Bagaimana Kami Dapat 5 Angka Pendapatan Sebulan, 150K Subscribers Dalam Masa 12 Bulan



Jika kami boleh, content creator yg lain juga boleh. Kebanyakan video kami record guna henfon je.

Kami bergiat aktif kembali semasa September tahun lepas dan telah berjaya menghasilkan hampir 200 video content. Ini tips yg boleh kami kongsikan untuk menaikkan channel berdasarkan PENGALAMAN KAMI SENDIRI

1. BUAT VIDEO YANG KITA MINAT

Trick nya di sini, perlu pastikan juga perkara yang kita minat itu juga haruslah disukai dan diminati oleh orang lain juga. Bila kita nak hasilkan video, jangan abaikan minat viewers kerana mereka inilah yang akan menonton dan menaikkan views video kita. Pendek kata jgn buat video syok sendiri. Skill videografi pun penting juga sebab kita sendiri pun tak minat nak tengok video yang boring dan meleret-leret.

Ketika video ini kami sudah terima RM6K++ sebulan untuk income pasif (melalui iklan Youtube) sahaja, itu belum termasuk lagi nilai pengiklanan (sponsorship, reviews dan etc) yang lain. Walaupun ada mulut-mulut yang berkata 'Saiful Nang boleh lah dah ada nama' tapi sebenarnya ramai yang tak tahu bila kami ingin mula berkecimpung dalam arena Youtube -- kami perlu mula BINA NAMA DARI ZERO. 

2. JANGAN BUAT CONTENT ROJAK

Sekejap buat video kereta, lepas tu buat video masak-masak, dah boring dan kering idea buat pula video DIY. Bukan tak boleh, tapi followers yg subscribe channel kita sebab video kereta akan lari bila tiba-tiba channel kita buat video masak-masak.

Jangan buat subscribers kita pening. Lebih baik kita fokus kepada 1 jenis content dan bina komuniti sendiri. YT juga susah untuk buat kerja algorithm mereka bila kita buat video content rojak. Kami sendiri belajar dari kesilapan yang terdahulu.



3. PENGGUNAAN KEYWORD DAN SEO

Yang ini SANGAT SANGAT PENTING. Dari keyword dan SEO yg kita letakkan inilah video kita akan lebih banyak 'appear' di bahagian recommended/suggestion video. Lagi tinggi peluang kita untuk dapatkan views yang tinggi.

Yg ini lebih teknikal tapi tak susah pun nak faham. Nak belajar boleh masuk kelas Youtube, kami terangkan satu per satu dalam kelas (rakaman). Kelas buat video dan edit pun ada juga kami ajarkan Live guna henfon hari Sabtu ni. Ambil pakej Youtuber RM100 je utk ketiga-tiga kelas ni.

3 tu dulu lah tips yang kami kongsikan dulu. Praktikkan yang tiga tu dulu dan tengok hasilnya. 

Semoga bermanfaat. 
Nak belajar dengan kami pun boleh, online jer belajar dari rumah masing-masing. Boleh klik di bawah ni untuk masuk kelas.


Related Posts

Saiful Nang Rakam Masak Nasi Briyani Johor Guna Henfon Dapat 206,000 Views Di Youtube
Saiful Nang Rakam Masak Nasi Briyani Johor Guna Henfon Dapat 206,000 Views Di Youtube
Kalau ada yang belum tengok video apa yang kami maksudkan, boleh tengok video kat bawah ni dulu. Video ini ialah dari...
Read More
Video Panggang Kambing Rakam Guna Smartphone Dapat 360 Ribu Tontonan Di Youtube
Video Panggang Kambing Rakam Guna Smartphone Dapat 360 Ribu Tontonan Di Youtube
Taknak cakap panjang, tengok dulu video ni.   Video panggang kambing tepi kolam ni dapat 360,000 views sepanjang dita...
Read More
5 Tips Usahawan Makanan Boleh Praktikkan Bila Nak Buat Video Makanan Yang Menggiurkan
5 Tips Usahawan Makanan Boleh Praktikkan Bila Nak Buat Video Makanan Yang Menggiurkan
Siapa jer yang tak suka tonton video berkaitan masak dan makan-makan ni kan? Kalau tak, tak ada la Instagram Khairul ...
Read More

Filter
Bagaimana Kami Dapat 5 Angka Pendapatan Sebulan, 150K Subscribers Dalam Masa 12 Bulan
Bagaimana Kami Dapat 5 Angka Pendapatan Sebulan, 150K Subscribers Dalam Masa 12 Bulan