7 Props Murah Untuk Semua Homebakers & Homecook Guna Bila Ambil Gambar Produk Makanan

Bagi yang sedang mencari-cari idea untuk dapatkan gambar makanan yang kemas, cantik dan paling penting nampak menyelerakan, jangan tak tahu pemilihan props sangat dititik beratkan. Antara yang boleh dijadikan sebagai props dalam pengambilan gambar makanan ialah:

1) Ingredients: bahan-bahan yang digunakan haruslah complement with the food. Jangan overshadow bahan utama dan jangan pula guna bahan yang tidak berkaitan dan tidak sesuai. Jika kita nak ambil gambar nasi lemak, jangan guna perencah kari sebagai salah satu ingredients yang nak diletakkan sekali bersama subjek utama. Sama juga jika kita nak ambil gambar pavlova, jangan pula di ‘pair’ kan dengan buah-buahan yang kita tak letak pun di pavlova itu. Faham ya?

2) Utensils: utensils dan seangkatan dengannya. Pemilihan napkin, pinggan, mangkuk, sudu garpu, backdrop dan base juga play an important role. Cara kita potray makanan kita menjunjukkan siapa kita. Paling penting, kena tahu basic principle dalam pengambilan gambar makanan. Less is more. Maklumlah kadang baru beli barang props, lepas tu nak humban semua dalam satu gambar, excited katanya. NO NO NO, salah tu jangan buat. Susun props cantik-cantik lepas tu kita tengok semula dalam screen dan angle camera smartphone kita, ok ke tak ok. Kalau tak ok, adjust semula sampai dapat hasil macam yang kita nak.

1) NAPKIN MAT 

Boleh cari napkin mat untuk tambahkan scene dalam gambar. Cari napkin yang sesuai dengan konsep yg ingin kita tonjolkan. Perasan kan kadang-kadang ada gambar makanan restaurant high class mereka guna napkin as their base atau nak bagi some elegant touch dalam gambar mereka. 

2. CERAMIC BOWL

Bowl begini sesuai lah utk yg berniaga makanan panas atau lauk pauk. Siapa sangka kita buka kedai tepi jalan je tapi cara kita market kan gerai kita macam kita ada restoran 3 bintang. Tak salah, malah kena ingat First impression is everlasting. Sekali tengok gambar begini pun dah boleh rasa ish sedapnya makanan dia. Make sure style your food properly 

3. MARBLE WALLPAPER

'Cikgu, rumah saya tak ada meja marble lah macam dalam drama orang kaya TV3 petang-petang tu!' Jangan risau, boleh beli je wallpaper atau wrapping macam ni. Settle masalah. Orang tak tahu, kita aje yang tahu. Jangan pilih yang berkilau, instead pilih yang texture nya matte ok. Kalau berkilau dalam gambar nanti hasilnya tak memberansangkan. Search dan google pilihan mana yang terbaik untuk poket kita 

4. COTTON THREAD MAT GOURMET

Benda alah ni boleh la digunakan untuk kita alas pinggan mangkuk kita, pilih colour yang complement dengan utensils dan produk makanan kita. Jangan campur dan main taram je, tak cantik hasilnya nanti. Pandai guna, pandai susun, benda harga rm6 pun boleh nampak macam bernilai rm100 

5. BAKUL ROTAN 

Bakul rotan ni pun boleh digunakan dengan exclusive if you know how. Jika ada yang berniaga roti boleh la disusun cantik-cantik dalam ni pair kan pula dengan butter and jam

6. CERAMIC PLATE

Ceramic always nampak exquisite. Bayangkan kita plating cake kita atas pinggan macam ni, lepas tu kita susun pula buah dan ingredient yg lain di dalam secene. Drizzle pula some maple syrup atau honey. Atau kalau kita jual kek coklat leleh, potongan tu kasi nampak lelehan coklat tu.. Fuhh im sold! 

7. WOODEN BLOCK

Kayu macam ni tak beli pun tak apa, cuba cari belakang-belakang kedai selalu diorang buang je kayu-kayu ni. Kita ambil yang cantik sikit lepas tu bersihkan elok-elok, potong kemas-kemas ikut size yg kita nak. Kalau perlu shelek, shelek lah. Penggunaan kayu dalam gambar boleh menampakkan elemen rustic.

 P/S: Kami tiada kena mengena dengan kedai yang disenaraikan ini dan kami tidak bertanggungjawab atas sebarang urusan jual beli.

Penyusunan props, lighting, angle dan shots, composition semuanya kami nak ajar dalam kelas food photography minggu ni. Ada barang, tapi tak reti nak fully utlise pun tak guna juga. Jom lah kami ajarkan teknik-tekniknya guna henfon jer. Henfon cap buah, dan cap ayam pun boleh join dan belajar. Dah belajar lepas tu teknik tu boleh apply masa kita nak ambil gambar produk makanan kita. Gambar dah tip top, baru lah menderu-deru orang nak order makanan dengan kita.

Berminat nak belajar ambil gambar makanan, boleh klik di sini 

Jika nak belajar buat video makanan, boleh klik sini

 

 P/S: Kami tiada kena mengena dengan kedai yang disenaraikan ini dan kami tidak bertanggungjawab atas sebarang urusan jual beli.