6 Channel Masakan & Mukbang Yang Menerima Pendapatan 5-6 Angka Setiap Bulan

Hanya bermula sebagai hobi dan minat, kini menjadi sebagai sumber income utama bagi Youtuber dan instafamous ini. Setiap bulan mereka menerima pendapatan serendah 5 angka sehingga ke 6 angka dari channel mereka; dah setaraf dengan orang kerja oil and gas dah.

Macam mana pula nak dapat income dari channel ni?

1. PRODUCT REVIEW

Jika anda seorang food Youtuber, ini perkara biasa. Banyak pengeluar produk makanan akan hantar makanan mereka untuk kita review di channel kita. Begitu juga dengan restoran. Sifir yang sama juga jika kita seorang travel Youtuber, akan ada tempat percutian dan peranginan yang akan bayar kita untuk review tempat mereka. 

2. IKLAN

Biasa kan bila kita tengah syok layan video Youtube, tiba-tiba ada iklan kat tengah-tengah video, atau pun di permulaan video. Bila viewers kita tengok iklan tu, kita juga akan dapat jana pendapatan dari situ.

3. SPONSORED VIDEO

Sponsored video ni konsepnya sesuatu produk membayar kita untuk meletakkan produk mereka di dalam video kita. Sebagai contoh, Nestle minta kita review produk susu mereka yang terbaru. Jadi dari resepi yang kita buat kita selitkan sekali mengenai produk susu itu. 

Beza product review dengan sponsored video? Product review 1 video cerita pasal product itu sahaja, sponsored video kita selit sekali produk client dalam video kita.

4. JUAL PRODUK SENDIRI

Ini paling terbaik dan memang ramai Youtuber/Content maker buat. Khairul Aming dah keluar produk Sambal Nyet Berapi terbaru beliau, Sugu Pavithra ada jual buku masakan. Jika kita ada Youtube dengan follower yang ramai tetapi tiada produk sendiri, rugi sebenarnya. Sebab antara 4 cara buat duit ini, nombor 4 ni yang paling menguntungkan.

Sambal Nyet Berapi by Khairul Aming sold out 10,000 botol dalam masa 54 minit pada pelancaran produknya pada 6 Januari 2020

Dah tahu macam mana jadi Youtuber/content maker pun boleh jadi kaya-raya sampai boleh beli kereta mewah? 

The best thing about Youtube ni, tak ada limit umur. Maksudnya kalau ada anak-anak kita yang nak jadi Youtuber pun tiada masalah. Atau kalau ada ibu ayah kita yang minat pun boleh mula juga.

Nak buat video ni bukan susah sangat, dengan smartphone pun boleh. Tapi kena ingat, kejayaan, followers dan income ribu-ribu takkan datang dalam 1 malam tetapi dari ilmu yang betul dan usaha yang berterusan.

Ada yang bercita-cita nak jadi seperti mereka di bawah ni? Modalnya cuma smartphone yang ada di tangan dan kerajinan.

Rajin upload video dan rajin belajar upgrade ilmu.

Kelas online kami, Smartphone Video Shooting dan Smartphone Video Editing 1 hari dari pagi sampai petang. Join kedua-dua kelas ini cuma rm90 sahaja. Masukkan discount code SVSSVE10SNAP ketika check out. Discount code valid sehingga 8/1/2020 Jumaat ini sahaja. Video kelas pula boleh ulang tengok sampai faham selama 6 bulan.


Related Posts

Asal Pembantu Rumah, Kini Gaji Tahunan RM1 Juta Hasil Upload Video YouTube Guna Smartphone
Asal Pembantu Rumah, Kini Gaji Tahunan RM1 Juta Hasil Upload Video YouTube Guna Smartphone
Dulu pembantu rumah, tapi kini terima gaji tahunan RM1 juta hasil upload video di Youtube. Siapa sangka, dengan video...
Read More
Kepengsss Serah RM5,000 dari Gaji Pertama Hasil Upload Video YouTube Kepada Ibu Tersayang
Kepengsss Serah RM5,000 dari Gaji Pertama Hasil Upload Video YouTube Kepada Ibu Tersayang
Anak balas jasa ibu hasil dari video YouTube jadi inspirasi untuk anak-anak yang mengenang budi. Siapa sangka, anak ...
Read More
Dari Engineer Ke Dapur, Kenali Chef Yang Mempunyai Hampir 1 Juta Followers Di Youtube
Dari Engineer Ke Dapur, Kenali Chef Yang Mempunyai Hampir 1 Juta Followers Di Youtube
Boleh dikatakan semua suri rumah dan minat masak dan mencuba resepi baru, mengenali wanita yang bersuara lembut ini. ...
Read More