5 Aktiviti Mudah Yang Ibu-Ibu Boleh Buat Untuk Elak Anak Stres Ketika di Rumah

Apabila duduk di rumah lama-lama, anak-anak pun boleh jadi stres. Nak keluar rumah tak boleh, nak main dengan kawan pun tak boleh. 

Ibu-ibu perlu kenalpasti simpton pada si kecil yang mengalami stres ini supaya kita tahu apa tindakan susulan yang boleh dibuat. Antara salah satu simptom stres ini adalah bilamana anak berubah emosinya dan berperilaku negatif seperti mudah marah, mengeluh, membantah, mudah tersinggung atau menangis.

Jangan dibiarkan jika anak sudah menunjukkan gejala stres ini. Berbagai cara kita boleh lakukan untuk mengatasi masalah ini. Salah satunya menggunakan kaedah emotion-focused coping.

Emotion-Focused Coping ialah strategi pengurusan stres yang berfokus kepada mengawal atau meredakan emosi negatif terhadap punca stres. Dalam bahasa mudahnya, kita latih anak untuk memilih beberapa aktiviti yang boleh mengurangkan stres atau perasaan kurang senang yang mereka rasai.

Ibu bapa digalakkan untuk ajarkan skill mengawal stres kepada anak-anak daripada usia muda supaya mereka lebih bijak mengurus emosi sendiri. 

Boleh jadi punca anak meragam di rumah adalah kerana mereka tidak tahu cara untuk mengawal emosi mereka.

Antara aktiviti emotion-focused coping yang boleh membantu mengurangkan stres anak termasuklah:

1. MEMBACA

Membaca ialah aktiviti yang baik untuk mengalihkan perhatian anak secara sementara daripada stres yang dirasai. Buku yang dimaksudkan ini bukan buku sekolah ya, tetapi buku cerita bergambar atau komik yang boleh menghiburkan anak. Cerita atau kisah membolehkan anak untuk bermain dengan imaginasi dan meninggalkan masalah yang dihadapinya sebentar. 

2. TULIS DIARI/JOURNALING 

Meskipun aktiviti menulis diari tidak sepopular dulu, aktiviti ‘journaling’ boleh jadi bermanfaat untuk kanak-kanak. Tidak semestinya anak perlu menulis karangan dalam diarinya. Boleh juga galakkan anak untuk melukis apa yang dialami atau tampal sahaja stiker-stiker comel mengikut rasa hatinya.

3. BERMAIN

Jika anak berasa stres, galakkan anak untuk bermain supaya perhatiannya beralih kepada perkara yang lebih menggembirakan. Kalau anak lelaki, mungkin lebih suka bermain dengan kereta atau kejar-kejar. Manakala anak perempuan pula, mungkin lebih suka bermain dengan anak patung atau ‘role-play’ seperti main masak-masak, jual-jual dan cikgu-cikgu. 

 4. BERSENAM

Bersenam boleh bantu anak naikkan moodnya jika anak merasa ‘down’ atau sedih. Kalau anak rasa terlalu resah pula, bersenam dapat bantu anak untuk melepaskan tenaga berlebihan yang ada dengan cara yang baik. Antara senaman yang boleh dilakukan termasuklah buat senamrobik bersama-sama atau bermain bola dalam kawasan rumah jika ada. 

 5. BUAT AKTIVITI SENI

Apa jua bentuk aktiviti seni adalah bagus untuk membantu anak mengurangkan stres. Antaranya, melukis, ‘doodling’, mewarna dalam buku mewarna, mengecat, bermain tanah liat dan buat origami. Aktiviti seni memberikan kebebasan sepenuhnya kepada anak untuk meluahkan apa yang dirasai. 

Kami sendiri memang komited untuk membantu anak-anak kita menguasai kemahiran berasaskan seni ini. Kami percaya bahawa aktiviti seni ialah alat penting untuk membantu meningkatkan daya tumpuan anak, di samping melatih skil pengurusan stres mereka. 

Dalam kelas Komik Kartun, anak-anak kita berpeluang untuk mengasah daya kreativiti dan imaginasi dalam melukis kartun, boleh asah skill problem solving mereka dan boleh develop perasaan empati dalam diri mereka. Kalau dalam kelas Mewarna pula, secara tak langsung dapat merangsang kemahiran motor halus seperti cara memegang pensel warna dengan betul. Ini kerana semasa mewarna, otot-otot seperti jari, tangan akan bergerak. Sel-sel otak juga sedang berhubung bila buat aktiviti seni ni. Aktiviti begini juga bagus dan dapat mengurangkan "screen exposure" pada anak-anak kita. 

Tunggu apa lagi? Jom lah daftarkan anak-anak sekarang sebab tempat adalah terhad ya. Sayang pula kalau terlepas kelas seni ni. Ibu-ibu boleh klik sahaja "ADD SELECTED TO CART" untuk mendaftar. 


Related Posts

3 Langkah Penting Didik Anak Bijak & Kreatif
3 Langkah Penting Didik Anak Bijak & Kreatif
Ramai ibubapa yang anggap anak yang bijak itu mesti cemerlang dalam akademik, boleh skor A setiap subjekTahu tak, per...
Read More
Masalah Komunikasi Punca Anak Tantrum Bila Tak Dapat Gadget
Masalah Komunikasi Punca Anak Tantrum Bila Tak Dapat Gadget
Hari ini ada mak ayah yang BERBANGGA dengan anak yang diberi pendedahan gadget seawal umur 2- 3 tahun cepat kenal A-Z...
Read More
Tertampar dengan kata-kata Allahyarham Tn Guru Nik Aziz, Mustapha Kamal nekad pelajari AlQuran
Tertampar dengan kata-kata Allahyarham Tn Guru Nik Aziz, Mustapha Kamal nekad pelajari AlQuran
"Almarhum Tok Guru Nik Aziz pernah berkata dalam satu majlis tadarus: "Hok mana boleh baca Quran, baca Quran. Hok tak...
Read More

Filter
5 Aktiviti Mudah Yang Ibu-Ibu Boleh Buat Untuk Elak Anak Stres Ketika di Rumah
5 Aktiviti Mudah Yang Ibu-Ibu Boleh Buat Untuk Elak Anak Stres Ketika di Rumah