5 Pantang Larang Usahawan Online Untuk Close Sales Di Whatsapp Dengan Mudah

Peniaga online kena baca sampai habis kalau nak belajar lock sales dgn mudah di whatsapp.

Bila berniaga online ni, majoriti dari kita berurusan jual beli di whatsapp. Bila buat iklan inquiry masuk banyak dah sampai kita tak menang tangan, tapi yang berjaya convert jadi sales tu sikit sangat sampai kita pun pening kat mana silap kita.

Kat sini kami kongsikan sikit beberapa tips dan pantang larang bila nak berurusan dengan prospek/pelanggan. Tahu yg ni je pun tak cukup, setiap seller kena tahu juga bagaimana seni nak tarik minat prospek, bagaimana nak buat supaya dia reply juga text kita dan bagaimana nak dapatkan repetitive customer
.

1. Buang Masa Pelanggan


Sebagai pembeli, mereka paling tak suka bila seller suka buang masa mereka. Bila kita tanya maklumat produk, kita mengharapkan mereka akan respond dengan pantas. Nak berbual kosong to break the ice boleh, tapi perlu lihat kepada respond prospek dan perlu mengikut kpd keadaan dan ‘mood’ semasa berhubung. Paling penting jangan ambil masa yang terlalu lama untuk respond kepada soalan prospek/pelanggan.

2. Seller Yang Suka Memaksa


Faham yang kita nak sales. Tapi jangan sampai memaksa sampai pelanggan rasa annoyed dan lari. Jangan terlalu hard sell dgn pelanggan seperti menggunakan perkataan ‘beli’.

Boleh juga gunakan fungsi whatsapp story untuk buat perkongsian ringkas mengenai produk kita. Tunjukkan kenapa mereka perlu beli produk itu dari kita. Bila mereka nampak sebab musabab, baru lah proses jual beli akan menjadi lebih mudah. Nak buat follow up pun ada cara, jangan terus contact dan tanya bila nak beli dengan kita. A BIG NO NO ❌❌

3. Sentiasa Nak Menang Bila Dengan Pelanggan



Customer is always right. Pelanggan ni paling tak suka bila kita lawan cakap mereka. Jika apa yg mereka cakapkan itu salah, selagi tak affect bisnes kita, kita terima sahajalah dengan hati yg terbuka. Tidak perlu tunjuk yg kita lebih pandai dari mereka. Sebaliknya, kita cakap/reply dgn berhemah dan menyelesaikan masalah mereka. Remember, mereka contact kita sbb percaya yg produk/servis kita berupaya untuk menyelesaikan masalah mereka. Jika perlu, kita boleh educate mereka mengenai produk kita dengan cara yg lebih baik.

Api ni lawannya air. Jika pelanggan kita tengah marah, janganlah pula kita balas dengan marah juga. Kita cuba tenangkan mereka sebaik mungkin. 

4. Tak Tepati Janji



Dalam posting kata dapat discount 20%, tapi bila whatsapp baru kita bagitahu 20% tu hanya entitle dengan beberapa syarat. Kat situ je pelanggan dah rasa tertipu dengan iklan kita. Kerugian dekat kita juga kerana

1) inquiry yg masuk tak genuine
2) tak boleh tapis inquiry
3) buang masa kita nak melayan terlalu banyak inquiry yg tak genuine

Dalam posting, letakkan juga terma & syarat jika ada. Jika kita teruskan buat iklan begini, untuk jangka masa panjang pelanggan akan hilang kepercayaan terhadap branding kita.

5. Tak Ada After Sales Service


Ni paling crucial sekali. Jangan jadi seller yg ‘pi lantaklah’ once pelanggan buat payment. Pelanggan akan rasa tidak dihargai dan peluang utk pelanggan tersebut repeat order jadi sangat tipis.

Seeloknya, bila pelanggan dah buat payment, kita update mereka mengenai tracking number, atau delivery process, extra info mengenai produk, dan sejurus selepas customer dapat item, boleh juga dapatkan testimonial dari mereka. Sentiasa attend kepada pertanyaan mereka kerana mungkin dari pelanggan punya word-of-mouth, kita akan dapat pelanggan yang baru.

Setiap online seller, after sales service kena power, okay?!

Kami akan bongkarkan rahsia bagaimana kami lock sales jutaan ringgit hanya melalui whatsapp (melalui salah satu syarikat kami Rarecation). Maklumat kelas seperti di bawah (klik pada gambar):

.
.
Nak bawa team belajar dan upgrade ilmu sekali pun boleh. 

Related Posts

Kisah Sedih Bagaimana Jerawat Menghalang Facebook Ads Kami
Kisah Sedih Bagaimana Jerawat Menghalang Facebook Ads Kami
Puas fikir content copywriting nak ditulis di Facebook. Masa senggang, dah macam ayam berak kapur. Terkebil-kebil. Bi...
Read More
Dah Ada Perniagaan Dalam Google Maps, Cukup Ker?
Dah Ada Perniagaan Dalam Google Maps, Cukup Ker?
Bila 98% rakyat Malaysia gunakan Google, maka menjadi satu kewajipan untuk meletakkan perniagaan kita di dalam Google...
Read More
Whatsapp Bakal Perkenal Panggilan Suara, Video Di Whatsapp Web (Desktop)
Whatsapp Bakal Perkenal Panggilan Suara, Video Di Whatsapp Web (Desktop)
APLIKASI khidmat pesanan milik Facebook, WhatsApp akan melancarkan nilai tambahan baharu iaitu panggilan suara dan vi...
Read More