk usahawan makanan, jangan pula dah syok buat video sampai gambar produk makanan kita pula tak ada. Kena seimbang barulah sales kita melonjak-lonjak naik sampai abang Grab, Food Panda dan Lala Move berderet-deret tunggu luar rumah/kedai tunggu order makanan kita. Jika ada usahawan makanan yang nak tambah usaha naikkan sales, boleh klik je gambar kat bawah ni untuk belajar dengan kami..

 

 

 


Related Posts

10 Guideline Bagi Yang Berminat Nak Jadi Youtuber Berjaya
10 Guideline Bagi Yang Berminat Nak Jadi Youtuber Berjaya
Jangan tak tahu dari Youtube channel sekarang pun dah boleh buat duit. Dari pengiklanan, reviews, product placement d...
Read More
Wagyu Jepun Termurah Vs Aussie Premium Beef, Mana lebih sedap?
Wagyu Jepun Termurah Vs Aussie Premium Beef, Mana lebih sedap?
Berasal dari Jepun, daging wagyu dikenali sebagai daging tersedap di dunia kerana kandungan lemak dan kelembutan dagi...
Read More
5 Step Mudah Untuk Bergelar Youtuber
5 Step Mudah Untuk Bergelar Youtuber
Sebenarnya tak susah pun nak jadi Youtuber ni dan semua orang pun boleh. Tiada had umur bagi yang nak buka account Yo...
Read More