4 Aplikasi Photo Editing Daripada Jenama Popular

Buat mereka yang gemar mengambil gambar menggunakan smartphone, pasti perlukan aplikasi yang cepat dan mudah untuk melakukan suntingan. Kebiasaannya, gambar-gambar yang kita ambil ini akan dikongsikan di media sosial, kawan-kawan mahupun keluarga. Jadi, lebih praktikal jika gambar-gambar ini disunting dalam smartphone berbanding dalam komputer. Walau bagaimanapun, terdapat ratusan atau ribuan aplikasi photo editing di App Store dan Play Store. Seperti saya, saya lebih cenderung untuk menggunakan aplikasi yang diiktiraf dan digunakan oleh komuniti fotografi. Jadi, di sini saya senaraikan empat aplikasi photo editing daripada jenama yang popular dan dipercayai.

Siapa tidak kenal dengan syarikat yang telah lama mendahului industri fotografi dan multimedia. Adobe Systems Incorporated ialah sebuah syarikat perisian komputer yang berpangkalan di San Jose, California, Amerika Syarikat. Syarikat ini tertumpu pada perekaan perisian multimedia dan kreatif.

 

1. Adobe Photoshop Express

Adobe Photoshop Express merupakan aplikasi yang diinspirasikan daripada perintisnya iaitu Photoshop. Tetapi Photoshop dicipta khas untuk melakukan suntingan dalam komputer, manakala Photoshop Express adalah versi yang lebih ringkas dan dicipta untuk smartphone.

Antara ciri-ciri Photoshop Express adalah ia mampu menyokong editing dalam format RAW. Jadi, jika gambar anda diambil dalam format RAW, gambar anda boleh disunting dengan lebih fleksibel dan berkualiti tinggi. Terdapat banyak pilihan preset yang anda boleh gunakan, tetapi tidak semuanya percuma. Ada preset dan features yang memerlukan bayaran atau subscription. Selain itu, aplikasi ini juga menawarkan effects yang menarik seperti light-leaks, grunge dan bokeh. Jika anda mahu, anda juga boleh menggunakan stickers yang tersedia untuk menampakkan gambar anda lebih ceria.
 

2. Adobe Lightroom Mobile

Lightroom Mobile juga diambil daripada perintisnya iaitu Lightroom CC atau Lightroom Classic. Seperti namanya, Lightroom Mobile dicipta untuk pengguna smartphone. Berdasarkan pengalaman saya menggunakannya, aplikasi ini mempunyai lebih banyak features yang kompleks seperti colour grading dan geometry. Dari segi user interface (UI), saya boleh anggap ia mesra pengguna, tetapi mungkin ada beberapa features yang perlukan masa untuk faham. Selain itu, jika anda menggunakan Lightroom CC dalam komputer, feature Creative Cloud sangat membantu untuk berikan akses kerja anda dalam smartphone.

Mungkin ada yang belum tahu, syarikat teknologi gergasi, Google, juga ada menawarkan aplikasi photo editing. Pada pendapat saya, UI aplikasi Google lebih mesra pengguna berbanding Adobe.

 

3. Google Photos

Google Photos bukanlah aplikasi photo editing yang kompleks seperti Adobe. Anda boleh menggunakannya untuk editing asas sahaja. Namun, jika anda perlu lakukan suntingan dengan pantas dan ringkas, Google Photos adalah pilihan yang tepat. Aplikasi ini juga menawarkan pakej 3 dalam 1 iaitu editing, photo sharing dan cloud. Segala ciri ini diberikan secara percuma! Selain itu, terdapat features seperti auto background blur atau portrait mode termasuk juga portrait light di mana anda boleh tentukan arah cahaya pada potret anda.

 

4. Google Snapseed

Snapseed merupakan kegemaran saya kerana UI yang unik dan minimalis. Anda boleh tap dan swipe secara "effortlessly" pada gambar anda. Walaupun ia minimal dan sesuai untuk pemula, ia masih menyediakan sokongan format RAW dan anda mampu menghasilkan gambar dengan kualiti profesional. Apa yang kurang dengan aplikasi ini adalah, ia tidak mempunyai stickers. Pilihan font pula agak terhad serta tidak fleksibel.

Jadi, mana satukah pilihan anda? Bagi saya, saya lebih cenderung ke arah Snapseed dan saya telah menggunakannya selama beberapa tahun. Untuk tentukannya, apa kata anda cuba sendiri keempat-empat aplikasi ini. Jangan risau, kesemua aplikasi ini percuma dan boleh didapati di App Store serta Play Store. Selamat Mencuba!

Nak kuasai lagi teknik editing, boleh sahaja sertai kelas SMARTPHONE PHOTO EDITING bersama kami. Boleh ulang tonton selama sebulan untuk belajar!

Klik sahaja ADD SELECTED TO CART di bawah untuk mendaftar


Related Posts

6 Langkah Mudah Daftar Kelas Fizikal di Saiful Nang Academy
6 Langkah Mudah Daftar Kelas Fizikal di Saiful Nang Academy
Satu yang menyeronokkan bila dapat berguru secara berdepan / bersemuka, kita boleh tanya terus soalan-soalan dekat Ci...
Read More
Tips Ambil Gambar Anak Luar Biasa Guna Smartphone & Props Di Rumah
Tips Ambil Gambar Anak Luar Biasa Guna Smartphone & Props Di Rumah
Kadang-kadang bosan juga guna cara dan gaya yang sama bila ambil gambar, kan? Sesekali, cuba buat kelainan sikit. Bar...
Read More
3 Jenis Lensa DSLR Untuk Pemula
3 Jenis Lensa DSLR Untuk Pemula
Gambar oleh Paul Skorupskas Dalam topik kali ini, saya ingin kongsikan beberapa lensa yang anda patut cuba pada DSLR ...
Read More

Filter
4 Aplikasi Photo Editing Daripada Jenama Popular
4 Aplikasi Photo Editing Daripada Jenama Popular