PROGRAM BIASISWA PERANTIS

SAIFUL NANG ACADEMY

Hi,

 

Saya Saiful Nang, Group CEO kepada beberapa rangkaian syarikat dalam media, pembuatan pakaian, pelancongan, telekomunikasi dan pendidikan.

 

Perniagaan-perniagaan saya hari ini 90% lari dari apa yang saya pernah belajar dari sekolah rendah ke universiti.

 

Jadi, tiada masalah jika kita mampu menguasai skil menyelesaikan masalah. Tiada masalah sekiranya SANGAT BERMINAT DAN BERDISIPLIN. Apa yang kita sentuh, boleh bertukar menjadi emas jika 'attitude'nya BETUL. 

 

Saya juga tidak dapat 'attitude' itu dengan mudah. Jika hati tidak sekental besi waja, sila ke tepi dan beri laluan kepada yang lain.

 

Hati tisu, layaknya hanya di jamban.

Hari ini, saya ingin mencari 10 ORANG APPRENTICE untuk jadi lebih baik dari saya sendiri dan akan saya bangunkan dengan menerima biasiswa dari Rarecation Travel Sdn Bhd dengan usahasama Saiful Nang Academy.

 

Yang TERPILIH DAN LAYAK bakal menerima tajaan biasiswa dalam bentuk yuran pengajian,  ilmu dan bimbingan bernilai RM26,000 

Teruskan merujuk maklumat di bawah untuk memohon:

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

1. Komited untuk dijadikan seorang pakar ‘content creator’

2. Sanggup diajarkan ilmu-ilmu:

  • Fotografi hingga mahir

  • Videografi hingga mahir

  • Copywriting

  • Marketing

  • Keusahawanan

  • Mengusahakan, menjayakan dan memanfaatkan media sosial yang ada (Facebook / Instagram dan YouTube terutamanya)

  • Dan lain-lain sehingga boleh jadi content creator yang mantap dan bukan calang-calang

3. Tambahan manfaat, bakal dilatih untuk:

  • Berjiwa kental bak besi waja

  • Mahu berusaha tanpa jemu

  • Mahu tahu apa yang Saiful Nang tahu

  • Mahu boleh buat, apa yang Saiful Nang boleh buat.

  • Mahu dapat peluang kembara sambil bekerja.

  • Mahu boleh belajar dalam bekerja.

  • Mahu dapat peluang kembara sambil bekerja.

  • Tersenarai sebagai ANAK DIDIK SAIFUL NANG

SIAPA LAYAK MEMOHON?

  • Berumur 15 tahun ke atas

  • Tak lulus SPM atau belajar tak tinggi,

  • Tak ada PMR ATAU PT3,

  • Baru lepas jadi sarjana atau dah ada PhD atau

  • tak ada apapun dan tak kisah kalau makcik bawang kutuk kita punya 'academic background'.

  • Sanggup habiskan masa bersama kami dalam 2 tahun SAHAJA dan

  • tak kisah kalau kawan habiskan 4-5 tahun belajar tapi ada yang masih tak tahu pun nak buat kerja

YURAN CAGARAN KOMITMEN

RM2000 (1 kali pembayaran) untuk sepanjang 2 tahun dan AKAN DIPULANGKAN JIKA terbukti komitmen, kualiti dan akhlak kerja yang mantap sepanjang 2 tahun ini dan disahkan oleh pihak Saiful Nang Academy

JANGAN MOHON

JIKA ANDA

BERHATI TISU

TAK TAHAN DIUJI

TAK BOLEH DITEGUR DAN MASIH NAK DUDUK DI CELAH KETIAK MAK LAGI

DENGAN DISIPLIN KERJA PROFESSIONAL

TAK BERWAWASAN

JUGA TIDAK NAMPAK HALATUJU SELEPAS TAMAT LATIHAN 2 TAHUN 

TAK BERSUNGGUH

UNTUK REBUT PELUANG DISERAP SEBAGAI SALAH SEORANG TEAM KAMI

PENILAIAN TUGASAN / AKHLAK DAN SAHSIAH DIRI BERDASARKAN

  • secara harian oleh tenaga pengajar dan pihak pengurusan tertinggi Saiful Nang Academy

  • hasil kerja harian dan pencerapan akhlak dan sahsiah oleh warga SNA dan RPWP keseluruhannya

  • Rekod kehadiran ke akademi atau ke tempat ditugaskan

  • Sebarang aktiviti salah laku yang dilakukan

PEMECATAN / PEMBERHENTIAN

  • Bagi yang tidak mencapai standard tahap memuaskan di pihak kami, anda BOLEH dihentikan serta-merta dan mendapat notis 24-jam

  • Ditamatkan tajaan 

  • Tidak hadir ke akademi tanpa pemakluman rasmi atau dengan sebab yang munasabah

WISMA SAIFUL NANG ACADEMY

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan ABIM, Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor

Tel : +60102229089 | Email : syibli@snap.my

© 2014 Saiful Nang Academy