Peraturan Gadget Time Untuk Anak

Ada tak dekat sini mak ayah yang beri 'GADGET TIME' untuk anak, instead of beri anak pegang gadget sendiri?


Dalam dunia yang semakin maju dan banyak maklumat dapat di akses di hujung jari, banyak perkara yang kita perlu gunakan gadget. Ini termasuklah dengan pendidikan anak - anak.

Mungkin ada sesetengah ibubapa yang risau jika diberikan gadget kepada anak - anak. Akan tetapi, sebenarnya kita boleh kawal penggunaannya dengan menekankan PERATURAN kepada anak.

Yang penting, nampakkan pada anak tersebut tujuan penggunaan gadget agar mereka jelas dan tidak salah guna.

Antaran peraturan gadget time yang boleh kita nampakkan pada anak adalah seperti berikut:

1. Gunakan gadget hanya dengan izin & pantauan ibubapa
2. Gunakan gadget hanya pada tempoh masa yang ditetapkan oleh ibubapa
3. Tidak membawa masuk gadget ke bilik sendiri/ keluar dari rumah
4. Tidak install apa - apa apps tanpa kebenaran
5. Tidak membuka akaun sosial media tanpa kebenaran

Perlu pastikan agar anak - anak ikut peraturan yang kita berikan ini dengan sebaiknya. Sekiranya gagal diikuti, ibubapa boleh sahaja berikan hukuman seperti "No gadget time" dan sebagainya yang bersesuaian.

Semoga dapat memberi manfaat buat ibubapa yang buntu di luar sana.

Bagi ibubapa yang ingin memanfaatkan hujung minggu anak - anak, boleh sertai KELAS SENI Artman bersama kami. Kelas secara ONLINE dan ibubapa juga boleh pantau anak depan mata. Klik gambar di bawah atau tekan sahaja button ADD SELECTED TO CART untuk dapatkan HARGA DISKAUN melalui pakej yang ditawarkan.


Related Posts

Ajar Anak Setia Bertudung Sebelum Umur 7 Tahun
Ajar Anak Setia Bertudung Sebelum Umur 7 Tahun
Dulu kami fikir, umur bawah 7 tahun masih belum wajib nak bertudung. Masih kanak-kanak lagi kononnya. Namun kami rasa...
Read More
Ajar Anak Jadi Pemimpin Dengan Ternakan
Ajar Anak Jadi Pemimpin Dengan Ternakan
Ini anak-anak RPWP. Waktu pagi mereka ada sesi akademik di sebelah petang pula mereka membantu mengembala kambing dan...
Read More
Mak Ayah Penat Layan Anak Bermain? Ini Solusinya
Mak Ayah Penat Layan Anak Bermain? Ini Solusinya
Bila tiba hujung minggu atau musim cuti sekolah, bukanlah bermakna mak ayah boleh rehat - rehat goyang kaki. Mestilah...
Read More

Filter
Peraturan Gadget Time Untuk Anak
Peraturan Gadget Time Untuk Anak