Tips Guna WhatsApp Business Bantu Usahawan Online 'Lock Sales' Lebih Pantas

Beberapa tips ini sangat berguna untuk peniaga online yang banyak bergantung kepada leads yang diterima dari iklan mereka di plaform sosial media.

Buat posting menarik, ramai yang PM di WhatsApp. Ini adalah HARTA TERMAHAL kita dalam perniagaan. Sebab itu biasanya, mengambil pelajaran dari bangsa-bangsa yang hebat dalam perniagaan, setiap mesej dan no hp pelanggan / bakal pelanggan, memang DISIMPAN dan DIGUNAKAN semaksimanya untuk mereka kekal mempunyai pelanggan lama dan baru yang semakin bertambah setiap tahun.

Caranya :

1. Sentiasa CUBA membalas mesej pelanggan secepat mungkin yang boleh dan TIDAK MELEBIHI 24 jam.

Kalau balas melebihi 24 jam, nampak macam kita hendak tak hendak sahaja dengan rezeki yang sudah bergolek di depan mata. Kalaupun terlambat balas, boleh minta maaf terlebih dahulu. Tak rugi minta maaf walaupun tak ada buat salah. Sejuk hati pelanggan tu jadinya dengan kesopanan kita berkomunikasi dengan mereka.

2. Sentiasa pastikan kita mahir dengan FORMAT MESEJ yang boleh dihantar melalui WhatsApp.

Kalau nak share video melalui WhatsApp, TAK BOLEH yang berdurasi melebihi 3 minit. Jadi, perlu cari alternatif jika nak hantar mesej dalam bentuk video melalui WhatsApp. Kita memang nak tunjukkan produk kita dalam bentuk video yang mantap, tapi kalau tak lepas-lepas nak dihantar, tak ada gunanya juga.

3. Gunakan WhatsApp chatbot atau set sendiri di WhatsApp Business bagi menjimatkan dan menyelamatkan semua mesej yang masuk.

Tahu tak kita boleh set siap-siap 'quick reply' untuk soalan-soalan yang biasa bakal pelanggan akan tanyakan? Guna (/) dan setkan mengikut kod yang mudah bagi kita guna. Setkan jawapan kepada setiap soalan yang sering ditanyakan. Tak adalah hidup kita ni hanya dihabiskan dengan MENAIP jawapan yang sama berulang-ulang. 'Sasa' jari kita jadinya. 

4. Sebarluaskan NO WHATSAPP kita di platform socmed kita secara berterusan.

Kalau kita 'pemalu' nak kongsi NO WhatsApp kita kepada orang awam, baik tak payah berniaga. Itulah salah satu medium pemasaran yang berkesan dan pantas untuk bakal pelanggan hubungi. Jangan kedekut 'melabur' untuk kemudahan sendiri. Nak ada no WhatsApp berbeza untuk urusan peribadi dan perniagaan, pun boleh. Tapi team Saiful Nang Academy guna hanya 1 no WhatsApp untuk kedua-dua tujuan. Saudara-mara kita pun nak beli produk kita juga satu hari nanti kan? 

5. Rajin-rajin update WhatsApp status dan guna media yang menarik 

Syarat orang boleh view WhatsApp status kita adalah, dua-dua pihak kena save dulu nombor pihak satu lagi. WhatsApp status ni jenis marketing yang BUKAN memaksa sangat (tak macam WhatsApp broadcast). Ada pros & cons juga. Cuma, kita boleh 'cucuk jarum' dengan berkesan juga melalui status-status ini, kalau menarik, orang suka, orang PM kita terus.

Bila kita kongsi info di WhatsApp status kita, kita pun boleh lihat siapa yang tengok status tersebut. Mereka tak rasa DIPAKSA BACA pun. Atas kerelaan sendiri tekan satus kita tu. Tak seperti WhatsApp broadcast.
.

6. Kalau ada di dalam mana-mana WhatsApp group, manfaatkan sebaiknya dan BUKAN hanya mengiklan.   

Kalau selalu berkomunikasi dengan baik dalam hampir semua topik dibincangkan - atau sekurang-kurangnya menyapa, jadi tak kekok bila kita nak kongsikan tentang produk jualan kita. Tapi kalau orang beri salam atau tanya khabar pun kita JARANG membalas dalam group, tak sopan nak tiba-tiba kongsi iklan. Kalau kita tak suka orang lain buat, kita JANGAN buat. Mudah sahaja 'Matematik'nya. 

Kalau BOLEH buat yang 6 tips ini dulu pun dah lega banyak dah. Hasilnya, seperti dikongsikan. Boleh baca 'setiap screenshots' untuk pemahaman lanjut tentang WhatsApp Business yang sangat membantu usahawan online sekalian.
.

 

Yang terbaik adalah 1 iklan boleh tarik banyak leads ke WhatsApp kita. Dari leads, jumlah 'locked sales' kalau dapat kesemuanya, lebih bagus.
Jangan risau kalau ada mesej menderu masuk. Sebelum buat iklan, set kan siap-siap semua draf jawapan kepada soalan yang selalu ditanyakan. Membantu sangat-sangat dalam menjawab SEMUA mesej yang masuk dalam masa yang pantas. 
.

Layan mesej dari pelangggan sebaiknya. Anggap mereka perlu maklumat sehabis baik sehingga memudahkan mereka memilih produk kita.

Teknologi, jika memudahkan komunikasi dan bisnes, memang bagus kalau digunakan. Masa yang tersisa, boleh kita fokus kepada perkara yang lebih utama dan bawa untung. 

Masa adalah 'saingan' kita. Lambat atau cepat kita uruskan mesej bersama bakal pelanggan kita, menentukan hasilnya.

Bantu pelanggan dapat apa yang diminati (produk kita) makin cerah peluang meeka jadi 'repeat customers' kita
.

Ada teknologi dan kemudahan, baiklah digunakan. usahawan online perlu segera gunapakai teknologi / apps yang membantu melancarkan lagi bisnes kita. Install sahaja di hp atau di PC kita. Banyak masa boleh kita jimatkan. Walaupun sekali menderu, berpuluh/beratus mesej
.
Cikgu Syibli nak ajarkan ilmu manfaatkan socmed dan semua platform bisnes utama kita guna smartphone yang ada di tangan, sampai boleh melonjakkan sales bisnes kita. Nak berguru?
.
SENARAI KELAS BISNES HUJUNG MINGGU INI :
.
SABTU | 9 OKTOBER 2021
1) 9.00am - 12.00pm | Kelas Copywriting Membelah Langit | Harga Asal RM70
.
AHAD | 10 OKTOBER 2021
2) 9.00am - 12.00pm | Kelas Whatsapp Lock | Harga Asal RM70
3) 2.00PM - 5.00PM | Kelas Poster Iklan FB Guna Smartphone (Poster Mudah Smartphone) | Harga Asal RM70
.
KELAS RAKAMAN - BOLEH TERUS JOIN SELEPAS DAFTAR
-
1) Kelas Marketing Sosial Media - Kos Minima Impak Tinggi | Harga Asal RM140
2) Kelas Iklan Facebook Impak Tinggi | Harga Asal RM140
3) Kelas Iklan Instagram Impak Tinggi | Harga Asal RM140
4) Kelas Bina Google Business | Harga Asal RM10
.
Nak daftar 1 kelas sahaja dan nak semak jadual di sini :
https://www.snap.my/pages/tt-timetable

.
ILMU MAHAL PADA HARGA MAMPU SERTAI TIDAK DIPROMOSIKAN SELAMA-LAMANYA. Terus tekan gambar-gambar untuk link pendaftaran kelas / pakej berkaitan 

Related Posts

4 Kesilapan Agent Insurance Bila Mengiklan Di Media Sosial
4 Kesilapan Agent Insurance Bila Mengiklan Di Media Sosial
Siapa kat sini yang selalu terasa bila tengok iklan agent insurance? Kebanyakan antara kita mesti pernah at least sek...
Read More
9 Alternatif Tools Yang Boleh Digunakan Usahawan Untuk Mengembangkan Bisnes
9 Alternatif Tools Yang Boleh Digunakan Usahawan Untuk Mengembangkan Bisnes
Ada dengar pelbagai kisah dan luahan usahawan dengan isu yang berlaku pada Platform FB semalam. Facebook, Instagram d...
Read More
5 Kesilapan Agent Thermomix Bila Mengiklan Di Facebook
5 Kesilapan Agent Thermomix Bila Mengiklan Di Facebook
2 bulan berturut-turut kelas bisnes online kami dihadiri oleh agent Thermomix untuk upgrade ilmu menjual mereka. Jadi...
Read More

Filter
Tips Guna WhatsApp Business Bantu Usahawan Online 'Lock Sales' Lebih Pantas
Tips Guna WhatsApp Business Bantu Usahawan Online 'Lock Sales' Lebih Pantas