Checklist nak ambil gambar Landscape cantik guna smartphone

Nak ambil gambar landcsape sekarang tak payah nak bawak kamera dan tripod besar-besar, guna fon kita pun boleh. Tapi sebelum tu kena tahu cara-caranya sebelum pergi shoot.
Baca sehingga habis kalau nak tahu apa yang patut kita consider sebelum shoot gambar landscape. Rugi kalau pergi tempat cantik tapi gambar kita tak cantik.
.
 
1) Cuaca.
 
Ramai tak tahu sebenarnya selepas hujan adalah masa yang terbaik nak ambil gambar landscape sebab masa ni langit clear dan ada reflection dari hujan yang turun tadi. Kalau baru habis hujan waktu pagi, lagi cantik sebab ada kabus-kabus macam dekat oversea.

Cuaca yang mendung sangat pun tak sensuai nak ambil gambar sebab nanti gambar kita akan jadi kusam dan tak cantik walaupun tempat yang kita pergi tu tempat yang paling cantik. Pastikan kita rujuk ramalan kaji cuaca sebelum outing.
.
.
2)Timing

Salah satu kegigihan para landscaper ialah, masa yang cantik nak pergi shoot adalah pada golden hour dan blue hour. Keluar subuh-subuh atau waktu-waktu maghrib sebab masa ini adalah masa yang terbaik nak dapatkan lighting yang paling cantik. Langit kebirua-biruan, tidak overexposed dan cahaya .

Tapi jangan risau kalau tak dapat keluar waktu-waktu golden hour atau blue hour, masih ada tempat yang kita boleh pergi nak ambil gambar landscape. Contohnya ke air terjun

Buat yang tak tahu, blue hour adalah di mana langit berwarna kebiruan biasanya 15 selepas matahari terbenam dan 15 minit sebelum matahari terbit.

Golden hour pula biasanya pada 1 jam sebelum matahari terbenam dan 1 jam selepas mataharii terbit. Waktu-waktu ini kita boleh lihat langit berwarna kuning keemasan dan cahayanya tidak terlalu harsh.
.
.
3) Teknik Shooting

Salah satu lagi ciri penting landscape photography adalah minimanya atau bahkan hampir tidak ada unsur manusia yang menjadi subjek di dalamnya dan hanya alam sahaja dengan subjek seperti bentuk muka bumi, cuaca dan cahaya sekitar yang sangat jelas.

Teknik yang berbeza kita perlu tahu bila nak shoot landscape, setting kamera dan bagaimana nak ambil gambar dalam keadaan yang tak banyak cahaya dan sedikit gelap. Kita juga akan mengambil gambar dalam keadaan berlawanan dengan cahaya. Macam mana nak jadkan subjek kita kelihatan cantik perlu tahu tekniknya.

Nak ambil gambar air terjun atau benda yang bergerak juga perlukan teknik Long exposure atau slow shutte. Kalau dulu teknik ini hanya boleh difunakan pada kamera, hari ini kita boleh install apps yang sesuai untuk ambil gambar slow shutter kalau tak ada manual setting dalam fon kita. Senang kan!
.
.
4) Tools

Peralatan yang wajib ada bila nak shoot landscape adalah tripod. Pelbagai jenis tripod yang ada di asaran, boleh beli mana yang sesuai dengan bajet dan keperluan kita.

Apps yang boleh digunakan untuk gambar landscape adalah Slow Shutter Cam untuk ios dan Long Exposure Camera 2 untuk Android. Dan banyak lagi apps yang boleh kita explore!
.
.
5) Editing

Belajar RAHSIA TEKNIK HDR yang menjadi teknik rahsia ramai jurufoto antarabangsa mendapatkan gambar landskap yang hebat.

Lagi satu tips adalah gambar kita shoot tak mengapa sedikit gelap, sebab di sini fungsinya editing di mana kita boleh naikkan warna langit yang mulanya sedikit gelap dan juga warna-warna landscape yang kita ambil.
.
Setakat ni dulu sharing harini, dah ada knowledge kena buat baru tahu kita faham ke tak. Dah tahu tekniknya tapi tak tahu macam mana nak apply pun susah jugak, jom join kelas Landspace Photography. 
.

Saya nak tambah skil landscape fotografi


Related Posts

7 Rahsia Cara Menjadikan Foto Landscape Kita Lebih Bermakna
7 Rahsia Cara Menjadikan Foto Landscape Kita Lebih Bermakna
Pergi lokasi shoot cantik dah, gambar pun ambil banyak dah tapi bila balik rumah belek-belek gambar hasil tangkapan t...
Read More
3 Rahsia Mudah Nak Ambil Gambar Reflection Menggunakan Smartphone
3 Rahsia Mudah Nak Ambil Gambar Reflection Menggunakan Smartphone
Air yang tenang jangan disangka tiada reflection. Selepas ini kalau jalan-jalan, berjoging, bolehla ambil gambar cant...
Read More
10 Apps Terbaik Ambil Gambar Landskap Guna Smartphone
10 Apps Terbaik Ambil Gambar Landskap Guna Smartphone
Pergi travel satu dunia bawa smartphone je lepas border dunia dibuka semula nanti pun boleh hasilkan gambar landskap ...
Read More