6 Apps Terbaik Tahun 2021 Untuk Edit Video Menggunakan Smartphone

Kalau dulu nak edit video kena ada komputer atau laptop yang high performance tapi gajet begini mahal pula harganya. Kita bukan nak edit video untuk keluar TV, saja edit sebab minat dan suka-suka.

Tapi tu dulu. Sekarang teknologi dah canggih, dah bermacam aplikasi yang ada kat henfon yang kita boleh guna untuk edit video dengan mudah dan pantas. Tak perlu ada kemahiran yang tinggi pun untuk tahu guna features yang ada dalam apps tu. Ini kami kongsikan 6 aplikasi terbaik editing video bagi semua pengguna smartphone. Ya betul, SEMUA. Aplikasi yang kami senaraikan ini boleh diguna pakai untuk iOS dan juga Android. 


1. QUIK - GOPRO VIDEO EDITOR

Aplikasi ini dibina dari pengeluar GoPro dan tujuannya ialah untuk mempercepatkan proses video editing dan upload.

Kelebihan: Mempunyai fungsi automatic editing dan sesuai untuk editing video yang pantas
Kekurangan: Tiada manual control on the ‘automatic editing features’



2. ADOBE PREMIERE RUSH

Salah satu app video editing yang popular. Banyak features dalam ni yang diambil dari software Adobe Premiere Pro, Audition dan After Effects untuk editing yang lebih powerful

Kelebihan: Mudah untuk digunakan, boleh export files dengan cepat dan boleh juga buat cross-platform. Sesuai digunakan bagi yang berminat nak buat content di Youtube
Kekurangan: Kekurangan beberapa features yang penting seperti storyboard templates



3. INSHOT

Ada banyak fungsi yang best dalam app ni dan app ni juga boleh create video, edit gambar dan buat image collage. Aplikasi InShot ni juga boleh trim clip video, adjust speed video, filter, music dan text. Nak buat voice over pun boleh.

Kelebihan: kesemua fungsi video editing di dalam satu applikasi. Sesuai digunakan bagi yang berminat nak create video on mobile dan tak renyah.
Kekurangan: ada watermark dan iklan for free version.



4. KINEMASTER

Mempunyai interface yang user friendly dan boleh juga masukkan effects, text dan music. Ada banyak juga features yang ada dalam aplikasi ni yang boleh digunakan untuk profesional yang perlu edit video on the move.

Kelebihan: features yang menarik dan powerful
Kekurangan: ada watermark on the free version dan jika nak bayar, harganya agak sedikit mahal berbanding yang lain



5. WEVIDEO

Salah satu aplikasi peneraju apabila melibatkan cloud-based video editor. App yang bagus - hanya jika kita upgrade ke premium versions.

Kelebihan: Mempunyai premium features yang best dan sesuai untuk usahawan atau content creator yang ingin membawa video content nya ke another level
Kekurangan: Free version dia lebih kepada free trial, BUKAN free version as it should be



6. VN VIDEO EDITOR

Antara aplikasi yang terbaik mudah dan powerful. Tiada watermark dan interface nya juga user friendly, proses yang cepat dalan importing video materials. Beginner juga boleh bermula dan memahami fungsi-fungsi yang terdapat di dalam aplikasi ini dengan mudah

Kekurangan: ada certain limitation seperti video transition, fonts, effects


Menarik kan? Semuanya di hujung jari jer sekarang ni, tak perlu ada equipment mahal-mahal untuk edit video, tak perlu beli software mahal, tak perlu ada kemahiran tertentu. Ada simple dan basic knowledge pun dah boleh edit video best-best. Semuanya guna henfon je. Cepat daftar sebelum terlambat! 

 


Related Posts

Video Rakam Guna Smartphone Jer Pun Boleh Dapat Views Dekat 1 Juta
Video Rakam Guna Smartphone Jer Pun Boleh Dapat Views Dekat 1 Juta
Begitulah, sekarang ni tak ada dah (ada tapi tak ramai) orang buat content untuk media sosial tapi rakam guna camera ...
Read More
Video Rakam Guna Smartphone Dapat 300 Ribu Tontonan Di Youtube
Video Rakam Guna Smartphone Dapat 300 Ribu Tontonan Di Youtube
Taknak cakap panjang, tengok dulu video ni.    Video panggang kambing tepi kolam ni dapat hampir 330,000 views sepanj...
Read More
6 Tips Khusus Untuk Youtuber Yang Baru Nak Bermula
6 Tips Khusus Untuk Youtuber Yang Baru Nak Bermula
Bercadang nak upload video di Youtube? Tak tak tahu apa ‘pantang larang’ atau pun guidelines sebelum nak bermula? Ata...
Read More